Monday, April 16, 2012

Kepimpinan : Kemulian atau Kehinaan

Bismillah syukur ke hadrat Allah S.W.T yang memberi kesempatan sekali lagi untuk meluncurkan jari jemari bermain di atas papan kekunci ,berkongsi sambil mengislah diri ini motif yang hakiki..=) Tahniah buat saudara Kailani Zahari yang menang dalam bertanding dan dengan rasmi beliau merupakan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan,oleh yang demikian secara rasminya saya akan berusaha untuk mematuh segala arahan dan bekerjasama dengan beliau serta kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan selagi tidak melanggar syara' dan beberapa hari lagi  Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Mu'tah Jordan (PERMATA) dan kepimpinannya pada sesi 2011/2012 akan dibubarkan dan akan bertukar kepada kepimpinan yang baru seterusnya di ikuti pula Pilihan Raya bagi Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).Tahniah buat kepimpinan yang lama dan yang bakal meletakkan jawatan moga-moga segala amanah yang di tanggung pada masa lalu menjadi salah satu sebab untuk mendapat Rahmat dan Pandangan Allah dan buat kepimpinan yang baru Tahniah dan Takziah saya ucapakan semoga kepimpinan yang baru akan menjalankan amanah dengan baik.
      Soal kepimpinan atau Tanggungjawab bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng oleh setiap Mahasiswa,ini merupakan persoalan amanah yang bakal dipikul bukan dengan amanah diri seseorang akan dimuliakan dan dengan amanah juga diri seseorang itu akan dihinakan maka pastikan mereka yang menang dalam bertanding berlaku adil dan menjalankan amanah dengan baik serta menjaga kebajikan mahasiswa bukan sekadar hanya mencari populariti dan kemashuran.Saya teringat dialog di antara al Imam Izz bin abd Salam yang merupakan Sohib kitab "Qawai'd al-ahkam fi Masalih Al Anam" bersama dengan Sultan Mesir.
Dialog antara al Imam bersama dengan Sultan berlaku pada hari raya,Sultan Mesir keluar bersama dengan anggota kerajaannya yang ramai,beliau dijaga oleh Pegawai Keselamatan Mesir di kiri dan kanan sehinggakan gabenor-gabenor bersama beliau tunduk menghadap bumi sebagai tanda Penghormatan kepada beliau.
     Al Iman Izz Abd Salam menyaksikan peristiwa itu lantas al imam yang merupakan ketua para ulama' memanggil Sultan "wahai Ayyub apakah alasanmu di hadapan Allah ketika Dia bertanya kepada kamu ,'Bukankah Aku yang telah menjadikan kamu sebagai Raja di bumi Mesir ini'?Namun Mengapakah terdapat manusia yang masih meminum arak ?
      Sultan menjawab "adakah perkara (manusia minum arak )berlaku di bumi Mesir ini ?? maka jawab al Imam Izz "Ya sesungguhnya perkara itu berlaku,disana dan disini terdapat kedai-kedai arak".Sultan membalas jawapan Al imam "sesungguhnya perkara itu berlaku pada zaman pemerintahan ayahku dahulu".maka al imam Izz menggelengkan kepalanya lalu berkata "kamu sama seperti golongan yang mengatakan :sesungguhnya kami melihat bapa-bapa kami melakukan hal sedemikian rupa"
        Dialog antara al Imam yang seketika itu menyebabkan Sultan Ayyub mengeluarkan arahan agar menutup kedai-kedai dan premis-premis yang menjual arak,perihal dialog antara al imam bersama al sultan tersebar luas sehingga pada suatu hari anak murid Izz abd Salam bertanya kepada beliau "wahai al imam apakah yang tuan fikirkan ketika berada dihadapan sultan ?" Al Izz menjawab "wahai anakku saat aku melihatnya (Sultan Ayyub) dalam keadaan angkuh dan sombong maka terdetik di hatiku untuk menghinanya agar kesombongan itu tidak larut di dalam dirinya kerana perkara yang sedemikian itu akan membinasakan dirinya kelak."
         Murid al imam bertanya lagi "adakah tuan tidak takut ketika berhadapan dengan Beliau (sultan ayyub)
Al Izz menjawab "demi Allah,wahai anakku ! sesungguhnya kau telah menghadirkan kebesaran dan kehebatan Allah didalam diriku sehingga aku melihat as Sultan hanya seperti seekor kucing sahaja."
         Allah indah sungguh dialog antara al imam dan as sultan ketahuilah wahai pemimpin apa sahaja yang dilakukan segalanya akan dihitung dan dihisab oleh Rabbul Jalil tuhan yang Maha Menghukum dan ketahuilah sesungguhnya semua manusia yang mukallaf adalah pemimpin sebagaimana yang disebut oleh baginda Nabi S.A,W "setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab diatas apa yang dipimpin"maka bersama kita memastikan amanah yang di bebankan keatas diri setiap individu dijaga dengan baik bukan sekadar kepimpinan di dalam persatuan bahkan setiap anggota yang dianugerahkan keatas diri adalah satu amanah yang wajib di jaga dengan baik.
          kata Imam Nawawi sesungguhnya kekuasaan (kepimpinan) merupakan malapetaka yang besar buat seseorang yang tidak bertanggungjawab akan tetapi kepimpinan juga merupakan ladang pengabdian dan amal soleh yang subuh bagi golongan yang memahami dan bertanggungjawab.Wahai Pemimpin bertanggungjawab dan berlaku adillah kepada pimpinan kalian semoga dengan tanggungjawab yang ditaklifkan merupakan salah satu sebab untuk meraih syurga dan rahmat Allah taala..Tahniah dan Takziah buat kepimpinan sesi 2012/2013.




1 comment: