Wednesday, December 30, 2009

Jom ziarah Bait RAsul

Allahumma solli Ala Sayidina Muhammad
Wa Ala Alihi wasahbihi wasallim








Thursday, December 24, 2009

MR.Iman Berdialog



Ikutilah dialog antara Mr Iman dan Mr Diri


Iman : Assalamualaikum,

bosDiri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis…entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma’thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti

Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya ‘pekerja tambahan’? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…

Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah tu awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami harap dapat bantu tuan

Diri:saya mintak maaf ye En.Iman

Iman:ok saya sudi bekerja kembali tapi tuan mestilah terima En Taubat bekerja di syarikat tuan

Diri:ok saya menrima En.Taubat bekerja dengan Saya

Iman:kalau macam tu saya Bekerja dengan tuan semula ye dan kalu boleh tuan pecat En.Dosa

Diri;ok sekarang juga saya pecat En.Dosa dan gntikan tempatnya dengan En.Taubat

Iman:ok terima kasih

Diri:Sama-sama

*p/s tepuk dada tanye iman jgn tanye aiman sebab aiman akan cakap "Aiman Tak Kesah"^^,

Saturday, December 12, 2009

Kerana 90sen ditimpa nasib buruk



abda u bismilahi warahmani
wabirahimi daimil ihsani
falhamdulillahi qadimil Awali
wa Akhiri baqi bila tahuli.....
assalamualaikum warahmatu Allah



erm hari ini ana cuma nak berkongsi sedikit tentang satu perkara yang ana terkejut hanya kerana 90sen ana akan mendapat nasib yang buruk selama 9 tahun....ish dasyat nie sesiapa sahaja tidak ingin hidup dengan nasib yang buruk tetapi ana yakin perkara sebegini hakikatnya di bawah kekuasaan Allah taala jadi ana sedikit pun tidak risau jadi ana mengajak sahabat-sahabat semua supaya diri kita tertipu dengan kes 90 sen ini...
ceritanya begini ana telah mendapat satu mesej yang menyebut nama-nama Allah taala sebanyak 4x dan sayangnya adik ana sendiri pun ada 'forward'kan mesej ini dekat ana
huhuhuhu sedihnya...

wahai umat Muhammad,zikirlah selalu Asma' ul Husna:
Ya QAyumm,Ya Majid,
Ya wajid,Ya Wahid,
Ya Samad,Ya Qadir,
Ya Malik,Ya Rahman,
wa YA RAhim

selama hidupmu sama ada dalam sehari,seminggu.sebulan,setahun ataupun seumur hidupmu walaupun hanya sekali.Sms kepada 9 orang,insya Allah kamu akan mendapatberita baik pada esok hari.Sesiapa yang mengetahui mesej ini dan dia tidak menyebarkan atau mengingkari sms ini maka orang itu akan mendapat nasib yang buruk selama 9tahun.Adakah anda tidak mahu mengorbankan 90SEN kerana Allah taala



ini lah mesej/sms yang ana dapat jadi ana mengambil kesempatan untuk menanyakan beberapa soalan kepada si penghantar sms yang tidak dikenali ini :

  1. erm adakah zikr asma ul husna hanya ini sahaja dan tidak bolehkah seandainya zikr dengan lafaz ALLAH

  2. boleh ke tidak kalau saya sebarkan lebih daripada 9 orang ataupun kurang dari 9 orang

  3. kenapa ye mesti sebarkan hanya kepada 9 orang bukan ker umat Muhammad tu ramai dan ada tak hadith yang mengatakan ilmu itu hanya perlu disebarkan kepada 9 orang

  4. kalau saya sebar sms ini dengan sekadar dengan tazkirah boleh tak sayang kreditlah

  5. kalau saya tak sebarkan apakah yang berlaku

  6. adik saya ada 'forward'kan kat saya dan kiranya saya nie orang yang ketigalah, selepas itu saya melarangnya untuk menyebarkan sms ini tapi keesokkannya tiada apa-apa yang buruk pun menimpa diri dia

  7. Siapa nie boleh saya tau tak dan sekolah mana


jawapan yang ana perolehi dari si dia yang tak dikenali:

  1. Ooo Zikr Lafaz Allah tu lain kita dah biasa amalkan

  2. ish tak boleh sms nie mesti 9orang kalau kurang lagilah nanti nasib buruk 9tahun lama tu

  3. entahlah tak taulah kenapa sembilan orang mesej nie saya 'forward'je hehehe hadith ada ke tak saya tak tau

  4. rasa tak boleh,nie kena sebarkan tak kan 90sen pun kedekut untuk Allah

  5. kalau tak sebarkan nanti ditimpa nasib buruk 9tahun ish jangan cari masalah

  6. pasal adik tu saya tak tau ye

  7. mesej yang ana hantar tidak di balas dan si dia Ghaib kot


inilah jawapan yang ana perolehi daripada setiap soalan hehehe ana rasa macam perkara yang lawak pulak kalau ana sebarkan melalui pidato tidak boleh mesti dengan sms juga pernah ker Nabi Muhammad menyebarkan ilmu Allah dengan menggunak sms dan pernah ke Saidina Jibril ber'sms' debgan Rasulullah ...mungkin peredaran zaman menyebabkan mesti menggunakan sms...erm apa-apa pun ana tidak menyebarkan sms itu dan ana tidak di timpa sebarang musibah lagi dan ingatlah seorang ulama Tasauff menyifatkan musibah daripad Allah taala adalah salah satu tanda Allah menyayangi kita seandainya kita tidak sering lalai daripada Allah taala maka musibahlah sebagai teguran dari Allah taala.Ingatlah seperkara lagi orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak pernah berhenti untuk menjatuhkan serta menyesatkan umat Islam jadi beringatlah dan acap kali lah kita memperbarui Syahadatain kita sebagaimana sabda Rasulullah"jadidu imanakum"...."bi qaul Lailahaillallah"

p/s;maaf ye A.Samad Said dan sahabat-sahabat seperjuanganya saya guna bahasa pasar....

Tuesday, December 8, 2009

Bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum warahmatuAllah


sudah lama dah ana tak 'update' blog nie.....huhuhu cuti sekolah kali nie ana 'busy' siket tak macam cuti sekolah tahun lalu...erm sekarang nie sibuk dengan macam program...semalam ana baru abis satu program yang dianjurkan di Pusat Dakwah Islam oleh al faliheen...program nie 3 hari2 malam dan ini juga program pertama yang pernah ikut sebab program nie menggabungkan 8buah sekolah agama negeri sembilan dan sebuah sekolah Sains Tuanku Jaafar ana nie kira wakil dari sekolah Maahad erm minggu depan sheikh Rouf ajak ana ikut program Maulid Daibae di taman Jasmin.....

erm cuma kali ini aNA nak kongsi sikit syarat-syarat nak buat maksiat erm mungkin diri ana dan sesiapa sahaja tak terlepas dari melakukan maksiat tapi seandainya kita nak buat maksiat juga kita mesti ikut syarat-syaratnya.....



Lima Syarat Buat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"Ibrahim bin Adham berkata,


"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki i tu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?""Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.


Yang ketiga Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


Yang keempat Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?""Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?""Baiklah, apa syarat yang kelima?"


yang Kelima Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya sambil teresak-esak.


inilah syarat-syaratnya untuk seseorang hamba yang ingin menjadikan maksiat sebagai hobinya...Marilah kita mengislah diri kita bersama-sama..

Tuesday, November 24, 2009

Jom Sangka BAIK=>husnuZUN


Cara Bersangka Baik
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku
tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam
hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

moga-moga kita mampu mengislah diri kita bersama dengan kalamislah dan ingatlah satu kata-kata seorang ulama'Indonesia KH, Gymnastiar"kita mestilah mengimprovekan diri kita better and better and better"dan antara cara untuk meningkatkan kualiti diri ialah dengan cara selalu bersangka baik

Wednesday, September 23, 2009

MAN KANA YU'MINU BILLAH WAL YAUMUL AKHIR

Siapa Beriman Dengan Allah dan Hari Akhirat hendaklah Berkata Baik atau diam

Dalam entry kali ini ana ingin bermuzakarah atau menarik perhatian tentang 5 perkara yang sepatut dan tidak sepatutnya dipanculkan oleh mulut moga entry kali ini
memberi kesedaran kepada kita trmasuk diri ana sepanjang menjalani hidup ini.Hujjahtul Islam menakalkan benda yang paling tajam di dunia ini adalah lidah dan ana pasti lidah tidak dapat dipisahkan dari mulut...
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang lima perkara berkaitan dengan mulut dan lidah yang perlu dititikberatkan oleh umatnya
:


1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).
Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.
Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Demikian muzakarah yang tak seberapa. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan kita terapkan dalam kehidupan kita seharian.dan semoga kita terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...
Jadi renung-renungkan..Siapakah kita di dunia ini???







Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran


Salam kejayaan buat umat Islam yang berjaya menunaikan ibadah puasa dan salam lembaran buat teman-teman yang mengenali diri ini sama ada teman di alam maya ataupun dibumi nyata dan buat guru-guru dan sesiapa yang mengenali diri ana yang serba kekurangan ini,mohon seribu kemaafan seandainya tersilap kata ter'lazer' bicara,tersilap tingkah laku,dan segala 'ter' ye....khususnyer akhi asri,akhi aziq ariffin,akhi adib,akhi syukri,akhi Iqhwan n teman seperjuangan ikhwan maupun akhwat yer... Ana Uhibukum Fillah..

Saturday, August 29, 2009








kumulai entry ini dengan nama Allah yang mha Pemurah lagi maha Mengasihani,ana uhibbukum fillah...tahniah dan syabas sudah 9 hari umat Islam yang beriman dengan rukun Islam yang ketiga,benar kata nabi Muhammad umatku ketika akhir zaman ramai tetapi mereka seumpama buih dilauatan mungkin era ini era yang dimaksudkan nabi keran aku sudah melihat ramai manusia mengaku mereka Islam tetapi hanya nama dan I/Cnya sahaja Islam.Tubuh yang tegap,rambut yang cantik hanya dipamerkan begitu sahaja..
wahai kaum lelaki
ingatlah dikau tubuh yang tegap itu tidak mampu menahan panasnya api neraka seandainya engkau kuat di dunia dan aku pasti dan yakin engkaukan lemah di akhirat kelak
wahai pemuda Islam bangkitlah....bangkitlah jadilah dikau seperti Salahuddin Al Ayubi yang mana ketika mudanya mampu menawan 2/3 dunia tapi apa yang kita lakukan untuk Islam yang kita miliki...
wahai anak muda
cukuplah...hentikanlah pameran aurat yang sering engkau tunjukan,
hentikanlah angan-angan engkau untuk bertaubat di hari kelak
tiada siapa yang mampu mengetahui bila ajalnya...
koreksilah diri kita mulai sekarang..
ayuh marilah bersama aku bermunajat memohon keaampunan kerana aku juga anak muda seperti engkau semua

maut hadir tanpa disedari

wahai kaum wanita
hentikanlah daripada merperagakan mahkotamu yang indah
peliharalah mahkotamu daripada kotoran tangan lelaki yang bukan muhrim.
rambutmu dicipta Allah supaya engkau kelihatan cantik
Alangkah indahnya jika engkau melindunginya dengan tudung supaya warna hitam yang asli lagi menawan
tidak bertukar menjadi warna oren,merah,kuning atau sebagainya
koreksilah diri engkau supaya engkau kenal siapa Pencipta engkau
Bermunajatlah memohon petunjuk Dari Tuhan Kholiq

alangkah indahnya wajah engkau
jika mahkota engkau dilindungi

Wednesday, August 26, 2009

Khutbah RasullAllah


salam Ramadhan,Salam Mahabbah,salamualaikum

Doa kita ketika bulan Rejab dan Syaaban kini telah dimakbulkan oleh Allah taala,Allahuma Baligna Ramadhan ini lah ungkapan yang sering bermain dibibir kita kerana semangat kita untuk bertemu dengan Ramadhan yang diketahui oleh kita akan 1001 rahsia yang terkandung di dalam bulan ini,tapi adakah semangat kita sebelum ini luntur begitu sahaja,adakah kita masih beriya-iya untuk meningkat ketakwaan ita pada Allah taala tepuk dada tanya iman.entry kali ini marilah bersama-sama kita hayati petikan khutbah nabi ketika tiba bulan yang penuh barakah ini dan moga-moga semangat kecintaan kita terhadap nabi semakin bertambah walaupun kita tidak mampu meniru sifat kecintaan nabi terhadap umat-umatnya.

"Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.

Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu salatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Belakangmu berat kerana beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.

Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang salat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.
Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.(Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan khutbahnya, "Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.")Wahai manusia, siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melalui Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.

Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.Barangsiapa melakukan salat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan salat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 salat fardu di bulan lain.

Barangsiapa memperbanyak salawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tidak lagi pernah menguasaimu.

"(Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadith ini – berdiri dan berkata, "Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi, "Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".)

"[Ya Allah, ya tuhan kami,sesungguhnya kami manusia yang bersalah,manusia yang sering melupakanMu ya Allah,Ya tuhan kami Engkau tempatkan kami di kalangan orang-orang yang sering memujiMu,bertahmid kepadaMu.YA Rahman Ya Rahim Engkau jadikan nabi MUHAMMAD sebagai ikutn kami tidak kira dimana kami berada..Amin]"

Tuesday, August 18, 2009

AhLAn Ya R@maDHaN



Selamat menyambut bulan Ramadhan Al mubarak moga ketakwaan kita semakin hari semakin bertambah.marilah kita mereliasasikan hadis nabi SAW sesungguhnya Rejab bulan ALLAh,Syaaban bulan ku dan Ramadhan bulan umat ku.Alangkah ruginya sendainya pada bulan ini kita tidak mampu melahirkan sifat ketakwaan kita terhadap ALLAh taala dan bahkan teruknya kita seandainya tidak mampu menjadi hamba-sehambanya.Marilah kita berusaha pada bulan yang penuh dengan 1001 rahsia.












Sunday, July 19, 2009

Ihtiramkah kita terhadap Ulama'





Salam sayang ,Salam rindu Assalamualaikum




sabda nabi S.A.W"aku tinggalkan umatku 2 perkara sesiapa yang berpegang dengan nya nescaya tidak sesat selamanya iaitu AL QURAN&AS SUNNAH" ajdi as sunnah termasuklah hadis Nabi S.A.W sama ada perbuatannya atau percakapannya atau perbuatannya tetapi sayangnya umat mutaakhirin sering memandang mudah setiap usaha Ulama'dahulu dalam memperjuangkan hadis Nabi S.A.W ada yang tidak menerima pakai serta menta'kidkan "ulama' itu belajar tak habis" siapa kita dan siapa beliau contohnya kitab yang tidak diendahkan kitab Fadhail Amal kenalkah kita siapa pengarangnya?Tahukah kita kehebatannya...beliau ialah Maulana Zakaria Khalandawi dan kehebatnnya diakui oleh Ulama' sezaman dengannya Sheikh Abd Fattah Abu Ghuddah.



Surat Pengiktirafan oleh Sheikh Abd

Fattah Abu Ghuddah kepada

Mawlana Zakaria



Maulana Zakaria adalah seorang ulama hadis tersohor. Beliau telah menulis berbagai kitab di dalam bidang hadis dan menjadi rujukan hampir di seluroh dunia. Beliau dikenali sebagai "Syeikhul Hadis" bukan sahaja di "IndoPak" namun juga di Tanah Arab. Penuntut beliau terdiri dari orang 'Ajam dan bukan 'Ajam. Sebahagian besar menjadi ulama terkenal. Atas sebab kepakaran beliau dalam bidang hadis maka beliau menjadi sumber rujukan oleh ulama sezaman dengan beliau di "IndoPak' juga dari Tanah Arab.Beliau juga pernah mengajar hadis di Madinah Al-Munawwarah beberapa tahun sebelum kewafatan beliau.Surat di atas adalah sebahagian surat-surat yang masih tersimpan yang datang dari Ulama Hadis serta Penyelidk dalam bidang hadis yang terkenal di Tanah Arab iaitu Syeikh Abd Al-Fattah Abu Ghuddah rah yang mengutuskan surat tulisan tangan beliau sendiri kepada Maulana Zakaria rah setelah menerima satu set kitab Aujaz Al-Masaalik syarah bagi Muwatta' Imam Malek karangan Maulana Zakaria rah.Kritikan sesetengan saudara kita di Malaysia/Indonesia atas kitab tulisan beliau "Fadhail Amal" dengan mengatakan bersumber dari hadis palsu sepatutnya dibakulsampahkan memandangkan pengikhtirafan ke atas beliau oleh ulama-ulama sezaman denganya kehebatannya darisegi ilmunya,akhlaknya,hafalannya tidak terhinggi.Jadi Siapakah KITA untuk menolak Beliau selaku penyebar risalah Allah taala.......


Nota:Artikel berkaitan sila lihat "Penerangan ke Atas Kitab Fahdail Al-Amal", "Kitab Rujukan Dalam Fadhail Al Amal","Ulama Besar di Dalam Jemaah Tabligh" dan "Kitab Rujukan Dalam Jemaah Tabligh".(Ehsan dari: Fihrist Ta’lifat-e-Shaykh, Volume 1, p. 82 (Saharanpur: Maktabah Yadgar-e-Shaykh, Ramadhan 1417 AH / January 1997 CE ed. ) by Mawlana Sayyid Muhammad Shahid Saharanpuri)

Salam mahabbah salam ukhwah Assalamualaikum sudah lama ana dah tak update blog nie erm ‘busy’ sangatlah jadi marilah bersama ana kita menyingkap hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad "Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda menjadi mu'min yang sebenar, dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri, nescaya anda menjadi seorang muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati.(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari abu Hurairah)
Daripada hadis ini dapat kita ketahui bahawa nabi s.a.w.inginkan ana dan antum menjadi insan yang terbaik,nabi s.a.w mengajar kita untuk menjadi insan yang terbaik mestilah melaksanakan 5 perkara



1) Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan


Untuk mencapai darjat para muttakim, siddiqin, a'bidin dan solihin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan haram seperti makanan, minuman, perbuatan, tutur kata, .pendengaran, penglihatan dan tindakan.Usaha bagi menghindari perkara-perkara ini amatlah rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.
2 Relakan kurniaan dari Allah


Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah(berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasa cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya di dunia.
3. Hubungan baik dengan jiran


Untuk mencapai ketenteraman sosial setiap Muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain ahli keluarga yang lain.
4. Cintakan orang lain


Islam adalah agama kasih sayang dan damai dari kekusutan hidup. Oleh itu setiap Muslim haruslah menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama dengan perasaan kasih terhadap dirinya sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pada orang lain.
5. Jangan banyak ketawa


Ketawa pernah disifatkan sebagai "ubat jiwa". Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa. Barangsiapa banyak ketawa didunia dia akan menangis di akhirat dan barangsiapa menangis di dunia dia akan ketawa di akhirat.


Akhir kalam marilah kita muhasabah diri kita,moga-moga kita diletakkan di dalm golongan yang sedikit sebagaimana doa Saidina Umar al khatab “YA ALLAH ya tuhan ku ENGKAU letaklah aku di dalam golongan yang sedikit”doa yang di baca oleh beliau didengari oleh sahabat yang lain maka Saidina Umar ditanya ‘siapakah golongan yang sedikit’maka beliau menjawab itulah golongan yang bersyukur.


kumulai risalah ini dengan nama Allah yang pemurah lagi maha mengasihani,sifat kasihnya yang tidak dapat dijual beli.Dengan nama Allah yang memerhati setiap gerak geriku,daku hamparkan selendang kesyukuranku terhadapMu,ku pohon kepadaMu agar Engkau tanamkan sifat kesyukuran di dalam jiwa yang kecil ini janganlah Engkau hilangkan sifat ini dari diriku sebagaimana engkau telah hilangkanya dari diri SiQarun yang tidak pernah kenal erti kesyukuran.salam sayang dari ana buat pembaca sekalian sifat kesyukuran merupakan satu sifat yang di anugerahkan oleh AllahuTaala kepada hamba-hambanya.


Sifat kesyukuran inilah yang menjadi salah satu sukatan pembelajaran Rasulullah s.a.w dalam mendidik jiwa-jiwa para sahabat dan masyarakat Islam akan tetapi sedihnya sifat kesyukuran yang telah tumbuh menjalar di dalam jiwa-jiwa umat Islam akhirnya layu begitu sahaja kerana tidak di siram dengan air keimanan yang cukup.Dahulunya kalam-kalam yang sering diungkapkan oleh masyarakat Islam ketika bermunajat 'Ya Allah ya tuhanku Engkau tambahkanlah sifat syukur di dalam diriku supaya aku dapat mengenali siapa tuhanku' tetapi pada era ini ungkapan-ungkapan sebegini sudah jarang didengari malah hanya keluhan demi keluhan yang sering bermain di bibir masyarakat Islam hari ini akan tetapi sifat kesyukuran ini ada pada masyarakat yang bukan Islam.


Pernah satu ketika ana dan sahabat-sahabat yang lain diberi keizinan untuk keluar ke pekan 'outing' jadi ana pun tunggulah bas nak ke Gemencheh pergi Tampin duit tiada Gemencheh saja yang mampu dalam kira-kira 10 minit menunggu bas akhirnya bas tiba jadi kami pun menaikinya. Dalam perjalanan ke Gemencheh ana terdengar perbualan dua lelaki tua seorang Islam seorang lagi Cina buddha ana jangka umur mereka dalam lingkungan 50 an dan rasa mereka memang anak jati Gemencheh,ketika ana mendengar perbualan mereka ana terkejut apabila lelaki cina 50 an berkata 'mat semalam hujan bagus betullah kene terima kasih sama tuhan tau' lelaki melayu menjawab dalam keadaan dia batuk 'bagus apa semalam aku nak pergi tampin tak dapat tau' lelaki cina berkata 'aiya gemencheh sudah 2 minggu tidak hujan tau semalam baru hujan nanti kalau hujan sebulan tak turun baru nak mintak hujan kasi turun'.....ini yang membuat ana terkejut kemanakah hilangnya sifat kesyukuran didalam jiwa seorang lelaki berbangsa melayu dan beragama Islam jadi kita fikirkanlah bersama-sama,pelik tapi benar seorang lelaki cina mampu mengucapkan terimah kasih kepada tuhannya walaupun kita sedar bukan tuhannya yang turunkan hujan itu,adakah sifat ini makin pupus? dimanakah sifat kesyukuran kita?


fikir-fikirkanlah.waAllahua'alam.

Saturday, June 13, 2009

Kami Kehilangan Ribuan Cahaya Ilmu



Berita yang cukup menyedihkan hati dan meruntuhkan jiwa masyarakat Islam...Pulangnya kekasih Allah Taala menghadap Ilahi DR.Fathi yakan telah pd awal hari ini(13.06.2009) kepulangannya seolah-olah telah memadamkan satu sumber ilmu masyarakat Islam khususnya..al fadl DR. dikatakan meninggal pada hari sabtu setelah di masukkan hospital Lubnan beberapa hari yang lalu.Berita pemergian al Fadl Dr. diterima selepas zohor dan berita ini disebarkan juga di aljazeera.net,qudpress.com


Dr.Fathi yakan dikhabarkan di serang angin ahmar di bahagian otak dan telah menyebabkan beliau mati klinikal(clinical death).Dr Fathi yakan yang baru berusia 76 telah banyak menyumbangkan masa dalam meneruskan perjuangan baginda SAW.


ana teringat Hadis nabi SAW Allah taala akn menarik ilmunya dengan mematikan orang Alim,masyarakat Islam hari ini telah kehilangan satu gedung ilmu yang amat berharga jadi janganlah kita mempersia-siakan gedung-gedung ilmu yang masih ada lagi.


Moga-moga Allah melahirkan lebih ramai lagi perjuang Islam yang akan menggantikan al marhum al Fadl DR Fathi Yakan...



Profil DR Fathi yakan

DR. Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka.
Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.

Tuesday, June 9, 2009

Moga Dikau Digelar Syahid


jenazah telah yang ditembak mati

'Saya hanya ingat mati'


Daripada Ismail Matmailto:Matismailmat@bharian.com.my



ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat IsyakNARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin. Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing. Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat. Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.
Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang. "Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam. Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu. Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters"Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang. "Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya. Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam. "Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu. Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu. Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu. "Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya. Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.




Petikan Berita Harian 10/6/2009

Sunday, June 7, 2009

DI mana Lagi Terletak Kekuatan Islam






Asalamualaikum pembuka bicara..ha apa khabar iman kita hari ini? adakah iman kita bertambah hari ini atau sebaliknya ingatlah sahabat-sahabat orang yg hari ini lebih banyak lakukan perkara negatif berbanding semalam maka dia orang yang celaka.jadi kita muhasabahlah diri kita ini.Kita akui kita ini insan yang biasa,insan yang lemah dan insan yang sering melakukan dosa serta semua insan yang dicipta melakukan dosa tapi sampai bila wahai sahabat-sahabat kita ingin bergelumang dengan dosa kita.bilakah kita ingin bertaubat adakah masa tua kelak baru nak bertaubat ingat pembaca sekalian maut akan datang tanpa dijemput malah seandainya maut datang tiada siapa boleh menangguhnya walaupun sesaat apatah lagi sejam.Bukan ini yang ana nak ceritakan tapi sebenarnya ana nak ceritakan tentang dimanakah kekuatan umat Islam?adakah ditenaganyakah ?...



kekuatan umat Islam sebenarnya terletak pada kekuatan solatnya,tetapi sayangnya solat pada era kini dipandang mudah malah ada yang tidak menunaikannya pada waktunya dengan berangapan solat ini boleh diqada`kan sedangkan pada saat itu dia mampu untuk melakukan pada awal waktu tetapi ianya terpaksa diqada`kan dengan alasan ingin menonton televisyen atau sedang membeli belah.Ingatlah pembaca sekalian junjungan kita MUHAMMAD SAW pernah ditanya oleh isterinya kenapa engkau bangun solat malam sehingga bengkak kaki engkau maka jawabnya salahkan aku solat inilah tanda syukurku kepada ALLAH taala.



Kekuatan umat Islam terletak pada solatnya tetapi ada yang langsung meninggalkanya dan tidak diqada`kan denganberalasankan aku sedang bercuti ditepi pantai susahlah nak solat.ALLAHUAKBAR dimanakah letaknya kekutan umat Islam jika solat tidak didirikan malah boleh diqada`kan sesuka hati,ana terbaca satu kisah ketika seorang Khalifah ingin menyediakan angkatan perang maka khalifah bertanya pada rakyatnya sesiapa yang ingin berjihad maka berkumpul di padang,selepas berkumpul rakyat maka bertanya Khalifah sesiapa yang tidak pernah tinggalkan solat sahaja akan ikut aku berperang.Jadi ini membuktikan kekuatan umat Islam terletak pada solatnya.



Saturday, June 6, 2009

khas buat mu WANITA


WANITA,
Kau digelar penyeri dunia,

Hadirmu melengkap hubungan manusia,

Bukannya dirimu insan biasa,

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa.


Akalmu senipis helaian rambut,

Terbangkanlah ia dengan limpahan ilmu,

jua hatimu bak kaca yg rapuh,

Kuatkanlaah ia dengan iman yg teguh.


tercipta engkau dari rusuk lelaki,

Bukan dari kaki untuk diperhamba,

Bukan dari kepala untuk dijunjung,

Tapi dekat bahu untuk dilindung,

dekat jua dihati untuk dikasuhi,

Engkaulah wanita pengganti bidadari.


Mana mungkin lahirnya bayangan lurus elok,

Jika datangnya dari kayu yg bengkok,

Begitulah peribadi yang dibentuk,

Didiklah dirimu dengan keimanan,

Bukannya harta ataupun pujian,

Engkaulah wanita istimewa.


Sinarilah insan istimewa,

Bawa kelembutan bukan kelemahan,

Bukan jua penghinaan dari tuhan,

Bahkan sebagai hiasan kecantikan......

Saturday, April 4, 2009

7 sunnah nabi



  • JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W
    dihantar oleh: nias editor: masyitah az-zahra
    "Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme....renung-renungkan

Friday, April 3, 2009

ya RABBI


WAHAI TUHAN, BERILAH KAMI TAUFIK DAN HIDAYAH (PETUNJUK) MU.
Selalu kita berdoa kepada Allah seperti demikian. Cuma, perlulah kita ingat bahawa hidayah dan taufik ini adalah berbeza pengertiannya. Sekiranya seseorang itu sudah ingin kepada agama dan ingin hendak melaksanakan hidup secara lslam, kemudian dia pun belajar mengenai agama serta syariat-syariatnya (tauhid, fikah dan tasawuf), maka dia dikatakan sudah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. Dia sudah mendapat petunjuk dari Allah iaitu Allah sudah ketuk pintu hatinya supaya ingin beragama. Dia sudah ingin melaksanakan hidupnya secara Islam, cara makan minumnya, cara susunan rumahtangganya, cara kenduri kendaranya dan sebagainya. Dan ilmu pun sedikit sebanyak sudah dipelajari iaitu ilmu syariat. Tetapi dia belum tentu lagi mendapat taufik dari Allah s.w.t. Orang yang mendapat taufik ialah apabila dia melaksanakan ilmu yang dipelajarinya itu, pelaksanaannya tepat dan betul. Jadi bagi orangorang yang sudah mendapat hidayah kemudian melaksanakan apa yang dipelajarinya itu dengan betul, maka bererti dia telah mendapat taufik bersama. Ertinya, dia telah dapat kedua-dua hidayah dan taufik dari Allah s.w.t. Mula-mula hatinya telah diketuk oleh Allah untuk ingin kepada beragama serta ingin melaksanakan hidupnya cara lslam hingga mendorong dia mempelajari ilmu syariat. Kemudian apabila dia melaksanakan tindak tanduknya, perjuangan dan jihadnya, perbuatan dan usaha ikhtiarnya, semuanya tepat dengan ilmu syariat yang di pelajarinya.
Dalam hal ini, kadang-kadang kita dapati setengah-setengah orang itu sudah ingin kepada agama dan sudah ingin melaksanakan hidupnya cara lslam dan dia pula sudahpun mempelajari ilmu syariat samada di bidang tauhidnya. fikah dan tasawufnya tetapi apabila dia cuba melaksanakan tindak tanduk serta perbuatan dan usaha ikhtiarnya, didapati tidak tepat dengan ilmu yang dipelajarinya. Ada saja salahnya. Orang demikian sudah mendapat petunjuk tetapi tidak mendapat taufik dari Allah. Sebab itu, kadang-kadang perbuatannya berlawanan saja dengan syariat, berlawanan dengan kehendak Allah serta berlawanan dengan Al-Quran dan sunnah. Padahal ilmunya sudah tepat dan keinginannya pun sudah ada. Dan kerana itu jugalah, kita mesti selalu memohon kepada Allah dua-dua sekali iaitu taufik dan hidayah. Janganlah kita memohon kepada Allah akan petunjuk saja. Hendaklah kita minta taufik dariNya disamping kita memohon petunjuk. Kalau kita mendapat petunjuk dan taufik dari Allah, maka setiap perbuatan kita serta cakap-cakap kita sesuai dengan kehendak Allah, tepat dengan kehendak syariat serta Al-Quran dan sunnah. Orang yang telah mendapat kedua-dua hidayah dan taufik inilah yang dikatakan orang yang sudah mendapat hikmah. Orang yang mendapat hidayah sahaja, belum tentu dia berhikmah.

Tuesday, March 17, 2009


CINTA DAN MENCINTAI KERANA ALLAH

(1. 1 ) Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat
dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan
mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya.

Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh
Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah
sahaja.

Hadis yang bemaksud:

"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah,
lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,
seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini
takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu
disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan
kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi (
keseorangan) lalu mengalir air matanya"

( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana
Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah
penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah
lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T.
Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan
mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani
(anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:

Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi
mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati
kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini.
Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang
disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk
dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya,
tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan
Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan
ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh
dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W
baginda bersabda:

"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka
mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka
"

riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)

maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di
sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka
tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak
menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi
kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya
kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan
Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia
kerana Allah.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah
mencintai dan meredhainya.

(1.2) Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih
sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam
syurga.

((Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu
beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi)
tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan
salam di antara kamu))

Riwayat Muslim dari Abu Hurairah

Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah,
bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran
jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan
orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari
segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang
pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan
membina mahligai Islam di alam sejagat.

Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam.
Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan
menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

(( Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam
kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka
seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.

Riwayat Muslim

Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan
yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi
mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan
untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.

Monday, March 16, 2009

ingatlah kaum adam

Bismillahirohmanirahim…sukalah ana utk brkongsi satu peringatn yg mane pringatan ini bagi kaum Adam yg ingin mendirikn rumah tangga , renungilah sejenak nasihat yg ditulis di bawah agar kita menjadi pemimpin keluarga yang berwibawa. Insyaallah.

1.Mentaati Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya.

2.Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah s.w.t.
3.Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin.
4.Menjaga hati dan perasaan isteri. 5.Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri.
6.Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri sehingga boleh memudaratkan dirinya.
7.Hendaklah menjauhkan diri daripada mengeji isteri di hadapan orang lain sekalipun memuji wanita lain di hadapannya.
8.Bersabar serta menerima kelemahan isteri dengan hati terbuka kerana segala sesuatu dijadikan oleh Allah s.w.t. dan mempunyai rahmat di sebaliknya.
9.Mengelakkan diri terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai seorang pemimpin dalam keluarga.
10.Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya.
11.Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak.
12.Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan kehendak Islam. 13.Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
14.Memberi kasih sayang dan berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan bersama yang berkekalan.

Sunday, March 15, 2009

Nasihat Agama

5 PERKARA ELOK DISEBUT-SEBUT

Dalam sesi muzakarah kali ini, ana hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk
memberi kesedaran kepada kita trmasuk diri ana sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).
Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.
Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Demikian muzakarah ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...
Sama2lah kte mengislah diri kita.

Merungkai rahsia

Rahsia Khusyuk Solat
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Friday, March 13, 2009

NASIHAT

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI.

1.Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunanaikan haknya.
2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.
3.Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat
persediaan untuk selepas kamu mati.
8.Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu
sendiri.
9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepadaNya
10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Sedutan nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham.

Sabda Nabi s.a.w :

" Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai.
Tetapi jadilah kamu air bah, nengubah , dunia dengan amalmu ".

Dari Auf bin Malik r.a. katanya : " RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal
sebahagian dari - doa beliau, nengucapkan :" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat,
sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya;
basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian
putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan
keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia
kedalom syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin,
hendaknya mayat itu saya."