Wednesday, October 12, 2011

cerita aku..

           Pejam celik Pejam celik hari ini (12/10) telah genap sebulan saya menjadi tetamu dataran SHAM,teringat zaman di Maahad Ahmadi bilamana pengumuman yang memberitahu para pelajar pada bulan ini anda tidak dibenarkan BALIK ke kampung maka pada saat itu kedengaran keluhan para pelajar dan ada yang mula merancang apakah alasan untuk memastikan diri mereka mendapat kebenaran pulang ke rumah dan antara pelajar yang cuba mencari alasan untuk pulang adalah saya....Assalamualaikum kepada sahabat sekelian hmm tadi cerita 3,4 tahun yang lepas tapi sekarang telah genap sebulan saya masih berada di Mu'tah dan satu perkara yang mustahil untuk saya pulang ke rumah dalam jangka masa selama tiga hari hehehhe.kalau ikutkan diri sekiranya dapat balik dalam jangka masa 15minit pun sudah memadai heheheh...ini memang salah satu dugaan bila berada di timur tengah.Kadang-kadang ada juga saya menghitung hari untuk pulang ke Malaysia dan selepas dihitung saya hanya ada 35 bulan sahaja untuk menjadi salah seorang lepasan Mahasiswa  dengan Sijil Ijazah Sarjana Muda Takhasus Usuluddin Universiti Mu'tah inshAllah mudah-mudahan...Apa 35 bulan lagi ????? lama lagi tu !! bisik hati ketika saat saya menghitung hari tetapi inilah yang dinamakan perjuangan yang terpaksa ditempuhi untuk mencapai satu kemanisan pada satu ketika nanti,manakan mungkin kita memperolehi kesenangan tanpa melalui kesusahan sebagaimana yang telah dirakamkan oleh Allah Taala di dalam surah Al Syarh ayat 5 dan 6 "sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan, dan sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan" maka percaya dan yakinlah sesungguhnya janji Allah itu pasti.Pada hari ini juga teman saya yang sering memberi semangat pada saya terutamanya sebelum permergian saya ke bumi Jordan (sape ea ??? biarlah rahsia hehehhe) dan para sahabat yang masih di bumi Tarbiah Maahad Ahmadi sedang berjuang di dalam Peperikasaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) moga kita diberikan kejayaan oleh Allah dengan kejayaan yang hakiki bukan sekadar kejayaan diatas kertas mudah-mudahan inshAllah.Jadi entry kali ini saya tidak berniat membicara panjang kerana kerinduan yang teramat sangat kat Malaysia huhuhhuhu...Salam Perantaun khas buat kalian...
universiti Mu'tah medan Ilmu

di Sini ku Bermula....
bumi tarbiah yang banyak membentuk diriku

Saturday, October 8, 2011

Salam SUKSESS

The Sky is The LIMIT.....salam sayang dan salam suksess buat semua...

Teringat saya mengenai sebuah pepatah Inggeris THE SKY IS THE LIMIT,tetapkan matlamat setinggi langit semua manusia mempunyai matlamat seorang pelajar ingin berjaya dengan cemerlang didalam pembelajaran,seorang pegawai ingin kenaikan pangkat,seorang bapa ingin sebuah keluarga yang bahagia dan berbagai lagi matlamat yang tidak mampu diungkap dan dibicarakan satu persatu  bahkan penciptaan manusia juga mempunyai matlamat yang tersendiri sebagaiamana yang telah dirakamkan di dalam Al Quran :وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون (Ad Dzariat :56) dan tidak aku(ALLAH) jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah/mengabdikan diri kepadaKU dan inilah tujuan atau matlamat penciptaan kita dan seharusnya kita berusaha untuk mencapai ke tahap HAMBA SEHAMBA-HAMBANYA..jadi entry kali ini khas untuk teman(kawan) yang teristimewa dan sahabat-sahabat seperjuangan yang  yang masih setia di bumi tarbiah MAAHAD AHMADI GEMENCHEH yang bakal menduduki peperiksaan SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) semoga kalian berjaya dan suksess didalam STAM dengan keputusan MUMTAZ SOFI akan tetapi ingatlah saya berpesan pada diri saya dan kalian "sesungguhnya kecemerlangan di dalam peperiksaan bukanlah matlamat akan tetapi kecemerlangan itu adalah penyelamat" apa guna kejayaan yang kita perolehi sekiranya kita merosakkan agama Allah,apa guna kejayaan kita jika ianya tidak disertakan dengan rasa kehambaan dan kesyukuran?Dunia telah membuktikan berapa ramai graduasi-graduasi yang berjaya dengan cemerlang dan akhirnya dia adalah salah seorang yang merosakkan ISLAM dan menentang perjuangan ISLAM akan tetapi ingatlah pepriksaan adalah penyelamat.Mana mungkin pada era globalisasi ini suara-suara penyeru ke arah kebaikan ini ingin didengari oleh masyarakat jika mereka tidak mempunyai segulung ijazah kejayaan dan mana mungkin masyarakat hari ini menerima segala yang disampaikan oleh para DUAT tanpa sebarang bukti dan fakta yang jelas maka sekali lagi saya berpesan pada diri saya dan sahabat sekalian kejayaan pada hari ini adalah kejayaan buat ISLAM pada masa mendatang.....