Saturday, October 8, 2011

Salam SUKSESS

The Sky is The LIMIT.....salam sayang dan salam suksess buat semua...

Teringat saya mengenai sebuah pepatah Inggeris THE SKY IS THE LIMIT,tetapkan matlamat setinggi langit semua manusia mempunyai matlamat seorang pelajar ingin berjaya dengan cemerlang didalam pembelajaran,seorang pegawai ingin kenaikan pangkat,seorang bapa ingin sebuah keluarga yang bahagia dan berbagai lagi matlamat yang tidak mampu diungkap dan dibicarakan satu persatu  bahkan penciptaan manusia juga mempunyai matlamat yang tersendiri sebagaiamana yang telah dirakamkan di dalam Al Quran :وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون (Ad Dzariat :56) dan tidak aku(ALLAH) jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah/mengabdikan diri kepadaKU dan inilah tujuan atau matlamat penciptaan kita dan seharusnya kita berusaha untuk mencapai ke tahap HAMBA SEHAMBA-HAMBANYA..jadi entry kali ini khas untuk teman(kawan) yang teristimewa dan sahabat-sahabat seperjuangan yang  yang masih setia di bumi tarbiah MAAHAD AHMADI GEMENCHEH yang bakal menduduki peperiksaan SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) semoga kalian berjaya dan suksess didalam STAM dengan keputusan MUMTAZ SOFI akan tetapi ingatlah saya berpesan pada diri saya dan kalian "sesungguhnya kecemerlangan di dalam peperiksaan bukanlah matlamat akan tetapi kecemerlangan itu adalah penyelamat" apa guna kejayaan yang kita perolehi sekiranya kita merosakkan agama Allah,apa guna kejayaan kita jika ianya tidak disertakan dengan rasa kehambaan dan kesyukuran?Dunia telah membuktikan berapa ramai graduasi-graduasi yang berjaya dengan cemerlang dan akhirnya dia adalah salah seorang yang merosakkan ISLAM dan menentang perjuangan ISLAM akan tetapi ingatlah pepriksaan adalah penyelamat.Mana mungkin pada era globalisasi ini suara-suara penyeru ke arah kebaikan ini ingin didengari oleh masyarakat jika mereka tidak mempunyai segulung ijazah kejayaan dan mana mungkin masyarakat hari ini menerima segala yang disampaikan oleh para DUAT tanpa sebarang bukti dan fakta yang jelas maka sekali lagi saya berpesan pada diri saya dan sahabat sekalian kejayaan pada hari ini adalah kejayaan buat ISLAM pada masa mendatang.....

No comments:

Post a Comment