Wednesday, January 5, 2011

Serban,satu Perbicaraan

Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah taala kita masih diberi peluang untuk terus memimpin di atas muka bumi ini,sekadar perkongsian suka lah ana untuk berbicara mengenai serban.

Di suatu malam selepas selesai menunaikan Soalat maghrib di surau nama ana dipanggil hafizi busy ke?pak cik nak ajak duk burak-burak nie...suara yang agak merdu ala-ala amy search
hati kecil berbicara aduh ape lah pak cik nie nak?,maka senyuman ala-ala mr bean ku lontarkan boleh je pak cik, malam ni pon saya tak buat ape-ape pon.

Pak cik 1(ala amy search) :Hafizi sekolah moncheh kan pak cik nak tanya  maksud serban yang          hafizi faham lah

Ana :erm mengikut konteks yang saya faham lam(cam penceramah bebas pulak) serban tu serban le cam tuan imam pakai heheheh ok 
          Serban itu kain yang dibelit di atas sesuatu songkok, sama ada songkok itu kain atau lainnya, dan Tarbus. Juga suatu songkok dengan rupa tertentu dan tiasa serban. Jikalau dibelitkan sesuatu di atasnya, sama ada kain atau lain seumpamanya, maka ia jadi serban.”
- Syeikh Al-Fukaha al-Allamah Muhammad Bakhit, Mufti Negara Mesir

Pak Cik 2 : abis orang arab yang leak kain kat kepala tu kira sunnah gak ke?

Ana  :yang meletakkan kain tudung kepala di atas kepala, sebagaimana orang Arab meletakkan kain di kepala, maka mereka tidak dikira sebagai memakai serban, hanya menutup kepala sebagai adat dan sebagai pelindung kepada terik matahari, dan tidak mendapat pahala memakai serban.

Pakcik 2 :oooo baru tau erm acik nak tanya apa kelebihan pakai serban nie cuba bagi tau sama je kalau pakai songgkok ke acik tengok cik amat (karkun) tak tinggal serban dia

Ana : Serban ni sunnah nabi pak cik,saya buat perumpamaan ea kita imbau kenangan dulu sebelum acik nikah nikah cik Matun acik selalu tak rindu ke,m teringat ke kat dia?

Pak Cik  : amik kau,jawab lah hafizi,Pak cik( 2 )   kau ni marin cam s.mSalim cik Matun kau Ramlah Ram hehehe

Pak Cik 2 : adalah teringat rindu ala cam orang kata mandi tak basah,tidur tak lena tapi makan kenyang je hehe.

Ana : erm camtu gak kalau kita cinta nabi kita mesti ingat baginda dan beramal dengan serban ni sebab cinta kan baginda k tapi ada kelebihan pakai serban ni dalam hadis

1) Daripada Jabir, Bersabda Rasulullah s.a.w: “Dua rakaat dengan berserban, adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat tanpa serban.”
(H.R Ad-Dailami)

2) Daripada Abi ad-Darda’, katanya:Bersabda Rasulullah s.a.w:”Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat pada hari kiamat kepada orang-orang yang berserban.”
(H.R Tabrani)

3) Daripada Rukanah, bersabda Rasulullah s.a.w: “Perbezaan di antara kita dengan orang-orang musyrik ialah serban di atas kopiah.”
(H.R Abu Daud & Tirmizi)



Pak Cik 1 : ok,nak jadi orang Alim mesti pakia serban ke ? kalau tak,tak boleh ke ?

Ana ;pak cik tak semesti nya nak jadi orang Alim mesti pakai serban tapi ulama'-ulama' ni jadikan beserban tu sunnah nabi dan bukti kecintaan kepada nabi selain daripada tu sebagai pakaian mereka ok peguam dia orang pakai kot kan? wajib ke dia orang pakai kot? tak kan tapi untuk melambangkan penampilan mereka kan jadi sama lah ngan orang Alim ni,yang penting sebab sunnah,meraka buat apa yang nabi buat tapi ianya bukan perkara yang wajib.Ada Ulama luar negara datang Malaysia tak pakai serban ulama' hebat lak tu Sheikh Alan Godlas khalifah tarekat Naqshabandi di Amerika.

Pak cik 1 : ok lah hafizi teriama kasih ea kang marah lak mak cik ni hehehe
Pak cik 2 :takut bini la tu heheh
Ana : erm ok saya pon nak pergi Giant ni Assalamualaikum..



Dr Alan Godlas khalefah Naqshabandi Amerika
Ziarah Sheikh Alan Ke Tampin Negeri sembilan





 
 
 
 

Monday, January 3, 2011

Hikmah Sebalik Hijab


 Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
  
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
  
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
  
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
  
 Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
  
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
  
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
  
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
  
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
  
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
  
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
  
 Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
  
 Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
  
 Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
  
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
  
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
  
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.