Thursday, September 29, 2011

I'RAB HATI

Alhamdulillah sudah 3minggu saya menjadi Tetamu Dataran SHAM,syukur ke hadrat Allah S.W.T segalanya setakat hari ini semuanya berjalan dengan baik walaupun kekadang HOMESICK huhuhu (rahsia aw) kuliah-kuliah pon telah bermula,doktor-doktor kuliah yang sentiasa meraikan mahasiswa Asia dengan berbahasa Arab Fushah dan i semestar kali ini saya mengambil 5 madah (subjek) walaupun mahasiswa baru hanya dicadangkan hanya mengambil 4 madah sahaja  kecuali bagi mahassiswa yang telah lulus ujian penilaian tahap bahasa yang diadakan sebelum bermulanya kuliah disarankan oelh persatu mahasiswa MU"TAH untuk mengambil 5 madah,syukur saya dan sahabat negeri sembilan yang lain antara yang lulus di dalam ujian tersebut dan yang mengejutkan saya bilamana pada satu ketika saya masuk ke dewan kuliah Dirassat Nahwiah dan saya melihat mahasiswa yang bersama saya didalam dewan tersebut adalah dikalangan mahasiswa tahun 3 dan 2..perghh hati terus gemuruh,ye ke aku kelas dirassat nahwiah hari ini bicara hati kecilku,ia memang ini kelas aku tapi mampu ke aku  soal hati kecilku????..tetapi sekali telah ku melangkah tidak akan ku toleh ke belakang incAllah, apa yang berlaku terpaksa ditempuh bukan hanya duduk tersandar dan menangis Tawakkal perlu di iringi dengan Usaha ayuuuh bangun bersama dan yang mengembirakan saya ialah 5kali saya telah hadir ke kuliah dirassat nahwiah alhamdulillah segalanya baik walaupun ada dikalangan seniour yang menyebut "kau tau dirassat nahwiah nie boleh rosakan markah sem first kau nie" tapi saya bersyukur alhamdulillah ada juga di kalangan sahabat mahasiswa tahun ke-3 yang ber'disscusion' dengan saya dan kami sering menukar idea alhamdulillah segalanya daripada Allah...
   entry kali ini mengenai I'RAB HATI ok ini bukan soal homesick atau soalnya siapa atau hati ini milik siapa atau cinta 2 benua maaf bukan ye dan yang paling penting saya bukan ingin mengajar madah nahu(nahwiah) walaupun bilamana menulis saja tajuk entry kali ini saya terus teringat zaman di Maahad Ahmadi saya merupakan pelajar yang lemah dalam bab i'rab nie FAEl MARFU'.MAFUUL wajib MANSUB faham Hafizi terngiang-ngiang di telinga suara ustazah KHAIRAH BT HARIZ yang tidak letih mengajar saya bab i'rab dan amaran ustazah yang menyebabkan saya mampu  bermain dengan i'rab walau tidak sehebat yang lain ialah "kamu jangan nak jadi hantu(kalimah yang sering digunakan) ye kalau tak dapat buat ustazah nak cuuuuuubiiit kamu pastu ustazah tulis atas kertas A4 gantung kat leher saya pemalas dan tak reti i'rab jalan setiap kelas" huhuuhu siapa sanggup?? jadi pada saat itu saya mula fokos dan alhamdulillah sehingga ke JORDAN saya mampu bermain dengan i'rab....eh apa cerita ini ish2 dah jauh menyimpang dah ni..jom kita bicara mengenai I'RAB HATI....
      Sebagaimana yang disebut didalam kitab MINHAJUL ABIDIN karangan HUJAHTUL ISLAM IMAM AL GHAZALI dan disyarahkan oleh TG.NURUDDIN BIN MARBU AL MAKKI  i'rab hati adalah keadaan hati seseorang hamba dan ianya terbahagi kepada 4 MARFU',MANSUB,MAJRUR/HAFDU dan MAUQUF.....sekali lagi saya pesan ini bukan subjek nahu yang anda belajar di sekolah hehhehe..
        MARFU' adalah ketikamana pada saat hati seorang hamba naik tinggi kehadrat Allah Taala dan perkara ini berlaku apabila seorang hamba tidak lekang membasahi lidahnya dengan berzikir,bertasbih berselawat dan bermunajat.Hal ini akan menyebabkan hati terus-menerus naik dan pengharapannya kepada Allah kian tinggi dan alamatnya hamba yang sedang berada didalam keadaan MARFU adalah ???dhommah sekali lagi saya ingat kan kita bukan sedang belajar madah nahu ye ok..alamatnya ialah aktiviti seharian kita selaras dengan kehendak Allah dan sunnah baginda nabi samaada percakapan,perbuatan,fikiran,langkah dan hatinya.Seterusnya apa yang disuruh oleh Allah dilakukan dengan bersungguh dan apa yang disaran oleh nabi  ianya dilakukan dan apa yang dicegah dan dilarang ia turut meninggalkanya dan hambanya juga sentiasa rindu akan Allah Taala dan Nabinya Muhammad S.A.W serta sering merindui kematian.ADAKAH KITA GOLONGAN MARFU'??????
       MANSUB adalah hati yang sentiasa tetap pada Allah dan sangat jarang ianya berpaling daripada Allah dan amalannya sentiasa didalam keadaan sekata seakan-akan ianya sedang diprogramkan.Alamat-alamat telah sampai di martabat ini ialah,hambanya sering Tawakkal pada Allah,jujur dan yakin dengan segala yang berlaku.ATAU KITA DIMARTABAT INI......manakala i'rab yang ketiga adalah MAJRUR/HAFDU ialah hati hamba yang sering turun dan jauh daripada Allah Taala ATAU KITA  DIMARTABAT INI mohon dijauhkan amin JOM KITA NILAI MELALUI ALAMATNYA dan alamatnya ialah hamba yang sering ujub,riak dan sering memperhatikan dunia dan leka dengan urusan dunia bahkan hambanya HEBAT didalam urusan dunia bekerja dari awal pagi hingga ke tengah malam tetapi bila ditikar sejadah hanya mencecahkan punggung hanya 5minit...adakah berbaloi 24 jam yang diberikan dengan 25minit(5kali waktu solat fardhu) sahaja kita peruntukan untuk urusan akhirat...renung-renungkan
      I'rab yang terakhir adalah MAUQUF hati yang telah tertutup dan jauh daripada hidayah Allah,alamatnya ialah hamba Allah yang mengabdikan diri untuk dunia dan mereka ini tidak daapat merasai kenikmatan dalam ibadah dan juga mereka merasakan soalt fardhu,puasa hanya satu bebanan yang meletihkan lantas mereka tidak menunaikan perintah-perintah Allah.MUDAH-MUDAHAN TIADA DIKALANGAN KITA DIMARTABAT INI......
wAllhua'lam.
bersama ustazah khairah binti hariz...sayaaaang ustazah

pokok nahu dalam bab i'rab....pandai menbaja besar lah pokok ea

                          MARFU bil dhommah MANSUB bil fatha MAJRUR bil kasrah

                     buku-buku rujukan nahu yang saya miliki....jom bermain dengan i'rab
       

Tuesday, September 20, 2011

1PESANAN 1MAHASISWA/WI

salamualaikum...salam perantauan hehehe semenjak bergelar mahasiswa  Jordan ni rasa nya saya ingin memulakan penulisan walaupun rasanya sudah lama tidak menulis di penulisan maya ni memandangkan sementara fasal awal (sem 1)baru bermula dan belum ditaklifkan dengan mana urusan yang berat lebih baik saya merasakan saya mula menulis di dalam blog yang dah hampir bersarang dek kerana lama tidak ber'update'  selaku mahasiswa MU TAH JORDAN yang tiada beribu dan berbapa disamping diri ini huhuhuhu (ea ape pulak nak touching nie ish2 )....ok terus pada perkongsian
Dr.Yusuf Al Qardawi ada memesan kepada mahasiswa Timur Tengah bahkan pesanan ini bersesuaian kepada semua MAHASISWA/wi MUSLIM.Pesanan ini dikenali dengan 3'JIM' ea macam Jemaah Ikatan Muslim,ok perkongsian kali ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana jemaah atau parti politik atau mana-mana persatuan.

  • JIM yang pertama JAMIAH (جامعة/universiti ) ialah nama pun mahasiswa/wi mustahillah ingin berbicara mengenai tadika,tabika,taska ataupunsekolah rendah sob sob sebenarnya kita harus sedar kita adalah MAHSISWA/WI dan seharusnya tindak tanduk kita berlandskan atau bercirikan seorang MAHSISWA/WI...pesanan ini membawa maksud jangan sesekali kita tidak hadir ke kuliah di universiti tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah.
  • JIM yang kedua JAMI' (جامع/MASJID) inilah tips pertama untuk berjaya bahkan ini lah kunci kepada segala kejayaan,mengapa saya  mengatakan begitu ??? di dalam kitab HADITH 40 AN NAWAWI baginda Nabi telah bersabda "Peliharalah Allah nescaya Engkau akan dipelihara olehnya" dan Ulama telah mensyarahkannya maskdud Peliharalah engkau akan Allah adalah memelihara segala arahan dan larangan Allah S.W.T.Oleh itu pastikan setiap Mahasiswa/wi menunaikan solat 5waktu secara berjemaah di masjid atau surau.
  • JIM yang ketiga adalah JAMM IAH (جمعية/PERSATUAN) mengapa disebut Berpersatuan ???? Hari ini ramai kalangan Mahasiswa/wi yang telah membawa segulung ijazah tetapi yang menjadi satu kekesalan mereka tidak mampu menyumbangkan apa-apa kepada Masyarakat bahkan ada daripada kalangan mereka yang hanya duduk dirumah dan menunggu panggilan bekerja (mudah2an dijauhkan diri kita daripada perkara ini) tujuan kita dinasihatkan berpersatuan selain daripada menimba pengalaman,mampu untuk mentadbir dan berorganisasi selain itu juga perkara yang paling penting bilamana kita berpersatuan kita mampu untuk bermuamalah/bermasyarakat dengan lebih baik mustahil yang amat sangat bila mana kita berpersatuan kita hanya bekerja bersendirian mustahil,mustahil bila disebut sahaja PERSATUAN ianya akan melibatkan berbagai pihak dan akan mewujudkan interakasi dua hala dan inilah perkara yang amat penting yang sepatutnya dikuasai oleh setiap Mahasiswa/wi.
akhirnya sebelum menutup perkongsian ini,saya ingin berkongsi beberapa gambar saya di jordan : 
                     di airport sebelum sesi perpisahan (menangis) huhuh

                  syukran pada sahabat2 yang sudi bersama di airport
                 barisan muslimat yang turut serta....macam tetamu undangan pulak
  hari pertama di mu'tah jordan ziarah maqam shuhada' di perang Mu'tah
                                    (moga ada keberkatan)
 Doktor nie amik darah tanpa senyuman...ea adeq salah tempat cucuk nie huhuhu
                                          (selepas alihbahasa)