Wednesday, September 8, 2010

Aku Nak buat Pesanan Neraka

Bismillahhirahmanirrahim

Ramadhan akhirnya engkau pergi meninggalkan kami,pemergian mu ditangisi inilah kami yang galak kali disebut oleh masyarakat hari ini.Persoalannya adakah kalimah keramat ini menzahirkan kalam di hati,jika ia tahniah jika tidak fikir-fikirkan.

sebuah kisah untuk kita kongsi bersama.
Aku kagum tengok budak-budak muslimah sekolah Maahad Ahmadi dan sekolah-sekolah agama yang lain mereka mampu memakai tudung labuh beserta jubah ketika matahari tengah duk atas kepala kata ku kepada seorang rakan "hebat lah dak-dak sekolah agama nie kan panas-panas macam nie boleh pakai jubah lagi,kita yang laki nie Tai dah bukak Songkok dah bukak"jawab temanku "hebat tak hebat ni kan dalam sekolah budak-budak tu ikut ar peraturan,luar dari sekolah tak de macam ni de" ujarku "mandai kau je aku tengok kat terminal tu ade je budak pakai tudung labuh" "entah kau pi la tanye die tak panas ke"jawab kawan ku...

Semalam aku (7/9)dalam perjalanan aku masih nampak muslimah yang bertudung labuh iye inilah yang di namakan dengan ISTIQAMAH pada landasan agama.Agama yang mengajar untuk bertudung labuh dan menutup aurat.Selain dari menutup aurat semau perkara baik dia ajar dalam agama jaga tingkahlaku dan percakapan ceita di bawah ini sekadar untuk teladan bersama malah sekadar rekaan yang boleh di renungkan....(tiada mengena dengan hidup dan yang mati maupun yang masih ada di alam rahim)

Disebabkan cuaca yang panas maka satu ujian yang amat besar kepada muslimah untuk mempertahankan pakaian mereka seandainya tiada ISTIQAMAH maka musnah lah ia.Dalam perjalanan yang panjang dari GERMANcheh(gemencheh) ke Bandar Satelite Senawang dengan menaiki bas Southern,ada seorang perempuan yang memakai pakaian yang kurang menyenangkan  ketika perjalan seorang lelaki tua yang berjanggut(ala-ala osama bin ladin yang moden sebab pakai kopiah hj Abdul)duduk berhampiran dengan perempuan tersebut.

Bersuara lelaki tua itu dengan lemah lembut seakan-akan seperti seorang bapa yang berbual dengan anak perempuan tunggalnya menasihatkannya pakaian yang dikenakan pada dirinya melanggar peraturan agama dan boleh mengundang sesuatu yang buruk pada dirinya sendiri.

Apakah respon perempuan tersebut yang berbicara dengannya dengan penuh perumpamaan dan hikmah itu ditengking dengan suara yang amat kuat,perempuan tersebut merasakan hak kebebasan nya telah di ganggu oleh lelaki tersebut tetapi lelaki tersebut hanya tersenyum keran ia tau itu merupakan sunnah berjuang apabila ada penumpang lain yang bersuara mempertahakan lelaki tersebut tetapi si Tua (osama moden)menegahnya..
Allahuakbar hebat akhlak si tua itu.

Selepas ditengking lelaki tua itu memohon maaf kepada wanita tersebut dan berdiri untuk meredakan marah perempuan tersebut..pphhhrrree bunyi loceng Southern ditekan maka berjalan lelaki tua tersebut untuk turun daripada bas  belum sampai di tangga,perempuan yang marah tadi menjerit "Kalau kau baik sangat kau tempah kan aku neraka kat tuhan kau" orang tua itu terkesima dan hanya beristighfar dan terus turun dari bas Southern tersebut.

Seorang perempuan yang beragama Islam menempah neraka ini satu perkara yang pelik semua penumpang yang mendengar hanya terdiam dan terkejut.Perjalanan yang makan masa hal ini kerana kesesakan lalu lintas( balik raya) penumpang terlelap termasuk perempuan muda tersebut.

Sampai di terminal Seremban ,penumpang terjaga dari tidur dan beratur untuk turun dari bas tersebut dan perempuan muda tadi masih di buai mimpi dan kakinya mengganggu perjalanan penumpang untuk turun,maka jerit penumpang yang berada di belakang "kejutkan perempuan tu dah samapai dah ni" respon daripada suara tersebut seorang budak mengejut perempuan tadi "kakak bangun dah sampai dah ni bangunlah"perempuan tersebut terus tidur dan tidak berjaga seorang menumpang lain memegang tangannya dan di dapati perempuan tersebut telah meninggal dunia,
Seluruh penumpang yang bergama Islam beristighfar dan ada yang menjerit Allahuakbar.

Dimana kah tempat perempuan  neraka atau syurga?
Adakah perempuan ini daripada golongan kanan atau kiri?
Renungkan telajak perahu boleh di Undur terlajak kata????