Friday, January 29, 2010

Mengapa Dia tidak di Kenali

Bismillahir Rahmani Rahim
Ihdinas Siratol mustaqim siratol lazi minan nabiyin wa sidiqqin wa shuhada wa solihin
Salamualaikum

moga-moga kita berada di atas sirat yang diredai
erm lama dah x di 'update' erm start naik senawi 2 baru aku mengetahui erti masa yang sebenar....huhuhu jadual rutin harian makin fit
cuma post kali ini nak berkongsi sikit kalam-kalam indah Uwais Al Qarni...

Uwais Al Qarni?siapa tu?ntah sape-sapelah tu!mesti die dah meninggalkan patutlah aku x kenal.

erm ini lah realiti masyarakat kita bila disebut nama Uwais Al Qarni inilah persolan yang akan timbul dari benak hati masyarakat..mungkin beliau telah lama meninggalkan kita setengah ulama berpendapat beliau meninggal ketika peperangan sifin dan pada saat itu beliau berpihak pada saidina Ali,memang lama beliau meninggalkan kita tapi adakah kita tidak sewajarnya mengenali beliau kerana beliau bukanlah sedekad atau sezaman dengan kita....jadi fikir-fikirkanlah

Untuk pengetahuan semua bukan masyarakat pada hari ini sahaja tidak mengenali beliau tetapi mereka yang sezaman dengan nya pun tidak mengenali beliau,beliau dianggap gila malah beliau seorang lelaki yang dianggap 'simple' dan tidak diperlukan oleh sesiapa,tetapi siapa tahu lelaki yang diperlekehkan ini rupa-rupanya seorang lelaki yang disebut oleh Rasulullah dan dicari oleh sahabat Rasulullah walaupun beliau tidak terkenal dikalangan penduduk dunia tetapi beliau seorang yang terkenal di kalangan penduduk langit.Uwais Al Qarni turut di cemuh oleh keluarganya,mereka menuduh beliau gila,saudara-maranya mencacinya,anak-anak kecil sering mempermainkanya dan melemparkan batu kepadanya,beliau sering menyembunyikan dirinya beliau tidak pernah marah terhadap perbuatan anak-anak kecil yang melemparkan batu,beliau pernah berkata wahai saudara-saudaraku seandainya kalian ingin melemparkan batu kepadaku lemparlah tapi aku mengharapkan kalian melemparkan batu-batu yang kecil supaya jasadku tidak terluka ini kerana apabila badanku luka ianya akan menyusahkan aku untuk menunaikan solat kerana ketiadaan air.
Imam Abdullah bin As'ad al yamani menukilkan di dalam kitabnya uwais Al Qarni pernah mengutip makanan dan pakaiannya dari tempat buangan sampah lalu beliau disalak oleh seekor anjing yang datang mencari makanan maka Uwais berkata "enkau makanlah apa yang ada di hadapan engkau dan aku pula akan makan apa yang ada di hadapan aku,janganlah engkau menyalak kepada aku seandainya aku melepasi sirat mustaqim maka aku lebih baik tetapi seandainya sebaliknya engkaulah yang lebih baik..
Walau macam mana sekali pun sebenarnya belaiu lelaki yang mulia sehinggakan Rasulullah menyebut nama beliau dan saidina umar pernah memohon doa daripadanya.
Berkata khalid ibn Al Hiza' daripada Abdullah ibn Syaqiq daripada Abi al Ja'd sesungguhnya beliau mendengar nabi bersabda:Akan masuk Syurga dengan syafaat seorang lelaki dari umatku lebih banyak dari bani Tamim,mereka berkat:UWAIS AL QARNi
Saidina Umar berkata:aku mendengar Rasulullah bersabda sebaik-baik tabien ialah seorang lelaki yang dipanggil UWAIS

Ahbab sekelian
ini lah hakikat kehidupan uwais al qarni,walaupun beliau hidup dalam keadaan yang dhoif tetapi nama beliaulah yang sepatutnya sering bermain di bibir masyarakat sekarang.

Kalam hikmahnya

  • Doa tanpa di ketahui oleh orang yang didoakan lebih afdal daripada datang menemuinya
  • seseorang tidak akan sampai kepada maqam Khauf sehinggalah dia menjadi cemas seolah-olah pernah membunuh semua makhluk
  • mencabut bukit-bukit dengan jarum lebih mudah daripada mengeluarkan sifat takabbur dari hati
  • aku tidak pernah melihat seseorang yang telah mengenali tuhannya bermesra dengan orang lain
  • Ingatlah bahawa kalian menujukepada kematian apabila kalian tidur dan jadikanlah kematian di antara pandangan matamu apabila kalian bangun dari tidur

Inilah antara kalam indah Uwais Al Qarni