Friday, December 28, 2012

Siapakah Aku ??


         Satu persatu muka surat aku selak kitab Hidayah karangan Imam Al Mirghinani sebuah kitab tua yang membahaskan ilmu-ilmu Feqah mengikut pandangan Imam Abu Hanifah bahkan turut disertakan bersamanya khilaf-khilaf dan dalil daripada Imam Syafie, perbahasan Fiqh Ibadat setebal 154 muka surat perlu aku hadam satu persatu dalil-dalilnya,perselisihan antara seorang Imam dengan Imam yang lain selamanya 45 minit di meja belajar yang menghala ke tingkap di temani dengan secawan Teh-O panas pasti menyegarkan badan ketika musim sejuk mula menunjukan kelibatnya.
      Aku terpandang gelagat anak-anak arab yang baru pulang daripada sekolah dengan gaya pakaian yang jauh berbeza dengan Malaysia yang boleh aku kira lebih bersistem,mereka dengan baju berwarna hijau dan berseluar 'jeans' bahkan dengan tudung yang berbagai fesyen.Aku terkenang seketika,kotak memori aku di'refresh'kan semula zaman ini telah lama aku tinggalkan dulu aku pernah menjadi murid tadika yang hanya bermain,menghafal doa-doa harian dan membilang serta mengeja,masa terus berlalu aku meninggalkan alam sekolah rendah dan terus berdiri di bumi Tarbiah Maahad Ahmadi beberapa kenangan yang disana yang sukar untuk aku lupakan bahkan saat ini aku sering kali terbayang bangku di belakang sekolah,Musolla tua yang menunggu masa untuk dimusnahkan dek jentera anai-anai,guru-gurunya indah sungguh kehidupan itu terutama saat-saat akhir aku di bumi itu.Kebiasaannya kenangan ini satu persatu datang menggamit rindu aku kembali ahhhh kenangan hanya kenangan hidup sekarang ini terus aku perjuangkan cuma kadang-kadang aku terfikir adakah aku berjaya dibentuk di bumi Tarbiah itu ?? adakah hanya untuk mencipta kenangan yang pasti tidak akan mampu dikembalikan ?? jika dulunya dhuha menjadi rutin harian adakah sekarang masih menjadi rutin harian aku? jika tidak menjadi rutin aku, ibadah apa yang ingin aku pamerkan pada tuhanku ? Allahumma InnaKa Qawiyun wa Nahnu Dhuafa'u ilaika Allahumma Anta A'zizun Wa Nahnu Azila'uilaik Allahumma Anta Ghaniyun Wa Nahnu Fuqara'u ilaika...
        Bumi Tarbiah itu telah aku tinggalkan dan sekarang aku berada di sebuah Tanah yang Cukup Mulia,Sebuah Dataran yang mengalir padanya darah-darah Syuhada' Mu'tah sekarang aku terfikir apa yang ingin aku kerja di tanah ini...adakah hanya mengaku aku lepasan daripada Bumi Syuhada' Mu'tah cukup untuk aku menjawab persoalan TuhanKu di akhirat kelak..lamunan aku terhenti seketika apabila Hanafie ahli rumah aku yang masuk ke bilik untuk mengajak aku ke pekan membeli barang.
         Aku ditinggalkan di dalam bilik seorang diri untuk memberi laluan kepada aku untuk bersiap-siap ke pekan sekali lagi lamunan itu menjengah kembali ke kotak pemikiran aku "Aku Seorang Pelajar Usuluddin,kitab-kitab usuluddin yang berkaitan dengan Aqidah boleh aku katakan antara kitab-kitab yang sentiasa menjadi perhatian aku dan kitab-kitab ini yang tersusun rapi di rak-rak usang aku tapi apa gunanya jika bilik yang berdinding kitab-kitab,tingkap yang berlangsirkan nota-nota tetapi aku tidak mampu memanfaatkan kepada diri aku,dan masyarakat sekeliling aku" pernah bermain di pemikiran aku untuk mendirikan rumah tangga dan aku pasti urusan ini juga sering bermain di fikiran sahabat yang lain mungkin aku sering berfikir ketika aku mempunyai seorang isteri yang solehah yang menjadi penyejuk mata dan hati mampukah aku berkongsi kepada isteriku apa yang aku pelajari atau hanya sekadar aku memberi keizinan kepadanya untuk belajar di surau-surau dan apa guna aku ketika itu sebagai seorang SUAMI yang tidak mampu berkongsi bersama kekasih hati....malu,hina,kerdil jika pulangnya aku dengan segulung ijazah daripada Mu'tah University tetapi hanya menghukum ini haram dan itu halal dan jawapan yang sentiasa untuk mengelakkan diri "aku tidak tahu" maafkan aku wahai kekasih hati jika aku tidak sehebat yang engkau inginkan tetapi aku sedang berusaha ke arah itu agar suatu ketika nanti aku mampu menjadi guru kepada dirimu...doaakan aku wahai makmumku...
            Berkata Saiyidina Abdullah ibn Mas'ud "bukanlah seorang itu dikatakan alim kerana banyak menghafal hadith tetapi alim yang sebenar adalah berjaya ditanam sifat khasyiah atau takut kepada Allah Taala" perihal ini dibicarakan oleh Allah Taala "Sesungguhnya golongan yang takut kepada Allah di kalangan hambaku adalah Ulama'.
             Sabda baginda Nabi Muhammad S,A,W "sesungguhnya apabila seseorang yang berilmu mengharapkan keredaan Allah dengan Ilmunya,maka Allah akan mencampakkan rasa khasyah atau takut ke dalam dirinya kepada Allah tetapi jika seseorang yang mengharapkan dengan imunya untuk mengumpulkan gedung-gedung harta maka Allah akan mencampakkan di dalam dirinya rasa takut kepada semua perkara"(riwayat ibn Asakir)

Zulhafizi Khadim Ilmu
Universiti Mu'tah Al Karak,
The Hashimate Kingdom of Jordan

Saturday, December 1, 2012

Pensyariatan Memuji Nabi Muhammad


PENSYARIATAN MEMUJI NABI MUHAMMAD
Oleh : Syeikh Soleh Abdul Ghani Al Ja’fari

Diterjemah & diringkaskan oleh
Al faqir ila Allah al Qawiey
Mohd Zulhafizi Bin Salim
Universiti Mu’tah


الحمد لله الذي سبق الخلق إلى مديح سيد الخلق سيدنا محمد صلى الله عليه وآله وسلم فقال : (وإنّك لعلى خلق عظيم )
أما بعد :
Sesungguhnya Allah Taala telah memuji Baginda Nabi Muhammad  S.A.W di dalam
Al-Quran pada beberapa ayat di antaranya disebutkan kepada Baginda Nabi

وداعيا إلى الله بإذنه وسراجا منيرا ياأيها النبي إنا أرسلناك شاهدا ومبشرا ونذيرا
Maksudnya : Wahai Nabi Sesungguhnya Kami mengutuskan Engkau adalah sebagai saksi, pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan,serta menjadi penyeru kepada (agama) Allah dengan izin-Nya dan sebagai cahaya yang menerangi.

            Dipuji juga baginda Nabi S.A.W di dalam surah At Taubah ayat 128 mengenai sifat penyantun dan penyayang Nabi terhadap golongan yang beriman pada Allah

لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم
Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kalangan kamu,terasa berat baginya penderitaan yang kamu alami,dia sangat menginginkan (keimanan dan keselematan) bagi kamu,Sesungguhnya dia penyantun dan penyayang bagi orang-orang yang beriman.

            Bahkan dipuji baginda Nabi Muhammad S.A.W di dalam Taurat sebagaimana yang di rekodkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Sahihnya mengenai tafsiran surah Al Fath  ayat
إنا أرسلناك شاهدا ومبشرا ونذيرا

عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ قَالَ لَقِيتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قُلْتُ
أَخْبِرْنِي عَنْ صِفَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي التَّوْرَاةِ قَالَ أَجَلْ وَاللَّهِ إِنَّهُ لَمَوْصُوفٌ فِي التَّوْرَاةِ بِبَعْضِ صِفَتِهِ فِي الْقُرْآنِ

{ يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا }
وَحِرْزًا لِلْأُمِّيِّينَ أَنْتَ عَبْدِي وَرَسُولِي سَمَّيْتُكَ المتَوَكِّلَ لَيْسَ بِفَظٍّ وَلَا غَلِيظٍ وَلَا سَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ وَلَا يَدْفَعُ بِالسَّيِّئَةِ السَّيِّئَةَ وَلَكِنْ يَعْفُو وَيَغْفِرُ وَلَنْ يَقْبِضَهُ اللَّهُ حَتَّى يُقِيمَ بِهِ الْمِلَّةَ الْعَوْجَاءَ بِأَنْ يَقُولُوا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَيَفْتَحُ بِهَا أَعْيُنًا عُمْيًا وَآذَانًا صُمًّا وَقُلُوبًا غُلْفًا

Dari ‘Atho’ bin Yasar berkata; Aku bertemu dengan ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash radliallahu ‘anhuma lalu aku katakan: “Khabarkan kepadaku tentang sifat Rasulullah S.A.W di dalam kitab At-Taurah?” Dia berkata: “Baik. Demi Allah,sesungguhnya Beliau telah disebutkan dalam kitab At-Taurah sebahagian dari sifat-sifat Beliau sebagaimana yang disebutkan di dalam Al Qur’an (Wahai Nabi, sesungguhnya kami mengutus engkau sebagai saksi, pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan), menjaga para ummiyyin (kaum yang tidak baca tulis). Engkau adalah hambaKu dan RasulKu, Aku memberimu nama Al Mutawakkil, bukan orang yang bersifat kasar lagi keras tidak suka berteriak-teriak di pasar dan tidak membalas keburukan dengan keburukan tetapi memaafkan dan mengampuni, dan Allah tidak akan mematikannya hingga Beliau meluruskan agama-agama yang bengkok agar hanya mengucapkan Laa ilaaha illallah yang dengannya akan membuka mata yang buta, telinga yang tuli dan hati yang tertutup.

            Direkodkan juga Imam Bukhari di dalam sahihnya mengenai keizinan melantunkan syair-syair indah di dalam masjid

عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ مَرَّ عُمَرُ بِحَسَّانَ بْنِ ثَابِتٍ وَهُوَ يُنْشِدُ فِي الْمَسْجِدِ فَلَحَظَ إِلَيْهِ فَقَالَ قَدْ أَنْشَدْتُ وَفِيهِ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْكَ ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَى أَبِي هُرَيْرَةَ فَقَالَ أَسَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَجِبْ عَنِّي اللَّهُمَّ أَيِّدْهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ قَالَ اللَّهُمَّ نَعَمْ

Maksudnya ; Dari Sa’id bin al-Musayyab, beliau berkata: pada suatu ketika Umar berjalan bertemu Hasan bin Tsabit yang sedang melantunkan sebuah Syair indah di masjid, lalu Umar menegurnya, namun Hasan menjawab: Aku telah melantunkan Sya’ir di masjid yang di dalamnya ada seseorang yang kemuliaannya lebih mulia daripada kamu, kemudian ia menoleh kepada Abu Hurairah. Maka Hasan melanjutkan perkataannya bukankah kamu telah mendengar sabda Rasulullah SAW, Jawablah dariku, Ya Allah semoga Engkau menguatkannya dengan ruh al-Qudus. Lalu Umar menjawab Ya Allah, benar (aku sudah mendengarnya).

            Hukum lantunan tersebut dengan suara yang kuat (dalam erti dapat didengari oleh orang lain bukan bererti kuat dengan suara yang nyaring lagi mengganggu) dan beramai-ramai adalah mubah. Ini berdasarkan hadis riwayat Nasa’I yang telah disebutkan di atas dan disyarahkan oleh Syeikh Ismail Utsman Zain al-Yamani di dalam kitabnya yang berjudul Irsyadu al-Mu’minin,:
ومما يستأنس به في ذلك إباحة انشاد الشعر في المساجد إذا كان مدائح صادقة أو موعظة و أدبا أو علوما نافعة وهو لا يكون إلا برفع صوت في اجتماع.
Yang biasa diambil dari hadis tersebut (Nasa’i) adalah hukum kebolehan melantunkan sebuah syair di dalam masjid yang di dalam lantunan tersebut berisi pujian-pujian, nasihat-nasihat, pelajaran adab, dan ilmu yang bermanfaat. Dan itu pasti dilakukan dengan suara keras dalam perkumpulan.(ditambah oleh pent )

Direkodkan juga oleh Al Baihaqi di dalam kitabnya Dalail Nubuwwah dengan sanad yang mutassil mengenai pujian Ka’ab r.a kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W selepas keislamannya

بانت سعاد فقلبي اليوم متبول
متيم إثرها لم يفد مكبو ل

Sehingga sampai kepada bait

ان الرسول لسيف يستضاء به
مهند بسيف من سيوف الله مسلول

Maka mengisyaratkan Nabi Muhammad S.A.W kepada sahabat-sahabat yang hadir pada ketika itu untuk mendengar rangkap bait tersebut.Ini merupakan satu tanda persetujuan baginda nabi terhadap pujian kepada dirinya sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Anas bin Malek Dari Anas bahwa seorang lelaki arab datang kepada Nabi SAW. “Wahai Rasulullah SAW, “Tidak ada haiwan ternakan kami yang bersuara dan tidak ada bayi kami yang tidur nyenyak.” Lalu ia mengucapkan

أَتَيْنَاكَ وَالْعَذْرَاءُ يُدْمِىْ لَبَانَهَا     وَقَدْ شَغَلَتْ أُمُّ الصَّبِيِّ عَنِ الطِّفْلِ
وَأَلْقَى بِكَفَّيْهِ الْفَتَى اِسْتِكَانَةً       مِنَ الْجُوْعِ ضُعْفًا مَا يَمُرُّ وَلاَ يَحْلُوْ
لاَ شَيْءَ مِمَّا يَأْكُلُ النَّاسُ عِنْدَنَا   سِوَى الْحَنْظَلِ الْعَامِي وَالْعِلْهِزِ الْغَسْلِ
وَ لَيْسَ لَنَا إِلاَّ إِلَيْكَ فِرَارُنَا        وَ أَيْنَ فِرَارُ النَّاسِ إِلاَّ إِلَى الرُّسُلِ
Kami datang kepadamu saat gadis susu menjadi darah

Ibu  melupakan bayinya
Pemuda menjatuhkan kedua telapak tangannya pasrah
Akibat lapar mereka lemah dan tidak berguna
Tidak ada makanan yang kami miliki
Hanya ada sejenis labu dan makanan waktu kelaparan yang tidak dicuci
Hanya padamu aku berlari datang
Dimanakah larinya manusia jika tidak kepada para rasul

Nabi langsung bangun dan mengambil selendangnya lalu naik ke atas mimbar dan mengangkat tangannya berdo’a : 

  اَلَّلهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئَا مَرِيْعًا غَدَقًا طَبَقًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلاً غَيْرَ رَائِثٍ تَمْلأَبِهِ الضَّرْعُ , وَتَنْبُتُ بِهِ الزَّرْعُ , وَتَحْيَى بِهِ اْلأَرْضُ بَعْدَ مَوْتِهَا , قَالَ : فَمَا رَدَّ رَسُوْلُ اللهِ يَدَيْهِ حَتَّى أَلْقَتْ السَّمَاءُ بِأَرْدَافِهَا , وَجَاءَ ا لنَّاسُ يَضُجُّوْنَ الْغَرَقَ , فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   :حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا

Ya Allah turunkan buat kami hujan lebat yang memberikan  kebaikan, menyuburkan tanaman,hujan yang bermanfaat tidak membawa kecelakaan,suburkanlah tanaman, dan hidupkanlah bumi selepas kegersangan.
            Anas berkata Rasulullah tidak menurunkan tangannya sehinggalah awan mendung dan turunlah hujan dan orang-orang datang berteriakan maka sabda Nabi “turunkanlah hujan di sekitar kami jangan menimpa kami,kemudian berlalu awan mendung meninggalkan kawasan Madinah dan tersenyum baginda Nabi Muhammad S.A.W kemudian sabda nabi sesiapa yang ingin mengalunkan syairnya kepada kami,Jawab Saidina Ali “Wahai Rasulullah sebagaimana yang Engkau inginkan”;

 وأبيض يستسقى الغمام بوجهه * ثمال اليتامى عصمة للأرامل
'Semoga awan putih disiramkan dengan pertolongan wajahnya. Untuk membantu anak-anak yatim dan melindungi wanita –wanita janda '

Perbahasan-perbahasan sebelum ini menerangkan kepada kita memuji (Qasidah & Burdah  ) baginda Nabi Muhammad S.A.W  adalah perkara yang terdapat di dalam pensyariatan bukan suatu perkaran Bidaah (yang diada-adakan) sesungguhnya perkara ini terdapat di dalam Al Quran dan As Sunnah yang mulia bahkan di dalam kitab samawi.

عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «لاَ تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ وَلَكِنْ قُولُوا: عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ
            Benar terdapat sepotong hadis yang disebut oleh Baginda Nabi S.A.W “Janganlah Kalian melampau-lampau MEMUJI aku sebagaimana kaum Nasrani melampau-lampau memuji nabi mereka Isa bin Maryam dan katakanlah sesungguhnya hamba Allah dan rasulNya”sebahagian orang memahami sabdaan ini sebagai satu LARANGAN untuk memuji baginda Nabi S.A.W bahkan merupaka perbuatan tercela yang diadakan di dalam Islam,sesungguhnya pemahaman sebegini adalah pemahaman yang salah
dan menunjukkan kecetekan pandangan orang yang menilai hadis tersebut.

 Larangan  tersebut bermaksud adalah janganlah di puji Baginda Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Saidina Isa sehingga mengatakan baginda Saidina Isa sebagai anak Allah,ini merupakan perbuatan yang bercanggah dan melampaui batas sehingga menghilangkan keesaan Allah S.W.T
Adapaun pujian-pujian yang menyifatkan mengenai syamaail Nabi,sifat-sifat yang tidak tergelincir kepada lembah kesyirikan maka perkara tersebut dibenarkan.Hal ini bertepatan dengan madah Al Imam Busiri r.a

“Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa AS). Ertinya: Jangan katakan Muhammad SAW itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda SAW sesuka hati mu; Kerana hakikatnya keagungan Rasulullah SAW itu tiada had baginya, sehingga mampu lidah mengungkapkannya secara sempurna (di tambah pent.)

Berkata Syeikh Soleh Abdul Ghani Al Ja’fari “wahai orang-orang yang mencintai adakah kalian tahu jalan yang mudah untuk meraih cinta Nabi tanpa sebarang kesukaran dan kepayahan ?? jalan itu adalah jalan memuji baginda nabi Muhammad S.A.W dengan hati yang suci dan disertakan dengan kecintaan yang tinggi.

[Rujukan Kitab al Nur Al Muhammadiah]

اللهم صلّ وسلّم وبارك علـــــــــــــــــــــــــــــــيه