Tuesday, March 17, 2009


CINTA DAN MENCINTAI KERANA ALLAH

(1. 1 ) Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat
dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan
mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya.

Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh
Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah
sahaja.

Hadis yang bemaksud:

"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah,
lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,
seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini
takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu
disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan
kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi (
keseorangan) lalu mengalir air matanya"

( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana
Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah
penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah
lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T.
Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan
mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani
(anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:

Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi
mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati
kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini.
Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang
disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk
dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya,
tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan
Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan
ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh
dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W
baginda bersabda:

"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka
mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka
"

riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)

maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di
sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka
tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak
menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi
kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya
kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan
Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia
kerana Allah.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah
mencintai dan meredhainya.

(1.2) Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih
sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam
syurga.

((Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu
beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi)
tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan
salam di antara kamu))

Riwayat Muslim dari Abu Hurairah

Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah,
bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran
jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan
orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari
segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang
pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan
membina mahligai Islam di alam sejagat.

Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam.
Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan
menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

(( Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam
kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka
seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.

Riwayat Muslim

Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan
yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi
mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan
untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.

Monday, March 16, 2009

ingatlah kaum adam

Bismillahirohmanirahim…sukalah ana utk brkongsi satu peringatn yg mane pringatan ini bagi kaum Adam yg ingin mendirikn rumah tangga , renungilah sejenak nasihat yg ditulis di bawah agar kita menjadi pemimpin keluarga yang berwibawa. Insyaallah.

1.Mentaati Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya.

2.Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah s.w.t.
3.Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin.
4.Menjaga hati dan perasaan isteri. 5.Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri.
6.Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri sehingga boleh memudaratkan dirinya.
7.Hendaklah menjauhkan diri daripada mengeji isteri di hadapan orang lain sekalipun memuji wanita lain di hadapannya.
8.Bersabar serta menerima kelemahan isteri dengan hati terbuka kerana segala sesuatu dijadikan oleh Allah s.w.t. dan mempunyai rahmat di sebaliknya.
9.Mengelakkan diri terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai seorang pemimpin dalam keluarga.
10.Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya.
11.Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak.
12.Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan kehendak Islam. 13.Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
14.Memberi kasih sayang dan berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kebahagiaan bersama yang berkekalan.

Sunday, March 15, 2009

Nasihat Agama

5 PERKARA ELOK DISEBUT-SEBUT

Dalam sesi muzakarah kali ini, ana hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk
memberi kesedaran kepada kita trmasuk diri ana sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).
Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.
Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Demikian muzakarah ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...
Sama2lah kte mengislah diri kita.

Merungkai rahsia

Rahsia Khusyuk Solat
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Friday, March 13, 2009

NASIHAT

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI.

1.Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunanaikan haknya.
2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.
3.Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat
persediaan untuk selepas kamu mati.
8.Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu
sendiri.
9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepadaNya
10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Sedutan nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham.

Sabda Nabi s.a.w :

" Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai.
Tetapi jadilah kamu air bah, nengubah , dunia dengan amalmu ".

Dari Auf bin Malik r.a. katanya : " RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal
sebahagian dari - doa beliau, nengucapkan :" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat,
sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya;
basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian
putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan
keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia
kedalom syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin,
hendaknya mayat itu saya."