Thursday, November 17, 2011

Baitul Muslim : bersediakah ??

Dia dah kahwin le..bila ye ??? perghhh untung la dia dapat zaujah yang baik..kau bila nak kahwin ye ?hmm aku ingat umur 25 ok jugak kan,harap-harap le dapat zaujah yang baik.Oit awat lambat sangat, 23 dah boleh dah..inilah antara perbincangan yang sering bermain di bibir Mahasiswa-Mahasiswa Timur Tengah,bila di facebook terdapat post-post mengenai perkahwinan, umur cadangan untuk membina masjid (kahwin) ??? sila kongsikan..bila di twitter ada yang twitt "saya menyokong 100% menyokong kahwin muda dan khitbah" bahkan satu lagi biah di Jordan setelah selesai membantu sesorang maka doa yang akan dilontarkan oleh setiap mahasiswa الله يعطيك العافية وزوجة صالحة inilah antara yang sering ditipkan oleh Mahasiswa di sini dan saya juga turut bersama dalam mendoakan seseorang yang membantu saya dengan doa sebegini..baru-baru ini Persatuan Mahasiswa Mu'tah Malaysia meraikan 9 pasangan pengantin daripada kalangan Mahasiswa Mu'tah pada tahun 2010/2011,program ini antara faktor besar bagi mahasiswa-mahsiswa tahun 1 turut berbicara soal perkahwinan,ya tiada salahnya berkahwin awal dan jika diizinkan kepada diri saya untuk berkahwin awal maka tidak akan saya lepaskan peluang tetapi dengan syarat pastikan ilmu-ilmu perbahasan mengenai darah-darah wanita seperti haid,nifas dan sebagainya telah dipelajari dan difahami selain itu persedian untuk menjadi suami perlu dipersiapkan agar Baitul Muslim yang didirikan merupakan Baitul Muslim yang sakinah.
mahasiswa/wi yang berkahwin pada tahun 2010/2011

Bila berbicara mengenai perkahwinan,bukan satu perkara yang mudah perkahwinan bukan sebenarnya hanya mencari tempat untuk melepaskan nafsu,bukan sekadar untuk menyelamatkan diri daripada zina tetapi perkahwinan adalah tanggungjawab,perkahwinan adalah amanah.Bila berbicara mengenai perkahwinan kita harus memikirkan mengenai 10 tahun akan datang siapakah diri kita ? bagaimanakah memperolehi keluarga sakinah ? mampukah kita membentuk dan melenturkan anak-anak kita menjadi soleh ? segalanya adalah amanah,perkahwinan memang seronok tetapi bukan untuk berseronok-seronok.Beberapa nasihat yang boleh saya kongsikan untuk mereka dan diri saya bagi memperolehi keluarga atau Baitul Muslim yang sakinah                     
 .
seronok tetapi bukan untuk berseronok-seronok

#1  :Mentaati Allah dan Rasulnya
#2   :Mendirikan rumah tangga kerana Allah 
#3   :Melayani isteri serta menasihatkan isteri dengan baik dan penuh hikmah
#4   :Menjaga hati dan perasaan Isteri
#5   :Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu diluar kemampuan isteri
#6   :Bersabar dengan kerenah isteri,jangan sesekali memukul isteri sehingga memudaratkannya
#7   :Jangan menceritakan keaiban dan kekurangnya dihadapan orang lain
#8   :Tidak mengagumkan wanita lain sehingga isteri berasa kecil hati
#9   :Bersabar terhadap kelemahan isteri
#10 :Tidak selalu mengikut telunjuk isteri sehingga mengenepikan hak ibu dan bapa
#11:Berani membuat keputusan kerana anda adalah ketua keluarga
#12:Memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan
#13:menyediakan tempat tinggal dan persekitaran yang selesa  
#14:Mendidik isteri dan anak2 dengan berlandaskan Islam
#15:Mengadakan sesi perbincangan jika mempunyai masalah peribadi bersama Isteri
#16:Berkorban apa saja untuk kebahagian bersama.

Wahai kaum hawa kami manusia biasa dan tiada kesempurnaan pada diri kami,kami memohon maaf di atas kekurangan kami,kami tidak mampu menjadi insan yang sempurna tetapi cukup kalian yang mendampingi kami mampu membantu kami menjadi insan yang lebih sempurna... :-)

(di edit dan dikemaskini post march 2010,pesanan buat kaum adam)
saya menyokong 100 % khitbah (nikah muda)
salam perantauan dari TETAMU DATARAN SHAM

khitbah saya sokong 100%


Monday, November 14, 2011

Idul Adha..Satu Perjalanan =)


AllahuAkbar..AllahuAkbar...AllahuAkbar gema takbir di pagi hari raya Idul Adha cukup menyentuh hati kecil saya,inilah kali pertama di dalam sejarah hidup bermula pada 16 December 1993,saya beraya tanpa keluarga yang tercinta,tapi inilah pengorbanan sekiranya baginda saidina Ibrahim meninggalkan Saiyidatina Hajar bersama anaknda yang dikasihi Saidina Ismail atas sebab menyambut seruan Allah maka hari ini saya meninggalkan keluarga atas menyanhut seruan Allah di dalam urusan menuntut Ilmu.Perkongsian kali ini mengenai Idul Adha di perantauan.Kedengaran takbir Idul Adha pada jam 6.45 pagi di masjid Shuhada',masyarakat Arab bertakbir tanpa sebarang intonansi dan bagi mereka yang pernah STAM boleh dikatakan tiada langsung "arudh wal Qafiah nye" pada pagi itu saya bersama adik-beradik serumah terpaksa ke rumah sahabat yang lain untuk mandi sunnat Idul Adha,almaklumlah kami baru sahaja pindah rumah maka Saqanah (pemanas air) belum dipasang oleh tuan rumah,tidak sanggup saya mandi dengan air sejuk dalam keadaan tahap kesejukkannya 13 darjah celcius seram sejuk sahaja dibuatnya.
   Jam 7.15 pagi saya terus menghubungi keluarga di Malaysia dalam keadaan menahan sebak didada saya mengucapkan Salam Idul Adha kepada ibu dan ayah dan akhirnya sebutir demi sebutir air mata saya jatuh berderai membasahi bumi tetapi segalanya mampu dikawal kerana Kehendak untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah kehendak saya dan bukan cadangan daripada mana-mana pihak.Jam 7.30 pagi saya saya bersama  Mahasiswa Malaysia berkumpul di Masjid Abd Aziz Bin Baz untuk aktiviti bersama antara pelajar Malaysia Alhamdulillah kami diizinkan untuk menggunakan Masjid bagi aktiviti bertakbir dan solat Idul Adha.
selepas selesai aktiviti Idul Adha
baju raya Idul Adha

Setelah selesai aktiviti Idul Adha maka bermula lah akitiviti "open house" inilah aktiviti yang ditunggukan oleh saya dan aktiviti ini berjalan sehingga menyebabkan selama tiga hari rumah saya tidak berasap,jimat duit lauk hehhe (aktiviti makan percuma saya like) dan alhamdulillah selepas asar saya  dipanggil untuk memberi sedikit perkongsian di Majlis Ramah Mesra  Anak-Anak Johor.

Pengorbanan seorang MAHASISWA

Bismillahhirahmanirahim pertama dan selamanya syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurnianya kita diberi nikmat untuk bertemu dengan hari yang cukup Mulia maka saya menyeru diri saya dan kalian anak-anak Johor untuk bersama-sama kita bersyukur dengan nikmat Allah Taala...saya memulakan ucapan saya dengan mukaddimah dengan bersyukur kehadrat Allah hal ini kerana nikmat Allah terlalu banyak dan tidak mampu untuk kita hitung persatu sebagaimana disebut oleh seorang ulama' daripada
Karalla,India menyebut Ningge Vande Allah deni'mate Penndenge kenneke naka ongge nale mudi yaze
yang membawa maksud  jika engkau kira nikmat Allah satu persatu nescaya engkau tidak mampu lakukan bahkan perkara ini dirakamkan didalam Al-Quran( وان تعدوا نعمة الله لا تحصوحا),persoalan yang timbul pada diri saya bagaimana saya ingin menarik perhatian mereka sedangkan pada saat itu adalah waktu kronik selepas Asar iaitu waktu yang letih dan kebiasaannya aktiviti selepas Asar adalah pembacaan Fadhail Amal dan saya diminta untuk memberi perkongsian selama 45minit.Alhamdulillah akhirnya saya mampu menarik perhatian mereka dengan loghat-loghat Negeri Sembilan dan selingan kisah-kisah lucu,ini cukup menggembirakan saya bilamana maklumat yang diperolehi daripada rakan(anak johor) mengenai postmortem amat menyenangkan dan ucapan Tahniah diberikan.. (هذا من فضل ربي).

#1 : Pengorbanan Masa
Bila berbicara mengenai Mahasiswa,pada hakikatnya perbicaraan ini memerlukan skop yang besar kerana perbicaraan adalah mengenai perkara yang "MAHA".Jadi seorang Mahasiswa yang berkualiti perlu mengorbankan Masanya dengan pengorbanan yang sebaik mungkin.Perlu bijak dalam menyusun jadual kehidupan seharian saat ke universiti,ulangkaji,memasak,aktiviti kendiri dan aktiviti berpersatuan segala-galanya memerlukan pengorbanan.Jika dikaji tafsiran (والعصر)  menurut ibn Faris di dalam mu'jam beliau Maqayis Al Lugho yang membawa maksud perahan sehingga menitis maka ulama menafsirkan "demi Masa" adalah sesuatu aktiviti pekerjaan yang harus dilakukan dengan bersungguh-sunggu sebagaimana seorang memerah kain yang basah adakah dengan sambil lewa ???? pastinya tidak untuk memastikan kain yang basahan kering maka kesungguhan diperlukan maka begitulah bilamana melakukan pekerjaan atau aktiviti maka ianya perlukan kesungguhan yang cukup hebat.

#2 :Pengorbanan Wang Ringgit
Wang Ringgit ???? iye wang ringgit perlu dikorbankan dunia hari ini segalanya adalah duit,teringat pada syair Imam Syafie "saudaraku tidak akan perolehi ilmu itu kecuali dengan enam perkara Kecerdikan,Kesungguhan ,Berusaha,Berkemampuan Kewangan,Bersahabat dengan Guru dan Berterusan.Imam Syafie menyebut didalam syair beliau ilmu jika ingin diperolehi antara syaratnya adalh berkemampuan dari segi kewangan.Hari jika kita mempunyai masalah atau ketidak fahaman didalam perkara feqah adakah kita Wajib ke Syria untuk bertemu dengan Ulama'-Ulama' Damascus untuk memperolehi jawapan.Berapa kos pengangkutan untuk 
hanya satu soalan ???/ Berapa hari yang diambil ??? maka cukup sekadar kita mengkaji dan mengaji kitab karangan mereka seperti Fiqh wal Adilatuhu karangan Dr Wahbah Zuhaili..

#3 :Pengorbanan Fizikal
Pengorbanan Fizikal seperti kepenatan adalah perkara biasa kerana kita sedang menuntut ilmu,mana mungkin kita memperolehi ilmu dalam keadaan yang senang dan dalam jangka masa yang pendek,sedangkan Imam As Syafie mengambil masa yang bertahun-tahun lamanya lebih daripada 10 tahun barulah beliau berjaya inikan pula kita Mustahil ! Walaupun diri kita merasai kepenatan tetapi hadapilah ia kerana inilah komitmen seorang pelajar.Biar hari ini kita merasakan kepenatan menghafal matan-matan dan istilah-istilah tetapi pastikan dimasa hadapan kita mampu tersenyum kebahagian sebagaimana yang disebut di dalam pepatah Melayu "Bersusah-susah dahulu,Bersenang-senang kemudian".oleh yang demikian menjaga fizikal kita daripada kesakitan,demam dan sebagainya adalah wajib kerana fizikal memainkan peranan penting dalam menuntut ilmu.
#4 :Pengorbanan Kasih Sayang
 Kasih sayang yang saya bicarakan adalah kasih sayang antara keluarga dan sahabat-sahabat kita,Pengorbanan ini antara pengorbanan yang susah dilakukan akan tetapi pengorbanan ini harus dilakukan terutamanya bagi yang menuntut ilmu di perantauan,tidak dinafikan sesiapa sahaja akan bersedih kerana terpaksa berpisah dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat ini kerana sebelum ini bersama mereka lah kita berbicara,kita berkongsi suka dan duka,siang malam bersama mereka akan tetapi bagi menyahut seruan Ilmu kita terpaksa tinggalkan segalanya dan bersiap sedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang seperti masalah kewangan,persekitaran dan kerenah-kerenah masyarakat yang sering memeningkan kepala.Kini pengorbanan kasih sayang ini mampu dihadapi oleh setiap pelajar kerana kecanggihan dunia teknologi yang menghubungkan antara benua seperti yang disebut oleh remaja-remaja pada masa kini "Biar jauh dimata tetapi dekat di Facebook"

kiri : pengarah Program(hanafi),Pres. Persatuan Mahasiswa Mu'tah(nazri) dan saya el faqir ila mardhatillah

perkongsian bermula

saf kepimpinan Badan Kebajikan Anak Johor 

Terkorban seekor demi SEEKOR

Alhamdulillah pada hari raya ke-2 Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu'tah telah menganjurkan program Korban,sebanyak 3 ekor Lembu telah dikorabankan dan 13 ekor kambing telah ditumbangkan.Ini satu ibrah /pengalaman yang cukup manis dan disini lah medan untuk saya bersama rakan yang lain menggunakan peluang yang ada bagi memahirkan diri dan persedian untuk bersama masyarakat satu hari nanti.Hari ini ramai daripada graduasi-graduasi yang tidak mampu bersama dengan masyarakat dan hanya ingin berada di pejabat yang sejuk,ini satu perkara yang aib bagi mereka (moga2 kita dijauhkan).

Dalam hidup ini segala-galanya memerlukan pengorbanan,bagi seorang penuntut ilmu atau pelajar mereka perlu mengorbankan keseronokkan dunia yang mereka ingin bagi mencapai kebahagian dan kejayaan pada hari yang mendatang.Beruntunglah mereka yang menuntut ilmu kerana Allah Taala ini disebabkan ganjaran yang bakal dihadiahkan oleh Allah adalah ganjaran yang tiada tolok tandingnya.Jangan takut pada kegagalan kerana jika dikaji sejarah tokoh-tokoh yang hebat mereka pernah gagal.Kegemilangan bermula bilamana para pemuda pada zaman itu bersungguh menuntut ilmu sehingga digelar imam-imam Mujtahid,Mufassir,Muhadith dan lain-lain,kesungguhan mereka menjadi faktor kejayaan mereka tetapi kita BAGAIMANA ???? tepuk dada tanya Iman !!!..memandangkan kesempatan masa tidak mencungkupi,sekadar ini sahaja perkongsian saya untuk Idul Adha kali ini dan saya sertakan beberapa gambar Idul Adha di tanah SHAM..Salam Perantauan dan Adha dari Tetamu Dataran SHAM..=) 











Thursday, November 3, 2011

IRINGAN DOA BERSAMAMU

Bismillahirahmanirahim....salam sayang dan salam perantauan dari TETAMU DATARAN SHAM...
 Jam 4.00 (jordan) Isnin,31 oktober 2011, saya mendapat berita daripada teman saya mengenai pemergian seorang insan yang banyak berjasa pada diri saya sehingga ke hari ini saya telah menjadi TETAMU DATARRAN SHAM dan saya merasakan tanpa perngobanan beliau dalam mendidik dan mentarbiah diri saya kemungkinan besar penguasaan Bahasa Arab tidaklah seperti hari ini dan apatah lagi untuk menjadi TETAMU DATARAN SHAM mungkin hanya satu mimpi yang sukar untuk dicapai.Beliau yang saya yang maksudkan adalah USTAZAH KHAIRAH BINTI HARIZ,beliau merupakan guru bahkan seperti seorang ibu yang bersabar melayan karenah anak-anak didik beliau,didalam ketegasan ada kelembutan inilah guru yang banyak membantu saya didalam memotivasikan diri bahkan tawaran untuk menjadi TETAMU DATARAN SHAM juga atas galakkan beliau.Teringat pesanan beliau pada pertemuan terakhir sebelum saya ke DATARAN SHAM "tazah dulu macam kamu je tazah bukan pandai Bahasa Arab tapi tazah tak malu,bahasa ni kalau kamu malu habis lah, kamu tak kan pandai fushah arab,kalu kamu kena gelak ngan orang Arab kamu sabar je diorang tu sume HANTU'...satu lagi kamu jangan malas bangun tahajud bangun je 2 rakaat pon tak pe,kamu ingat pesan tazah tau,tahun depan tazah pencen dah jadi kamu balik Malaysia nanti kamu datang umah tazah kat Kelantan nanti tazah bawak kamu jalan-jalan,Ummi tazah suka budak-budak kecik,tazah SAYANG kamu,belajar rajin-rajin ye"inilah kalam yang terakhir antara saya dan beliau.Saya tidak menafikan guru-guru lain turut serta dalam memotivasikan diri saya bahkan mereka semua berjasa pada diri saya.TERIMA KASIH GURU-GURUKU...

senyuman manis yang diukir oleh beliau mengimabau 1001 kenangan bersama Beliau

jangan nak jadi hantu ye

bersama rakan seperjuangan

gigih mendidik anak2 ibu pertiwi

bersama rakan2 guru PROFESIONAL

guru2 berkaliber

beliau pendidik "Luar Biasa"
beliau bersama guru2 lain dalam menaikan nama MAAHAD AHMaDI

anak2 murid beliau kebanyakkan menjadi hebat dan sheikh Muhammad Fuad juga pernah dididik oleh Beliau.
liqa wida' dan nasihat terakhir beliau 

tidak pernah mengenal erti penat dalam mendidik

bukan sekadar pendidik bahkan seorang ibu yang berjiwa besar

 pada saat saya menulis entry ini sebak didada tidak mampu ditahan maka jatuh sebutir demi sebutir air mataku...mudah-mudahan Beliau ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh,tiada apa yang dibawa oleh anak-anak Adam ketika akhir hayatnya kecuali tiga perkara antaranya ialah ilmu-ilmu yang bermanfaat.Saya mohon pada sahabat-sahabat yang membaca entry kali ini menghadiahkan beliau bacaan surah Al Fatihah....Engkau Pendidik Kami....~Al Fatehah~