Monday, April 16, 2012

Kepimpinan : Kemulian atau Kehinaan

Bismillah syukur ke hadrat Allah S.W.T yang memberi kesempatan sekali lagi untuk meluncurkan jari jemari bermain di atas papan kekunci ,berkongsi sambil mengislah diri ini motif yang hakiki..=) Tahniah buat saudara Kailani Zahari yang menang dalam bertanding dan dengan rasmi beliau merupakan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan,oleh yang demikian secara rasminya saya akan berusaha untuk mematuh segala arahan dan bekerjasama dengan beliau serta kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan selagi tidak melanggar syara' dan beberapa hari lagi  Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Mu'tah Jordan (PERMATA) dan kepimpinannya pada sesi 2011/2012 akan dibubarkan dan akan bertukar kepada kepimpinan yang baru seterusnya di ikuti pula Pilihan Raya bagi Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).Tahniah buat kepimpinan yang lama dan yang bakal meletakkan jawatan moga-moga segala amanah yang di tanggung pada masa lalu menjadi salah satu sebab untuk mendapat Rahmat dan Pandangan Allah dan buat kepimpinan yang baru Tahniah dan Takziah saya ucapakan semoga kepimpinan yang baru akan menjalankan amanah dengan baik.
      Soal kepimpinan atau Tanggungjawab bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng oleh setiap Mahasiswa,ini merupakan persoalan amanah yang bakal dipikul bukan dengan amanah diri seseorang akan dimuliakan dan dengan amanah juga diri seseorang itu akan dihinakan maka pastikan mereka yang menang dalam bertanding berlaku adil dan menjalankan amanah dengan baik serta menjaga kebajikan mahasiswa bukan sekadar hanya mencari populariti dan kemashuran.Saya teringat dialog di antara al Imam Izz bin abd Salam yang merupakan Sohib kitab "Qawai'd al-ahkam fi Masalih Al Anam" bersama dengan Sultan Mesir.
Dialog antara al Imam bersama dengan Sultan berlaku pada hari raya,Sultan Mesir keluar bersama dengan anggota kerajaannya yang ramai,beliau dijaga oleh Pegawai Keselamatan Mesir di kiri dan kanan sehinggakan gabenor-gabenor bersama beliau tunduk menghadap bumi sebagai tanda Penghormatan kepada beliau.
     Al Iman Izz Abd Salam menyaksikan peristiwa itu lantas al imam yang merupakan ketua para ulama' memanggil Sultan "wahai Ayyub apakah alasanmu di hadapan Allah ketika Dia bertanya kepada kamu ,'Bukankah Aku yang telah menjadikan kamu sebagai Raja di bumi Mesir ini'?Namun Mengapakah terdapat manusia yang masih meminum arak ?
      Sultan menjawab "adakah perkara (manusia minum arak )berlaku di bumi Mesir ini ?? maka jawab al Imam Izz "Ya sesungguhnya perkara itu berlaku,disana dan disini terdapat kedai-kedai arak".Sultan membalas jawapan Al imam "sesungguhnya perkara itu berlaku pada zaman pemerintahan ayahku dahulu".maka al imam Izz menggelengkan kepalanya lalu berkata "kamu sama seperti golongan yang mengatakan :sesungguhnya kami melihat bapa-bapa kami melakukan hal sedemikian rupa"
        Dialog antara al Imam yang seketika itu menyebabkan Sultan Ayyub mengeluarkan arahan agar menutup kedai-kedai dan premis-premis yang menjual arak,perihal dialog antara al imam bersama al sultan tersebar luas sehingga pada suatu hari anak murid Izz abd Salam bertanya kepada beliau "wahai al imam apakah yang tuan fikirkan ketika berada dihadapan sultan ?" Al Izz menjawab "wahai anakku saat aku melihatnya (Sultan Ayyub) dalam keadaan angkuh dan sombong maka terdetik di hatiku untuk menghinanya agar kesombongan itu tidak larut di dalam dirinya kerana perkara yang sedemikian itu akan membinasakan dirinya kelak."
         Murid al imam bertanya lagi "adakah tuan tidak takut ketika berhadapan dengan Beliau (sultan ayyub)
Al Izz menjawab "demi Allah,wahai anakku ! sesungguhnya kau telah menghadirkan kebesaran dan kehebatan Allah didalam diriku sehingga aku melihat as Sultan hanya seperti seekor kucing sahaja."
         Allah indah sungguh dialog antara al imam dan as sultan ketahuilah wahai pemimpin apa sahaja yang dilakukan segalanya akan dihitung dan dihisab oleh Rabbul Jalil tuhan yang Maha Menghukum dan ketahuilah sesungguhnya semua manusia yang mukallaf adalah pemimpin sebagaimana yang disebut oleh baginda Nabi S.A,W "setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab diatas apa yang dipimpin"maka bersama kita memastikan amanah yang di bebankan keatas diri setiap individu dijaga dengan baik bukan sekadar kepimpinan di dalam persatuan bahkan setiap anggota yang dianugerahkan keatas diri adalah satu amanah yang wajib di jaga dengan baik.
          kata Imam Nawawi sesungguhnya kekuasaan (kepimpinan) merupakan malapetaka yang besar buat seseorang yang tidak bertanggungjawab akan tetapi kepimpinan juga merupakan ladang pengabdian dan amal soleh yang subuh bagi golongan yang memahami dan bertanggungjawab.Wahai Pemimpin bertanggungjawab dan berlaku adillah kepada pimpinan kalian semoga dengan tanggungjawab yang ditaklifkan merupakan salah satu sebab untuk meraih syurga dan rahmat Allah taala..Tahniah dan Takziah buat kepimpinan sesi 2012/2013.




Monday, April 9, 2012

Hakikat Asya'irah..jangan cepat Melatah



   Dunia IT kian maju dahulu yang hanya saya tahu hanya YM (yahoo messenger ) sebulan sekali apabila diberi kesempatan untuk pulang ke rumah daripada Bumi Tarbiah Maahad Ahmadi sudah pasti YM merupakan kunjungan saya di sebelah malam sehingga terkandang jam 2 pagi apabila asyik berbual dengan teman yang turut jua pulang daripada asrama tetapi masa terus berlalu,dunia IT kian maju mengikut arus perubahan waktu laman sosial kian bertambah Facebook,Tweeter dan Skype bahkan yang rajin menulis terus berkongsi cerita,pandangan di dalam blog-blog peribadi tidak kurang juga blog-blog di jadikan sebagai tempat bercerita mengenai dunia artis,gosip-gosip panas dan ada juga yang menjadikan blog sebagai diari peribadi.
    Entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai hakikat sebenar Asya'ri mungkin hari ini ramai tertanya apakah sebenar hakikat Asya'ri bahkan ada juga blogger-blogger dan umat Islam yang tidak memahami hakikat ini lantas membuat tohmahan palsu dan meletakkan Asya'irah di dalam kesesatan bahkan terdapat juga segelintir yang menggelar Asya'irah sebagai golongan MULHID (terpesong daripada kebenaran)  di dalam mentafsirkan sifat-sifat Allah ini merupakan satu tuduhan yang membabi buta buat Asya'irah.
      Kejahilan ini yang menyebabkan berlakunya perpecahan terhadap kesatuan Ahli Sunnah dan merobek kesatuan Umat Islam sehingga sebahagian orang-orang jahil dan masyarakat awam menganggap golongan Asya'irah merupakan satu golongan yang berada di dalam kesesatan.Saya tidak tahu apakah kayu ukur yang mereka (pembangkang) yang menyamakan golongan beriman dengan  golongan yang sesat ???
    Dalam mengupas mazhab Asya'irah,ibnu Taimiyyah berkata : Ulama' ialah golongan pembantu ilmu-ilmu agama,manakala Asya'irah ialah golongan PEMBANTU usul agama. (Al Fatawa H :16 juzu' 4 ) ayuh bersama kita memahami kalam ibnu Taimiyyah 'sesungguhnya Asya'irah merupakan pembantu kepada usul agama '.
    Ramai daripada ulama' Hadith,tokoh-tokoh Feqah dan Tafsir yang bersama dengan Asya'irah adakah mereka jahil dalam beri'tiqad ?? antara ulama'-ulama' yang berpegang dengan mazhab Asya'irah ialah Sheikh al Islam Ibn Hajar al Asqalani seorang tokoh hadith yang tidak mampu dinafikan kehebatannya di dalam bidang Hadith  bahkan beliau merupakan pengarang kitab Fathul Bari ala Syarh al Bukhari sebuah kitab yang tidak boleh tidak menjadi rujukan utama di dalam bidang Hadith.Begitu juga Imam Nawawi merupakan pengarang kitab Syarh Sohih Muslim turut berpegang pada mazhab Asya'ari.
      Di dalam bidang Tafsir Imam Al Qurtubi pengarang kitab Tafsir Jami' li Ahkam  turut bermazhab Asya'ri bahkan ramai lagi ulama' yang mashur berpegang dengan mazhab ini antaranya Sheikh Zakaria Al Ansari,imam Abu Bakar al Baqilani,Imam Qustalani,Imam al Syarbini dan Abu Hayyan al Nahwi pengarang kitab Bahr Muhit dan lain-lain,ketahuilah jika ingin di kumpul senarai ulama'-ulama' bermazhab Asya'irah nescaya akan terhasillah berjilid-jilid buku sebagaimana yang disebut oleh Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki.
      Satu persoalan yang timbul bagaimanakah terdapat golongan-golongan yang menyesatkan asya'irah sedangkan mereka merupakan golongan yang memperjuangkan sunnah nabi dan Al Quran seperti Ibn Hajar Al Asqalani dan Imam Nawawi ??? sekiranya kita mengatakan mereka yang bermazhab Asya'irah adalah sesat bagaimanakah kita mengambil ilmu-ilmu mereka sebagai rujukan ?? Ibn Sirin menyebut "sesungguhnya Ilmu ini adalah agama,maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agamamu"
      Memadailah jika golongan yang tidak sehaluan dengan Al asya'irah (pembangkang) berkata "sesungguhnya Allah telah merahmati mereka (ulama' al Asya'irah),mereka telah berijtihad jika ijtihad mereka salah moga Allah mengampuni mereka" bukannya menyesatkan mereka dan menganggap mereka digolongkan sebagai golongan ahli neraka.
      Saya menyeru diri saya dan teman sekalian agar lebih berhati-hati di dalam mebuat tohmahan tehadap ulama'-ulama' dan janganlah kita menjadi orang yang cepat melatah dalam menghukum kesesatan seorang melainkan setelah mempunyai hujah-hujah dan fakta yang kukuh...moga kita dirahmati oleh Allah.
(rujukan kitab Mafahim Yajibu An Tusohah karangan Sayyid Muhammad Alawi)

Kitab ini di puji oleh puluhan ulama' dunia 

Ulama'-ulama' Muktabar yang bermazhab Asya'ari









                                     












    

Saturday, April 7, 2012

cOretan seorang Pencinta.

Aku Mencintai Mereka (orang soleh ) tetapi Aku bukan daripada Mereka dan aku berharap Aku akan mendapat Syafaat dengan Keberkatan Mereka "kalam Hikmah Imam Syafie " semenjak sampai di Bumi Syuhada' Mu'tah sering kali saya diceritakan mengenai kehadiran Tuan Guru Sheikh kepada Para Masyaiekh,Habib Umar bin Muhammad Bin Salim bin Hafez pada bulan Jamadil Awwal bersempena mengingati Kesyahidan Saidina Jaafar,Saidina Zaid bin Haretha dan Saidina Abdullah bin Rawahah dan setiap kali iu juga saya memasang niat agar diberi kesempatan untuk bertemu dan berliqa' walaupun hanya 5 minit dengan Beliau maka Penantian disertakan dengan Pengharapan amat menyeksakan apabila tiada sebarang berita mengenai kehadiran Habib ke bumi Mu'Tah tahun ini kerana Habib  di kala berita mengenai ketidakhadiran Beliau ke Bumi Mu'Tah bermain di telinga Pengharapan tidak pernah luntur.
   Syukur ke hadrat Allah,berita mengenai kehadiran Tuan Guru ternafi apabila saya telah terjumpa Tentatif Jaulah Beliau dan akan menziarahi Bumi Mu'Tah pada 6 April 2012.Saya membatalkan segala program yang telah dirancang pada tarikh tersebut dan saya bermonolog "Habib ziarah Mazar mesti ramai xde peluang nak duk dan jumpa habib nie..Ya Allah beri kesempatan pada aku " Alhamdulillah monolog ini diperkenankan oleh Allah s.w.t..Pagi 6 April anak Beliau Sidi Salim bin Habib Umar telah menghubungi saya (beliau Sidi Salim mendapatkan nombor daripada Sheikh Aun Al Qudumi ulama' Jordan) pada jam 9,30 satu kejutan buat saya apabila yang berbicara di talian adalah beliau yang ingin bertemu dengan saya untuk memohon sedikit pertolongan seperti meminjam dapur,gas dan cerek untuk menyediakan minum dan makan tengahari Habib bersama rombongannya sebelum ketibaan Habib daripada Amman (kira-kira 2jam perjalanan untuk ke Mu'Tah) maka kesempatan itu saya gunakan,saya berkhidmat bersama dengan beberapa rakan Hanafi Khalis,Tuan Kheider,Khairy Jaafar dan Hudzaifah untuk membantu dan menjayakan Ziarah Habib di Mu'tah.
   Persiapan telah di buat di Medan Peperangan Mu'Tah dan aktiviti di situ khas buat warga Jordan dan Yaman sahaja hal ini kerana kawasan khemah yang dipasang hanya 2 buah dan santapan tengahari hanya untuk rombongan Beliau sahaja,tetapi Syukur saya dan sahabat yang berkhidmat untuk Habib di Jemput Bersama,ini peluang yang amat besar buat saya kerana saat itu tidak ramai mahasiswa daripada Malaysia,Indonesia,Philipina dan Thailand yang berada di kawasan Medan Peperangan Mu'tah dan ini menyebabkan saya berkesempatan dapat duduk berliqa' bersama dengan Habib Umar dengan lebih dekat dan mendengar kalam Tasji' dari Beliau berbanding jika di Mazar atau Malaysia menyebabkan tolak-menolak dan berebut-berebut untuk berbicara dengan Habib dan kesudahanya tiada kesempatan untuk bertemu dengan Habib tapi alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk menyambut ketibaan Habib dan tudung bersama dengan beliau tanpa sebarang kekalutan..Syukur Ya Allah di atas kesempatan yang Engkau berikan padaku. 
      Satu perkara lain yang amat manis setelah dapat berliqa' bersama Habib hampir 40 minit ialah dapat meletakkan dahi,muka yang penuh maksiat ini di atas batu-batuan yang Tapak Peperangan yang telah di bina pada tahun ke 8 hijrah yang lalu,dibawah pimpinan solat asar oleh Tuan Guru Habib Umar bin Muhammad bin Salim disertakan dengan bacaan Qunut Nazilah memohon pertolongan buat warga Syria menambahkan Zauq dan kekuatan di dalam diri kemudian saya mengikuti rombongan Habib bergerak ke Mazar (maqam Syuhada' Mu'Tah ) dan bermunaja memohon kekuatan daripada Allah sebagaimana kekuatan Iman dan Islam yang dikurniakan buat mereka Syuhada' Mu'Tah..al Fatihah...akhirnya biar gambar di bawah ini berbicara...:

ketibaan Habib Umar bin Muhammad

Busyra Lana 

Medan ini menyaksikan darah-darah syuhada'

solat asar bersama dengan Habib Umar

Ya Rabb Bantulah Syria kami...


eratkan hati-hati kami

moga memperoleh Syafaat 





moga dipertemukan semula




bersama sheikh Aun Al Qudumi =)


"MOGA MEMPEROLEHI KEKUATAN UTK TERUS MELANGKAH DI BUMI MU YA ALLAH "