Thursday, November 3, 2011

IRINGAN DOA BERSAMAMU

Bismillahirahmanirahim....salam sayang dan salam perantauan dari TETAMU DATARAN SHAM...
 Jam 4.00 (jordan) Isnin,31 oktober 2011, saya mendapat berita daripada teman saya mengenai pemergian seorang insan yang banyak berjasa pada diri saya sehingga ke hari ini saya telah menjadi TETAMU DATARRAN SHAM dan saya merasakan tanpa perngobanan beliau dalam mendidik dan mentarbiah diri saya kemungkinan besar penguasaan Bahasa Arab tidaklah seperti hari ini dan apatah lagi untuk menjadi TETAMU DATARAN SHAM mungkin hanya satu mimpi yang sukar untuk dicapai.Beliau yang saya yang maksudkan adalah USTAZAH KHAIRAH BINTI HARIZ,beliau merupakan guru bahkan seperti seorang ibu yang bersabar melayan karenah anak-anak didik beliau,didalam ketegasan ada kelembutan inilah guru yang banyak membantu saya didalam memotivasikan diri bahkan tawaran untuk menjadi TETAMU DATARAN SHAM juga atas galakkan beliau.Teringat pesanan beliau pada pertemuan terakhir sebelum saya ke DATARAN SHAM "tazah dulu macam kamu je tazah bukan pandai Bahasa Arab tapi tazah tak malu,bahasa ni kalau kamu malu habis lah, kamu tak kan pandai fushah arab,kalu kamu kena gelak ngan orang Arab kamu sabar je diorang tu sume HANTU'...satu lagi kamu jangan malas bangun tahajud bangun je 2 rakaat pon tak pe,kamu ingat pesan tazah tau,tahun depan tazah pencen dah jadi kamu balik Malaysia nanti kamu datang umah tazah kat Kelantan nanti tazah bawak kamu jalan-jalan,Ummi tazah suka budak-budak kecik,tazah SAYANG kamu,belajar rajin-rajin ye"inilah kalam yang terakhir antara saya dan beliau.Saya tidak menafikan guru-guru lain turut serta dalam memotivasikan diri saya bahkan mereka semua berjasa pada diri saya.TERIMA KASIH GURU-GURUKU...

senyuman manis yang diukir oleh beliau mengimabau 1001 kenangan bersama Beliau

jangan nak jadi hantu ye

bersama rakan seperjuangan

gigih mendidik anak2 ibu pertiwi

bersama rakan2 guru PROFESIONAL

guru2 berkaliber

beliau pendidik "Luar Biasa"
beliau bersama guru2 lain dalam menaikan nama MAAHAD AHMaDI

anak2 murid beliau kebanyakkan menjadi hebat dan sheikh Muhammad Fuad juga pernah dididik oleh Beliau.
liqa wida' dan nasihat terakhir beliau 

tidak pernah mengenal erti penat dalam mendidik

bukan sekadar pendidik bahkan seorang ibu yang berjiwa besar

 pada saat saya menulis entry ini sebak didada tidak mampu ditahan maka jatuh sebutir demi sebutir air mataku...mudah-mudahan Beliau ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh,tiada apa yang dibawa oleh anak-anak Adam ketika akhir hayatnya kecuali tiga perkara antaranya ialah ilmu-ilmu yang bermanfaat.Saya mohon pada sahabat-sahabat yang membaca entry kali ini menghadiahkan beliau bacaan surah Al Fatihah....Engkau Pendidik Kami....~Al Fatehah~



1 comment:

  1. Sebak akak bace.... menitis jua air mata.. semoga ustazah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. Insyaallah...Al-Fatihah...

    ReplyDelete