Friday, December 28, 2012

Siapakah Aku ??


         Satu persatu muka surat aku selak kitab Hidayah karangan Imam Al Mirghinani sebuah kitab tua yang membahaskan ilmu-ilmu Feqah mengikut pandangan Imam Abu Hanifah bahkan turut disertakan bersamanya khilaf-khilaf dan dalil daripada Imam Syafie, perbahasan Fiqh Ibadat setebal 154 muka surat perlu aku hadam satu persatu dalil-dalilnya,perselisihan antara seorang Imam dengan Imam yang lain selamanya 45 minit di meja belajar yang menghala ke tingkap di temani dengan secawan Teh-O panas pasti menyegarkan badan ketika musim sejuk mula menunjukan kelibatnya.
      Aku terpandang gelagat anak-anak arab yang baru pulang daripada sekolah dengan gaya pakaian yang jauh berbeza dengan Malaysia yang boleh aku kira lebih bersistem,mereka dengan baju berwarna hijau dan berseluar 'jeans' bahkan dengan tudung yang berbagai fesyen.Aku terkenang seketika,kotak memori aku di'refresh'kan semula zaman ini telah lama aku tinggalkan dulu aku pernah menjadi murid tadika yang hanya bermain,menghafal doa-doa harian dan membilang serta mengeja,masa terus berlalu aku meninggalkan alam sekolah rendah dan terus berdiri di bumi Tarbiah Maahad Ahmadi beberapa kenangan yang disana yang sukar untuk aku lupakan bahkan saat ini aku sering kali terbayang bangku di belakang sekolah,Musolla tua yang menunggu masa untuk dimusnahkan dek jentera anai-anai,guru-gurunya indah sungguh kehidupan itu terutama saat-saat akhir aku di bumi itu.Kebiasaannya kenangan ini satu persatu datang menggamit rindu aku kembali ahhhh kenangan hanya kenangan hidup sekarang ini terus aku perjuangkan cuma kadang-kadang aku terfikir adakah aku berjaya dibentuk di bumi Tarbiah itu ?? adakah hanya untuk mencipta kenangan yang pasti tidak akan mampu dikembalikan ?? jika dulunya dhuha menjadi rutin harian adakah sekarang masih menjadi rutin harian aku? jika tidak menjadi rutin aku, ibadah apa yang ingin aku pamerkan pada tuhanku ? Allahumma InnaKa Qawiyun wa Nahnu Dhuafa'u ilaika Allahumma Anta A'zizun Wa Nahnu Azila'uilaik Allahumma Anta Ghaniyun Wa Nahnu Fuqara'u ilaika...
        Bumi Tarbiah itu telah aku tinggalkan dan sekarang aku berada di sebuah Tanah yang Cukup Mulia,Sebuah Dataran yang mengalir padanya darah-darah Syuhada' Mu'tah sekarang aku terfikir apa yang ingin aku kerja di tanah ini...adakah hanya mengaku aku lepasan daripada Bumi Syuhada' Mu'tah cukup untuk aku menjawab persoalan TuhanKu di akhirat kelak..lamunan aku terhenti seketika apabila Hanafie ahli rumah aku yang masuk ke bilik untuk mengajak aku ke pekan membeli barang.
         Aku ditinggalkan di dalam bilik seorang diri untuk memberi laluan kepada aku untuk bersiap-siap ke pekan sekali lagi lamunan itu menjengah kembali ke kotak pemikiran aku "Aku Seorang Pelajar Usuluddin,kitab-kitab usuluddin yang berkaitan dengan Aqidah boleh aku katakan antara kitab-kitab yang sentiasa menjadi perhatian aku dan kitab-kitab ini yang tersusun rapi di rak-rak usang aku tapi apa gunanya jika bilik yang berdinding kitab-kitab,tingkap yang berlangsirkan nota-nota tetapi aku tidak mampu memanfaatkan kepada diri aku,dan masyarakat sekeliling aku" pernah bermain di pemikiran aku untuk mendirikan rumah tangga dan aku pasti urusan ini juga sering bermain di fikiran sahabat yang lain mungkin aku sering berfikir ketika aku mempunyai seorang isteri yang solehah yang menjadi penyejuk mata dan hati mampukah aku berkongsi kepada isteriku apa yang aku pelajari atau hanya sekadar aku memberi keizinan kepadanya untuk belajar di surau-surau dan apa guna aku ketika itu sebagai seorang SUAMI yang tidak mampu berkongsi bersama kekasih hati....malu,hina,kerdil jika pulangnya aku dengan segulung ijazah daripada Mu'tah University tetapi hanya menghukum ini haram dan itu halal dan jawapan yang sentiasa untuk mengelakkan diri "aku tidak tahu" maafkan aku wahai kekasih hati jika aku tidak sehebat yang engkau inginkan tetapi aku sedang berusaha ke arah itu agar suatu ketika nanti aku mampu menjadi guru kepada dirimu...doaakan aku wahai makmumku...
            Berkata Saiyidina Abdullah ibn Mas'ud "bukanlah seorang itu dikatakan alim kerana banyak menghafal hadith tetapi alim yang sebenar adalah berjaya ditanam sifat khasyiah atau takut kepada Allah Taala" perihal ini dibicarakan oleh Allah Taala "Sesungguhnya golongan yang takut kepada Allah di kalangan hambaku adalah Ulama'.
             Sabda baginda Nabi Muhammad S,A,W "sesungguhnya apabila seseorang yang berilmu mengharapkan keredaan Allah dengan Ilmunya,maka Allah akan mencampakkan rasa khasyah atau takut ke dalam dirinya kepada Allah tetapi jika seseorang yang mengharapkan dengan imunya untuk mengumpulkan gedung-gedung harta maka Allah akan mencampakkan di dalam dirinya rasa takut kepada semua perkara"(riwayat ibn Asakir)

Zulhafizi Khadim Ilmu
Universiti Mu'tah Al Karak,
The Hashimate Kingdom of Jordan

No comments:

Post a Comment