Friday, March 30, 2012

Disebalik Pekan KOBOI Mu'Tah

     Sudah hampir 9 bulan saya Menjadi TETAMU DATARAN SHAM (Jordan) sedar tidak sedar hanya baki beberapa minggu lagi saya akan menamatkan pembelajaran tahun 1 di Universiti Mu'tah ini..syukur Ya Rabb dan Engkau Permudahkan perjalanan ku yang masih jauh ini sebagaimana kekuatan yang Engkau telah hadiahkan kepada Para Shuhada' Mu'tah..=) Mu'tah sebuah kawasan yang jauh daripada Ibu Negara Jordan bahkan mendapat gelaran daripada warga Malaysia sebagai pekan KOBOI akan tetapi pekan KOBOI inilah yang menyimpan sebuah peristiwa yang cukup besar buat Umat Islam mengenai Peristiwa Peperangan Mu'tah.Saya cukup terkilan dengan beberapa Mahasiswa/wi Mu'tah khusunya apabila menerima tetamu daripada Mantiqah lain seperti Irbid,Yarmouk Dan Amman ataupun tetamu daripada Malaysia yang datang ziarah ke Mu'Tah mereka tidak dibawa untuk berjumpa dan menziarahi TUAN RUMAH Mu'Tah bahkan ada juga yang melengahkan pertemuan dengan TUAN RUMAH selepas menziarahi tempat-tempat lain dan setelah beberapa hari berada di Mu'Tah.TUAN RUMAH yang saya maksudkan adalah 3 Maqam Shuhada' Mu'Tah Saidina Zaid bin Harith,Saidina Ja'far bin Abi Tolib dan Saidina Abdullah bin Rawahah saya tidak berhasrat ntuk membahas panjang mengenai Isu Ziarah Maqam,Tawassul atau mengenai Perihal solat di dalam masjid yang padanya terdapat kuburan pada entry kali ini kerana PERBAHASAN itu telah dibahaskan oleh ramai ulama' termasuklah Mufti Mesir sekarang Dr.Ali Jummuah kesimpulannya adalah harus bahkan Sunnat bagi saya tidak pernah peduli dengan tohmahan yang dilemparkan ke atas mereka yang sering menziarahi maqam sebagai Penyembah Kubur atau Quburiyun kerana perbahasan ini telah selesai berzaman yang dahulu wAllahua'lam.
       Mu'Tah apakah kalian mengenali Bumi yang pernah mengalir darah Shuhada' ini ??bahkan terdapat Mahasiswa/Wi yang tidak pernah mengenali hakikat dan kemulian bumi Mu'Tah ini.
Mu'Tah Bumi Shuhada' 
 Peperangan ini telah berlaku pada bulan Jamadil Awwal tahun ke-8 hijrah 629 masihi di kawasan Balqa' atau dikenali sebagai Karak.Peperangan ini merupakan peperangan pertama di luar kawasan Makkah & Madinah.Tanah Mu'Tah telah menyaksikan peperangan hebat antara 3000 umat Islam dan 100,000 orang Kristian yang dibantu dengan 100,000 tambahan daripada bangsa arab Ghassan yang menyebabkan kekuatan musuh seramai 200,000 ribu yang dilengkapi dengan pasukan kuda yang bersenjata dan memanah berbanding dengan kekuatan umat Islam yang hanya 10 % sahaja yang dilengkapi dengan senjata walaupun demikian 3000 umat Islam ini dilengkapi dengan keimanan yang begitu kukuh sehingga menyebabkan mereka menurut perintah baginda Nabi S.A.W.Peperangan ini berlaku apabila berita mengenai kematian utusan baginda kepada Raja Busyra untuk seruam keimanan Al-Harith Umair Al Azdli yang telah dibunuh oleh Syurhabil ibn Amru Al Ghassani (berbangsa arab Ghassan) dan pembunuhan ini menyebabkan kemarahan baginda Nabi S.A.W maka tercetuslah peperangan ini.
       Perangan ini berlanjutan bukan hanya sehari sahaja bermula dengan tentera di bawah kepimpinan Saidina Zaid bin Haritha seterusnya panji ditukar ke  tangan Saidina Ja'far bin abi Talib dan diganti oleh saidina Abdullah bin Rawahah dan terakhir di bawah kepimpinan Khalid Bin al Walid setelah shahidnya Abdullah bin Rawahah seorang panglima perang yang mashur dengan strategi Perang akhirnya telah berjaya mengalahkan tentera musuh seramai 200,000 ribu dengan strategi yang hebat dengan menggerakkan pasukan sayap kanan ke arah kiri dan sebaliknya perkara ini menyebabkan kekeliruan di pihak musuh dengan menyangkakan pertambahan bilangan tentera daripada madinah yang di utuskan oleh nabi sehingga selepas 7 hari  musuh seramai itu lari meninggalkan medan peperangan.Di riwayatkan hampir 6 bilah pedang milik Saidina Khalid patah melainkan sebilah pedang yang dibuat di  Yaman..=) Hebat bukan strategi beliau khalid Al Walid !!!
       Dengan kekuatan zahir yang kecil dan sedikit akhirnya kemenangan milik ISLAM,perjuangan mereka IKHLAS,TELUS ini antara faktor kemenangan milik ISLAM,bagaimana pejuang agama kini ?? renungkan !! peperangan ini elah mengorbankan seramai 12 orang sahabat Zaid bin Haritha,Jaafar bin abi Talib,Abdullah bin Rawahah,Jaabir bin Abi So'so'ah,al Haris bin Nu'ma bin Aasaf,Suraqah bin Umar bin atayyah,'aamir bin Sa'ad al Haris,Aabad bin qis,'amru bin sa'ad,Abu Kholib bin So'so'ah,Masu'd bin al asud,wahhab bin Sa'ad kesemua ini Shuhada' yang telah dijanjikan syurga oleh Allah.
"antara ganjaran yang dianugerahkan ke atas para shuhada' "       Bagi orang yang mati Shahid ada 6 keistimewaan :
  1. di ampuni dosanya sejak mulai darah pertama meluncur keluar dari jasadnya
  1. dipersembahkan tempatnya di dalam syurga
  1. terlepas daripada azab kubur
  1. terjamin keamanannya
  1. dikahwinkan dengan bidadari syurga
  1. diperkenankan untuk memberi syafaat kepada ahli kerabatnya seramai 70 orang
(riwayat Tirmidzi,ibn Majah dan Ahmad)
TUAN RUMAH MU'TAH
  •  Saidina Zaid bin Haritha
Nama beliau Usamah bin Zaid Bin Haritha,beliau merupakan sahabat yang termuda memeluk Islam selepas saidina Ali.Beliau merupakan bekas hamba dan menjadi anak angkat Rasulullah S.A.W.Nama beliau saidina zaid (hanya satu-satunya sahabat) telah disebut oleh Allah di dalam Al Quran (surah ahzab ayat 37) Beliau mengikuti kesemua peperangan yang disertai oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W dan beliau pemimpin pertama yang Shahid di Medan Mu'tah.
  • Saidina Jaafar bin Abi Talib
Beliau merupakan sepupu  Rasulullah dan abang sulung kepada Saidina Ali,beliau antara yang terawal memeluk Islam.Saidina Jaafar terkenal dengan Uslub dakwah yang hebat sehingga beliau berjaya mengIslamkan Raja Najashi bukan sekadar itu beliau juga terkenal dengan semangat di medan perang yang kuat dan beliau merupakan salah seorang jemaah rombongan yang berhijrah ke Habshah (eithopia)Beliau digelar AT TOYYAR (mempunyai sayap) gelaran ini diberi oleh Rasulullah kerana kedua-dua tangan beliau dicantas ketika peperangan Mu'Tah maka sabda baginda "beliau digantikan dengan sayap untuk berada di syurga" di riwayatkan setelah tangan kanan memegang panji telah terputus beliau memegang panji dengan tangan kiri maka sekalilagi dicantas maka beliau memegang panji dengan kedua-dua lengannya sehingga beliau shahid.
  • Saidina Abdullah bin Rawahah
Beliau adalah Abdullah bin Rawahah bin Tha'labah bin amru bin Qiys bin Tha'labah,beliau mewarisi kehebatan datuk beliau di dalam bersyair bahkan beliau merupakan penyair baginda nabi S.A.W pada saat akhir hayat beliau,beliau telah bersyair untuk membakar semangat.Selepas Shahidnya saidina Jaafar maka panji di ambil oleh beliau dalam kehangatan berperang beliau bersyair :

"‘Wahai diriku, jika engkau tidak terbunuh, engkau tetap akan mati
Inilah kawalan kematian telah mengenaimu
Apa yang engkau dambakan telah diberikan kepadamu
Jika engkau mengerjakan perbuatan dua orang, engkau mendapat petunjuk’.

beliau shahid di bumi Mu'tah ini dan dimaqamkan di Mazar.Syair beliau sering membakar semangat para sahabat amat dirindui oleh ramai sahabat setelah kesyahidan beliau di medan ini.
maqam saidina Jaafar bin abi Tolib attoyyar

maqam saidina Abdullah bin Rawahah yg di ukir dengan syair beliau

Saidina Zaid bin Haritha anak angkat baginda Nabi Muhammad 

Penulis bersama dengan Sheikh Aun al qudumi & Habib Ahmad el Habsyi
di Maqam Saidina Abdullah 

















       

Saturday, February 18, 2012

Senyumlah ~

=) Senyum tak perlu kata apa-apa teringat saya sebuah lagu yang sering di keudarakan pada satu ketika dahulu  sebuah lagu yang hanya berkisar mengenai Senyuman tetapi mendapat tempat di hati masyarakat..Secara saintifiknya senyuman mempunyai kuasa magnetik yang tersendiri dengan senyuma ia mampu pengubat diri sendiri dan turut mampu mengubati orang sekeliling.Bahkan Tertawa atau Tersenyum merupaka ubat yang mujarab bagi menghilangkan kesedihan di hati dan senyuman atau tertawa ini memiliki kekuatan yang tersendiri untuk mempengaruhi jiwa dan hati agar tenang.Dalam hal ini Abu Darda' berkata "Aku akan terus tertawa sehingga dengannya ia mampu membahagiakan aku " baginda nabi Muhammad S.A.W manusia yang agung ini turut menyarankan umatnya agar melazimikan diri dengan senyuman sebagaimana sabda baginda "Senyuman di hadapan saudaramu itu adalah sedekah ".Masyarakat arab turut menggambarkan mereka yang sering melazimi dirinya dengan senyuman adalah golongan yang memiliki hati yang dermawan,berlapang dada dan sentiasa tenang sebagaimana yang disebut di dalam sebuah syair arab "orang yang suka tertawa dan tersenyum adalah orang yang senang hati,dan bergembira untuk memberi apabila diminta".
     
Dunia ini penuh dengan penipuan,peperangan,perpecahan dan permasalahan sehingga senyuman kian luntur diwajah manusia bahkan kebanyakkan mereka lebih bermuka masam sebagaimana di sebut di dalam syair arab "wajah-wajah mereka masam,seakan-akan mereka dipaksa untuk masuk ke neraka,mereka tidak seperti kaum yang jika ditemui menanpakkan wajah yang ceria,mereka bagaikan bintang yang berjalan di gugusan bima sakti". Saya tidak menafikan hukum alam yang mana ada waktu dan ketika manusia akan berasa sedih cuma persoalan yang timbul berapa ramai yang hari ini memusnahkan kehidupan mereka dengan kemurungan dan kesedihan yang berpanjangan ????ayuh teman bantulah sahabat-sahabat anda dengan melontarkan senyuman manis kepada mereka agar kekuatankan mereka perolehi.
      Realiti dunia ada masa dan ketika manusia berasa gembira dan pada masa yang lain manusia merasa gelisah dan sedih dan itulah hati segumpal darah yang amat sensetif mengikut keadaan persekitaran dan suasana tetapi ingat lontarkan senyuman dalam keadaan apa sahaja agar bahagia akan memenuhi ruang hati dan perasaan.Kehidupan ini adalah seni,yang mana seni ini harus dipelajari dan anda,saya adalah juru seni yang bakal mengukir dan mewarnai kehidupan masing-masing.Alangkah buruknya lukisan kehidupan seseorang itu jika dipenuhi lukisan kehidupannya dengan mengejar material semata-semata sehingga menyebabkan wujudnya perasaan dengki,khianat dan kufur nikmat di dalam mereka,ingatlah sesungguhnya harta,wang dinar,emas tidak mampu menjamin kebahagian diri.
        
       Di dalam sebuah kisah,Iliyah Abu Madhi berkata :
   seorang berkata   : sesungguhnya langit berduka dan bermuka masam
   aku berkata         :tersenyumlah,cukuplah hanya langit yang tersenyum
   katanya lagi         : kerinduan telah berpaling
   aku berkata         :tersenyumlah,sesungguhnya kerinduan yang telah lalu tidak akan kembali
   katanya lagi         :ketika dirinya berada di dalam syurga kebahagian dan diri ku didalam  neraka kerinduan 
                               ia telah khianat setelah memiliki hatiku
   aku berkata         :tersenyumlah,bergembiralah ! bila engkau terus mengingatnya maka engkau telah
                               menyebabkan diri engkau sakit untuk selamanya
          
        Ayuh teman-teman saya tidak mengatakan salah jika ingin bersedih,bermurung tetapi ianya akan kelihatan salah bilamana kesedihan dan kemurungan mengusai diri seseorang itu di dalam jangka masa yang panjang sehingga memusnahkan kehidupannya.Bantulah sahabat-sahabat anda dengan memberi kalam-kalam pembakar semangat,lontarkanlah senyuman kepadanya dan iringlah dirinya dengan doa memohon agar dikurniakan kekuatan oleh Allah tuhan yang memiliki hati..."terima kasih buat teman yang sudi membuat saya tersenyum sendirian"...ayuh lontarkan senyuman,bersama menghidupkan sunnah nabi.


# <3 teruskan senyuman walau di uji dengan kepayahan ~

Saturday, February 11, 2012

Syria...will be Free

   Tangisan anak-anak kecil di tepian jalan,Raungan mereka tidak ada yang menghiraukan,Rengekkan mereka yang memohon susu dan makanan,Jeritan mereka kerana ketakutan dengan kereta kebal yang berlegaran di perkarangan rumah,tangisan,pilu,sedih dan kecewa segalanya mereka rasai,atas kerana inilah tangan saya diluncurkan diatas papan kekunci lap top....Perkara yang perhangat dibicarakan di Facebook,tweeter,blog-blog dan hampir keseluruhnya medium media massa menyentuh mengenai isu rakyat Syria.Ayuh syabab dan Akhwat kita intnbih dan cakna dengan Isu penindasan ini,mereka rakyat Syria mungkin bukan daripada darah daging kita tetapi ingatlah mereka adalah golongan seaqidah dengan kita dan sudah pastinya mereka rakyat Syria adalah saudara-mara kita sebagaimana yang telah dirakamkan oleh Allah di dalam Al-Quran "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara".Jika dahulu sejarah telah menceritakan mengenai kejayaan Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan tercatit juga mengenai kehebatan seorang anak muda Sultan Muhammad Al Fateh di dalam usaha beliau menawan kota konstatinopel bahkan sejarah juga pernah melakarkan 2/3 dunia adalah milik kita umat Islam,tetapi dimanakah Solahuddin,di manakah Al Fateh ??? adakah generasi-generasi seperti mereka telah pupus ?? tepuk dada tanya Iman ! ayuh sahabat-sahabat sekalian bantulah penderitaan mereka ! mereka tidak pernah meminta kita untuk menganggkat senjata tetapi cukuplah dengan doa yang kita pohonkan.Ya Rabb Musnahkan pemimpin-pemimpin yang zalim !!! saidina Ali bin Abi Talib pernah menyebut "Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara aka tetapi pemerintah benar (adil) kekal selamanya" kalam ini bertepatan dengan kalam Tuhan sekalian alam di dalam surah al isra' ayat 81 "dan katakanlah :telah datang kebenaran (islam )dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur),Sesungguhnya perkara yang salah (kufur) tetap akan lenyap "ayuh cakna isu Syria.....

  Ayuh bertindak dari sekarang,tidak perlu keringat yang di kerahkan cukup hanya sekadar kita menadah tangan memohon kehadrat ilahi agar Musuh-Musuh Islam di Musnahkan.Peristiwa pembunuhan secara beramai-ramai ini telah berlaku di zaman baginda Nabi S.A.W.Di riwayatkan Anas bin Malik menceritakan bahawa sesungguhnya Nabi pernah mengutuskanseramai 70 orang terdiri daripada para Qurra' (alim dan mahir didalam Al Quran),kumpulan Qurra' ini dihantar untuk memnuhi permintaan beberapa kabilah seperti Ri'i dan Zakwan.Apabila rombongan ini sampai ke tempat  kabilah tersebut yang berdekatan dengan  telaga Maunah (bir maunah) maka kabilah tersebut berkata "Demi Allah kami bukan kamu semua yang kami inginkan sesunguhnya yang kami inginkan adalah Nabi S.A.W" maka kabilah tersebut membunuh rombongan yang di utuskan oleh Nabi S.A.W dan peristiwa ini telah sampai ke telinga Rasulullah.Rasulullah bersa sedih dengan peristiwa ini lalu baginda berdoa (kecelakaan/laknat) ke atas kabilah tersebut selama sebulan di dalam solat subuh (qunut nazilah ) hadith riwayat Bukhari '4088'.Peristiwa ini berlaku lebih daripada 1433 hijrah yang lalu dan hari ini dunia menyaksikan pembunuhan secara beramai-ramai dengan penuh tragedis dan menyedihkan.Adakah anda dan saya hanya pemerhati dan penggeleng kepala apabila seorang demi seorang berita kematian rakyat Syria sampai ke telinga anda dan saya ??? tidak melakukan sebarang usaha untuk membantu mereka ??? malulah kepada baginda Nabi S.A.W kerana sesungguhnya baginda nabi mendoakan kecelakaan kepada kabilah-kabilah tersebut apabila berita kematiaan rombongan yang di utuskan oleh baginda.....Ayuh Syabab dan akhwat kita bantu rakyat Syria !! pohonlah doa kepada tuhan yang Esa agar kemenangan milik saudara seakidah dengan kita....

#rakyat Syria saudara seakidah kita

ayuh berdoa untuk kemenangan umat Islam
di manakah keperimanusian mereka ??

apakah dosa si kecil ini ??? Ya Rabb bantulah mereka

syria will be free..inshAllah

apakah yang kalian tunggu lagi...pohonlah doa untuk keselamatan mereka

mudah-mudahan Doa kita akan di maqbulkan oleh Allah dan Kemenangan milik Umat Islam..=)


Saturday, January 28, 2012

Bicara Siswa ~ kemanakah selepas ini ?

    Tahniah saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang mendapat mumtaz sofi (mumtaz keseluruhan),mumtaz dan syukur juga kerana tiada dikalangan sahabat saya yang mendapat rasib (gagal) di dalam STAM tahun ini dan buat sahabat-sahabat yang tidak mencapai target yeng telah ditetapkan anda jangalah berasa kecewa dan teruslah melangkah tanpa menoleh kebelakang dan menilai siapa anda suatu ketika dahulu ? sesungguhnya perancangan Allah itu lebih hebat daripada perancangan hamba-hambanya.
  Dalam saat ini juga,perancangan telah mula diatur kemanakah aku selepas ini ?UIA , USIM, MESIR, JORDAN, IRELAND(ada ke lepasan stam disana ye),INDONESIA,MYAMMAR atau KAHWIN.Perkahwinan !! mungkin perkahwinan adalah sekadar bicara hati kecil sahaja dan saya tidak berniat mengulas panjang mengenai perkahwinan di usia muda dan yang pasti ada kebaikannya yang bakal diperolehi.Bahkan ada dikalangan sahabat-sahabat yang dilema sama ada ingin menyambung di dalam negeri atau di luar negeri.Saya juga menerima beberapa private messages "apakah pandangan engkau kalau aku sambung mesir ?","engkau rasa muka aku nie ok x kalau p maghribi atau jordan ?"
  Saya bukanlah salah seorang pakar motivasi tetapi apa yang ingin saya kongsikan bersama adalah mengenai kebaikan atau kelebihan belajar di luar negara terutamanya Jordan kerana saya sedang berpijak diatas padang pasir mu'tah dan satu perkara mustahil jika saya ingin berkongsikan mengenai mesir atau maghribi.Pertama sekali yang ingin saya sebutkan adalah Jordan "indah khabar daripada rupa" hal ini kerana sebelum saya menjejak kaki di  dataran SHAM ini saya dimaklumkan mengenai kemewahan Jordan,bangunan-bangunan pencakar langit,tempatnya cantik tetapi yang saya alami adalah seakan 10tahun tercicirnya pembangunan di Jordan dan mengenai kecantikan dan kebersihannya adalah "jauh panggang daripada api"bahkan perkara ini pernah disebut oleh Sheikh Muhammad Abduh "aku telah pergi ke barat dan aku melihat ISLAM tetapi aku tidak melihat MUSLIM(org Islam) dan aku telah pergi ke timur (arab dan sekitarnya) aku melihat MUSLIM tetapi aku tidak melihat ISLAM". Adilkah saya jika hanya berkongsi mengenai keburukkan dan kekurangan masyarakat Arab ?? tidak bukan ! maka ada sahaja kebaikan yang tidak pernah saya lihat dan lalui antaranya mengenai SOLAT JEMAAH FARDHU masjid-masjid dibina dalam jarak yang berdekatan tetapi yang menjadi kekaguman saya ialah masjid-masjid ini sentiasa penuh dengan jemaah pada setiap kali solat fardhu hatta solat fardhu SUBUH juga,ini perkara yang susah dilihat jika berada di bumi MALAYSIA yang tercinta.Lebih memeranjatkan saya yang memenuhkan saf-saf adalah semua golongan daripada kanak-kanak hingga kepada golongan tua uzur yang memerlukan ihsan dan bantuan untuk memapahnya berjalan ke masjid.Suhu di JORDAN jauh berbeza dengan MALAYSIA pernah selama seminggu diri ini berjalan ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah dan suhu pada ketika itu 1 darjah celcius sehingga menyebabkan takungan-takungan air dijalanan membeku tetapi indahnya masjid-masjid tetap dipenuhi ruangan saf-safnya.
   Adilkah saya jika keburukkan masyaraka arab lebih banyak dikongsi bersama daripada kebaikannya ?? sudah pasti TIDAK ! masyarakat arab juga merealisasikan hadis baginda NABI MUHAMMAD S.A.W yang mafhumnya "sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Qiamat hendak berkata BAIK atau DIAM" kebanyakkan masyarakat arab lebih suka membasahkan bibir-bibir dan lidah-lidah mereka dengan berdoa,memuji baginda nabi dan berzikir kepada Allah taala.Bukan ini sahaja mereka juga menghormati TETAMU dengan layanan yang ISTIMEWA sehingga tetamu(pelajar-pelajar)menjadi segan bila bersama mereka kerana hidangan demi hidangan dihidangkan dan senyuman berserta doa yang diungkapkan.  
   Saya rasa mengenai kebaikan dan kekurangan ini sahabat-sahabat pembaca boleh membuat timbang tara dan yang baik dijadi tauladan dan ikutan manakala yang kurang dijadikan sempadan.Kelebihan belajar diluar negara sahabat-sahabat pembaca sebelum anda membuat keputusan untuk menyambung pelajaran kalian ke luar atau di dalam negara sahaja maka berhubung dan berkomunikasilah bersama dengan ALLAH sang pencipta yang Maha Mengetahui baik dan buruk buat hamba-hambanya.Antara kelebihan yang bakal diperolehi bila berada di negara orang adalah :
   *1 : Menghargai
kenapa menghargai ?? kerana anda akan menghargai keamanan dan kemakmuran negara MALAYSIA yang tercinta,bahkan pada saat ini hati-hati kecil akan berbicara "ingatkan teruk sangatlah Malaysia,syukur aku menjadi rakyat MALAYSIA" ingat wahai sahabat mencintai negara sendiri adalah satu kewajipan dan sepatutnya wajib ke atas diri kita bersyukur dengan negara asal kita.
   *2 : Berdikari
mungkin daripada kalangan sahabat-sahabat yang tidak pernah ke dapur bahkan mungkin tidak pernah tahu apakah itu halia dan kunyit ??tetapi bila sampai ke luar negara kita akan lebih berdikari,bukanlah saya ingin menyebut mereka yang belajar didalam negara tidak tahu berdikari tetapi pada saat di luar negara kita tidak mempunyai ibu bapa atau lebih mudah menjadi anak yatim piatu seketika.Bukan sekadar pengurusan dapur tetapi bagaimana pengurusan kewangan juga harus diteliti.
   *3 : Berdisiplin
ketika berada diluar negara,kehidupan seakan-akan menjadi anak yatim piatu ialah pada saat berada diluar negara ibubapa tidak bersama dengan kita,maka jika sebelum ini aktiviti kita terkawal dan terpantau oleh ibubapa kita tetapi pada saat ini kita sahaja yang mengawal segala aktiviti kita,sekiranya baik maka berjayalah kita jika tidak perlindungan daripadaNYA yang kita pohon.
    *4 : Menguasai Bahasa Asing
tidak dapat di nafikan jika belajar di dalam negara kita mampu juga menguasai bahasa asing seperti Bahasa Arab hal ini berbalik kepada usaha dan kemahuan seseorang sebagaimana yang disebut oleh pepatah "Hendak seribu DAYA,tidak hendak seribu DALIH"cuma kelebihan bila berada diluar negara akan lebih memantap dan mempercepatkan (hakikatnya hati) penguasaan kita,hal ini kerana kita berada pada suasana masyarakat yang bertutur dengan bahasa asing.
    *5 : Sistem Talaqi
sistem talaqqi merupakan antara proses pembelanjaran yang amat berkesan kerana seseorang itu akan memperolehi ilmu yang sahih yang bersambung sanad sehingga kepada empunya kitab atau sehingga kepada baginda nabi S.A.W.Khatib al Baghadadi pernah menyebut "tidak akan engkau perolehi sesuatu ilmu melainkan daripada mulut-mulut para ulama" yang dimaksudkan oleh beliau adalah melalui sistem Talaqqi.

   Saya tidak berhasrat untuk meneruskan perkongsian kerana memadangkan beberapa kerja yang belum saya selesaikan,mudah-mudahan perkongsian ringkas ini memudahkan diri sahabat-sahabat untuk membuat keputusan untuk meneruskan pembelajaran kalian.Saya ingin tegaskan bukan bermakna belajar di dalam Malaysia tidak mampu menjadi Mahasiswa berkualiti bahkan dunia hari lebih suka untuk menghantar mahasiswa/wi negara mereka ke negara Malaysia dan tidak saya katakan mahasiswa luar negara lebih hebat kerana hari ini ramai sahaja mahasiswa luar negara tidak memberi pulangan kepada masyarakat.Teringat kepada pesanan seorang teman  saya "belajar luar negara pastikan pulang untuk masyarakat" mohon doa daripada sahabat-sahabat agar pulangnya saya nanti mampu berkhidmat untuk masyarakat. ~
                                  ~sedikit perkongsian gambar jaulah ketika cuti semesta 1 ~

ziarah sheikh Ismail al Kurdi di rumah beliau,terpegun melihat akhlak beliau

kalam-kalam "penawar bagi hati"

taujihat daripada sheikh Aun al Qudumi lebih membuatkan diri ini lebih bersemangat 

Sheikh Khalid Abu Umar,diskusi aqidah di rumah beliau

sheikh Hammad , ulama' muda

mengambil ibrah ~ sheikh said kurdi, tekun dalam berdakwah~

snowman ~ 

aqabah ~ ibrah daripada perjanjian Aqabah

Petra ~ Hebatnya Kemajuan pada suatu ketika dahulu

Selamat Melangkah ke Universiti dan berISTIQAMALAH di atas jalan agama ~ incAllah kejayaan milik kita bersama .....

Friday, December 30, 2011

Rehat Seketika ~

Saya rindu sahabat2 seperjuangan di Maahad Ahmadi tetapi segalanya menjadi kenangan,gurauan bersama kalian masih SEGAR di ingatan,mereka yang saya ketemui selepas bersama kalian menyebabkan saya kaku untuk bergurau bersama mereka kerana mereka jauh berbeza dengan kalian...luv U all =)
(status FB zulhafizi khadim ilmu)

Salam Imtihan dan Perjuangan buat sahabat yang sedang menduduki imtihan akhir bagi semesta kali ini mudah2an kejayaan milik kita bersama..Dalam kesebokan peperiksaan ini sempat lagi aku menaip untuk blog aku nie ye,entry kali ini aku hanya bersantai2 saja dan penggunaan bahasa tidak menepati skema yang telah ditetapkan oleh Ahli Lembaga Dewan dan Pustaka sebab aku malas nak menambahkan kepeningan aku kali nie dan memang tujuan  aku menulis kali ini supaya kepeningan di kepala ini pergi meninggalkan aku dah le datang x berjemput pergi pon nak dipaksa huhuu

Alhamdulillah aku selesai imtihan Ulum Hadith,madah nie hanya 3 orang saja pelajar Malaysia yang daftar madah dengan Dr Muhammad bin Sheikh Said Hawa (anak sheikh said hawa tokoh gerakan herakki Islamiyah dan beliau muhammad bin said hawa juga antara pakar Hadith di Jordan) dan pelajar2 tahun 1 yang lain daftar madah nie dengan Dr Mashur Al Qutaishat,selesai je imtihan ulum hadith nie kepala aku dah mula je sakit ialah soalan imtihan aku punya lah susah hagak2 nak berdarahlah kepala aku menjawabnya sampai adalah pelajar2 daripada Filiphina yang tak boleh nak terima hakikat soalan tu susah,mana x nya soalan dr Mashur Al Qutaishat  20 markah soalan hanya tanda betul ke salah dan 20 markah lagi takrif istilah dan adalah sedikit nyatakan nama2 kitab hadith dan 10 markah lagi daripada assigment (5 muka surat je)...imtihan akhir markah penuh 50 markah jelous nye aku TAPI pasti ada hikmah nya aku bersama dengan Dr Muhammad Said Hawa dan kata2 yang menyebabkan aku terus bersemangat adalah "kamu mampu lakukan,Allah dah hantar kamu ke JORDAN dan bukan semua orang terpilih,KAMU orang yg TERPILIH...kamu KUAT"inilah kata2 semangat yang aku pegang TERIMA KASIH kerana memberi tiupan semangat pada diriku ~

ok ! status FB aku (kat atas tu,khamis,29 des) status nie aku post sebab aku rindu kat sahabat2 seperjuangan aku time nie kepala aku masih sakit lagi,kat seminggu kepala aku sakit2 yang teramat sangat,aku ingat lagi kalau di Maahad Ahmadi almarhumah Ustazah Khairah dan ustazh Norlia Ali selalu marah aku sebab sakit kepala seminggu tapi tak pergi hospital dan akhirnya al marhumah ustazah khairah dan ustazah NorLia Ali yang hantar aku pergi klinik Gemencheh untuk rawatan seterusnya,aku bukan x suka pergi klinik cuma aku tau kalau pergi klinik ubat KK yang aku dapat (ubat tu aku ade 7peket kat dalam almari sume nye x bermakan )...akhirnya aku ngadu gak ngan mak ayah aku sebab dah x tahan akhirnya minor opperation dilakukan (hospital SALAM) sihat gak la mana x nya duit dah keluar baru sihat hehehe jarang dah aku sakit kepala semenjak minor opperation tu tapi sekarang nie aku diserang ngan virus sakit kepala nie...mungkin rabun aku bertambah teruk kot (aduish mintak cermin baru la tu hehehhe)...then handphone aku dah mule buat2 pening mak aku call dapat (hehheh mintak tukar i-phone kot tapi handphone tu banyak kenangan hahahahha~ jiwang lak ai) ok ape kena mengena ngan status FB tu ye ??hmmm kepala aku dah lah sakit jadi aku nie pon x suka zahirkan sangat kesakitan tu jadi jarang orang nampak aku sakit,aku nie memang suka bergurau,ceria jadi waktu aku bergurau ngan sahabat aku tu keluar dari mulut dia "budak maahad x sama ngan budak2 lain n jgn sama kan aku ngan dak2 maahad" hadoooiii terkesima aku sekejap tapi mungkin silap aku kot tapi kalau dia gurau ngan aku macam lebih kasar je tapi xpe lah mungkin aku kena lebih memahami orang lain...

serius aku memang rindu ngan dak2 maahad dan 2 orang rakan aku nie MUAZ bin omar dan MOHD FADZLI bin md nor..muaz nie le tempat aku kacau2 nyakat2 dan gaduh je manjang hehehhe ade je isu2 yang dia ngan aku nak timbulkan tapi kami happy je bersama ,FADZLI nie pulak selalu je teman kalau aku sebut lapar je pasti bakal ade makanan yang tiba untuk aku hahahah ( makan je keje) bila aku ade masalah2 komputer je dia lah aku akan rujuk dan paling best MUAZ ngan FADZLI lah akan aku loncat atas badan dia hehhehehhe..dan aku mendoakan semua pelajar2 STAM 2010 berjaya dengan cemerlangnya...merindui kalian =)

p/s :

: maaf entry kali ini melanggar segala tatabahasa dan menggunakan bahasa rojak
        :entry kali ini aku tulis time baru lepas kelas nahu dan bila aku tengok phone aku ada            misscall dari Malaysia...
:aku sayang sahabat2 Maahad Ahmadi dan JORDAN


fadzli a.k.a apad

majlis nikah aku hehehhe silap 

study ke...rajin nyerr ~ (muaz )

muaz bin omar....a.k.a bantal aku

dak2 maahad...riangnye

ea nie gambar kt jordan nie..tinggi nye 



      

Monday, December 26, 2011

2012 ~ selamat datang

2012 bakal tiba...arghhhhh kiamat hampir tiba hehehhehe ini kesan terpengaruh dengan cerita 2012 yang menjangkakan kiamat bakal berlaku pada 2012 dan saya tidak ingin mengulas panjang mengenai perkara ini yang hanya mampu saya sebutkan apakah persediaan anda dan saya untuk menghadapi kiamat .Adakah cukup bekalan amal kita untuk dihadapkan kepada Allah ?? atau masih tercari-cari indentiti sebenar seorang  Islam?? jom muhasabah bersama =) ok ....2011 kian berlalu lagi beberapa hari sahaja tirainya akan dilabuhkan,pelbagai peristiwa yang saya dan anda  lalui sama ada suka mahupun duka segalanya akan menjadi kenangan dan yang paling penting adalah pengalaman serta peristiwa yang berlaku haruslah menjadi pengajaran kepada diri kita....2011 STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) matlamat utama saya selepas mendapat keputusan SPM adalah untuk  meneruskan pembelanjaran saya di Bumi Tarbiah Maahad Ahmadi bahkan saya antara golongan yang tidak mengisi borang PERMOHONAN UNIVERSITI kerana nekad saya semenjak saya menjejakkan kaki di Bumi Maahad Ahmadi pada 16 Januari 2006 adalah STAM tetapi perancangan Allah lebih baik apabila saya di cadangkan oleh Al Marhumah Ustazah Khairah bt Hariz untuk memohon menyambung pelajaran ke luar negara (JORDAN) dan syukur alhamdulillah permohonan saya untuk ke luar negara telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan walaubagaimanapun kenangan di STAM tetap tidak akan dilupakan bermula dengan hari pendaftaran yang penuh dengan gelak-tawanya seterusnya persedian untuk menghadapi IMTIHAN QABUL (peperiksaan kelayakan untuk mengambil stam selama setahun),aktiviti memancingnya,mandi sungai dan berbagai lagi sehinggalah saat saya meninggalkan Bumi Tarbiah tersebut dan pada saat itu titisan demi titisan membasahi wajah saya kerana disitulah saya belajar mengenai erti kehidupan,erti persahabatan dan disitu juga saya mengenal erti berteman...Terima Kasih sahabat-sahabiah semua...
   aduish entry kali ini macam nak mengimbau kenangan yang lalu pula !ya ingin saya mengimbau semula kerana kenangan-kenangan itu masih segar di ingatan dan sering di refresh kan agar kehidupan itu sentiasa manis tetapi saya tidak mempunyai kesempatan waktu yang panjang untuk berkongsi pada entry kali ini kerana kesibukkan mengulangkaji untuk menghadapi IMTIHAN NIHAIE (peperiksaan akhir semesta) yang bakal dihadapi lagi beberapa hari (mohon doa kalian)..2012 bakal tiba ! sering kali persoalan yang timbul azam tahun baru apa ?? berjayakah azam tahun lalu??? maka ayuh kita bermuhasabah diri kerana tiada siapa yang mampu mengubah diri kita melainkan diri kita...Ayuh Bermuhasabah..
     Saya mendoakan sahabat dan sahabiah agar dipermudahkan segala urusan dan buat teman saya  mudah-mudah Allah memberi kekuatan kepada diri kamu untuk menghadapi rintangan dan cabaran yang pasti menerjang.....Selamat Menyambut Tahun Baru,Salam Suksess dan Salam Ukhwah....senyum selalu =)
STAM : release tension selepas kelas (masa peralihan)

memancing di sungai asahan

hehehhe jalan-jalan di waktu petang

gotong-royong di rumah mama Husna (teacher yg suksess)

bumi tarbiah yang banyak membentuk diri

teman2 bercerita 

berjogging di waktu pagi

saat bersama kalian pasti sentiasa segar diingatan

riadhah aktiviti pengerat ukhwah (lepas kena paksa baru turun padang heheh)

persiapan sebelum mandi sungai Maahad Stam

zaman kanak2 hehheheh comeeeeyyyy je

haaa inilah antara guru,bapa yang banyak membentuk diriku terima kasih ustaz Taufik

p/s : mohon maaf lah gambar-gambar yang tiada dalam entry kali ini (muaz/fadzli kita jumpa di entry seterusnya ye) hehhehe kekangan masa dan kelembapan internet.... 


Thursday, November 17, 2011

Baitul Muslim : bersediakah ??

Dia dah kahwin le..bila ye ??? perghhh untung la dia dapat zaujah yang baik..kau bila nak kahwin ye ?hmm aku ingat umur 25 ok jugak kan,harap-harap le dapat zaujah yang baik.Oit awat lambat sangat, 23 dah boleh dah..inilah antara perbincangan yang sering bermain di bibir Mahasiswa-Mahasiswa Timur Tengah,bila di facebook terdapat post-post mengenai perkahwinan, umur cadangan untuk membina masjid (kahwin) ??? sila kongsikan..bila di twitter ada yang twitt "saya menyokong 100% menyokong kahwin muda dan khitbah" bahkan satu lagi biah di Jordan setelah selesai membantu sesorang maka doa yang akan dilontarkan oleh setiap mahasiswa الله يعطيك العافية وزوجة صالحة inilah antara yang sering ditipkan oleh Mahasiswa di sini dan saya juga turut bersama dalam mendoakan seseorang yang membantu saya dengan doa sebegini..baru-baru ini Persatuan Mahasiswa Mu'tah Malaysia meraikan 9 pasangan pengantin daripada kalangan Mahasiswa Mu'tah pada tahun 2010/2011,program ini antara faktor besar bagi mahasiswa-mahsiswa tahun 1 turut berbicara soal perkahwinan,ya tiada salahnya berkahwin awal dan jika diizinkan kepada diri saya untuk berkahwin awal maka tidak akan saya lepaskan peluang tetapi dengan syarat pastikan ilmu-ilmu perbahasan mengenai darah-darah wanita seperti haid,nifas dan sebagainya telah dipelajari dan difahami selain itu persedian untuk menjadi suami perlu dipersiapkan agar Baitul Muslim yang didirikan merupakan Baitul Muslim yang sakinah.
mahasiswa/wi yang berkahwin pada tahun 2010/2011

Bila berbicara mengenai perkahwinan,bukan satu perkara yang mudah perkahwinan bukan sebenarnya hanya mencari tempat untuk melepaskan nafsu,bukan sekadar untuk menyelamatkan diri daripada zina tetapi perkahwinan adalah tanggungjawab,perkahwinan adalah amanah.Bila berbicara mengenai perkahwinan kita harus memikirkan mengenai 10 tahun akan datang siapakah diri kita ? bagaimanakah memperolehi keluarga sakinah ? mampukah kita membentuk dan melenturkan anak-anak kita menjadi soleh ? segalanya adalah amanah,perkahwinan memang seronok tetapi bukan untuk berseronok-seronok.Beberapa nasihat yang boleh saya kongsikan untuk mereka dan diri saya bagi memperolehi keluarga atau Baitul Muslim yang sakinah                     
 .
seronok tetapi bukan untuk berseronok-seronok

#1  :Mentaati Allah dan Rasulnya
#2   :Mendirikan rumah tangga kerana Allah 
#3   :Melayani isteri serta menasihatkan isteri dengan baik dan penuh hikmah
#4   :Menjaga hati dan perasaan Isteri
#5   :Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu diluar kemampuan isteri
#6   :Bersabar dengan kerenah isteri,jangan sesekali memukul isteri sehingga memudaratkannya
#7   :Jangan menceritakan keaiban dan kekurangnya dihadapan orang lain
#8   :Tidak mengagumkan wanita lain sehingga isteri berasa kecil hati
#9   :Bersabar terhadap kelemahan isteri
#10 :Tidak selalu mengikut telunjuk isteri sehingga mengenepikan hak ibu dan bapa
#11:Berani membuat keputusan kerana anda adalah ketua keluarga
#12:Memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan
#13:menyediakan tempat tinggal dan persekitaran yang selesa  
#14:Mendidik isteri dan anak2 dengan berlandaskan Islam
#15:Mengadakan sesi perbincangan jika mempunyai masalah peribadi bersama Isteri
#16:Berkorban apa saja untuk kebahagian bersama.

Wahai kaum hawa kami manusia biasa dan tiada kesempurnaan pada diri kami,kami memohon maaf di atas kekurangan kami,kami tidak mampu menjadi insan yang sempurna tetapi cukup kalian yang mendampingi kami mampu membantu kami menjadi insan yang lebih sempurna... :-)

(di edit dan dikemaskini post march 2010,pesanan buat kaum adam)
saya menyokong 100 % khitbah (nikah muda)
salam perantauan dari TETAMU DATARAN SHAM

khitbah saya sokong 100%