Dalam saat ini juga,perancangan telah mula diatur kemanakah aku selepas ini ?UIA , USIM, MESIR, JORDAN, IRELAND(ada ke lepasan stam disana ye),INDONESIA,MYAMMAR atau KAHWIN.Perkahwinan !! mungkin perkahwinan adalah sekadar bicara hati kecil sahaja dan saya tidak berniat mengulas panjang mengenai perkahwinan di usia muda dan yang pasti ada kebaikannya yang bakal diperolehi.Bahkan ada dikalangan sahabat-sahabat yang dilema sama ada ingin menyambung di dalam negeri atau di luar negeri.Saya juga menerima beberapa private messages "apakah pandangan engkau kalau aku sambung mesir ?","engkau rasa muka aku nie ok x kalau p maghribi atau jordan ?"
Saya bukanlah salah seorang pakar motivasi tetapi apa yang ingin saya kongsikan bersama adalah mengenai kebaikan atau kelebihan belajar di luar negara terutamanya Jordan kerana saya sedang berpijak diatas padang pasir mu'tah dan satu perkara mustahil jika saya ingin berkongsikan mengenai mesir atau maghribi.Pertama sekali yang ingin saya sebutkan adalah Jordan "indah khabar daripada rupa" hal ini kerana sebelum saya menjejak kaki di dataran SHAM ini saya dimaklumkan mengenai kemewahan Jordan,bangunan-bangunan pencakar langit,tempatnya cantik tetapi yang saya alami adalah seakan 10tahun tercicirnya pembangunan di Jordan dan mengenai kecantikan dan kebersihannya adalah "jauh panggang daripada api"bahkan perkara ini pernah disebut oleh Sheikh Muhammad Abduh "aku telah pergi ke barat dan aku melihat ISLAM tetapi aku tidak melihat MUSLIM(org Islam) dan aku telah pergi ke timur (arab dan sekitarnya) aku melihat MUSLIM tetapi aku tidak melihat ISLAM". Adilkah saya jika hanya berkongsi mengenai keburukkan dan kekurangan masyarakat Arab ?? tidak bukan ! maka ada sahaja kebaikan yang tidak pernah saya lihat dan lalui antaranya mengenai SOLAT JEMAAH FARDHU masjid-masjid dibina dalam jarak yang berdekatan tetapi yang menjadi kekaguman saya ialah masjid-masjid ini sentiasa penuh dengan jemaah pada setiap kali solat fardhu hatta solat fardhu SUBUH juga,ini perkara yang susah dilihat jika berada di bumi MALAYSIA yang tercinta.Lebih memeranjatkan saya yang memenuhkan saf-saf adalah semua golongan daripada kanak-kanak hingga kepada golongan tua uzur yang memerlukan ihsan dan bantuan untuk memapahnya berjalan ke masjid.Suhu di JORDAN jauh berbeza dengan MALAYSIA pernah selama seminggu diri ini berjalan ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah dan suhu pada ketika itu 1 darjah celcius sehingga menyebabkan takungan-takungan air dijalanan membeku tetapi indahnya masjid-masjid tetap dipenuhi ruangan saf-safnya.
Adilkah saya jika keburukkan masyaraka arab lebih banyak dikongsi bersama daripada kebaikannya ?? sudah pasti TIDAK ! masyarakat arab juga merealisasikan hadis baginda NABI MUHAMMAD S.A.W yang mafhumnya "sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Qiamat hendak berkata BAIK atau DIAM" kebanyakkan masyarakat arab lebih suka membasahkan bibir-bibir dan lidah-lidah mereka dengan berdoa,memuji baginda nabi dan berzikir kepada Allah taala.Bukan ini sahaja mereka juga menghormati TETAMU dengan layanan yang ISTIMEWA sehingga tetamu(pelajar-pelajar)menjadi segan bila bersama mereka kerana hidangan demi hidangan dihidangkan dan senyuman berserta doa yang diungkapkan.
Saya rasa mengenai kebaikan dan kekurangan ini sahabat-sahabat pembaca boleh membuat timbang tara dan yang baik dijadi tauladan dan ikutan manakala yang kurang dijadikan sempadan.Kelebihan belajar diluar negara sahabat-sahabat pembaca sebelum anda membuat keputusan untuk menyambung pelajaran kalian ke luar atau di dalam negara sahaja maka berhubung dan berkomunikasilah bersama dengan ALLAH sang pencipta yang Maha Mengetahui baik dan buruk buat hamba-hambanya.Antara kelebihan yang bakal diperolehi bila berada di negara orang adalah :
*1 : Menghargai
kenapa menghargai ?? kerana anda akan menghargai keamanan dan kemakmuran negara MALAYSIA yang tercinta,bahkan pada saat ini hati-hati kecil akan berbicara "ingatkan teruk sangatlah Malaysia,syukur aku menjadi rakyat MALAYSIA" ingat wahai sahabat mencintai negara sendiri adalah satu kewajipan dan sepatutnya wajib ke atas diri kita bersyukur dengan negara asal kita.
*2 : Berdikari
mungkin daripada kalangan sahabat-sahabat yang tidak pernah ke dapur bahkan mungkin tidak pernah tahu apakah itu halia dan kunyit ??tetapi bila sampai ke luar negara kita akan lebih berdikari,bukanlah saya ingin menyebut mereka yang belajar didalam negara tidak tahu berdikari tetapi pada saat di luar negara kita tidak mempunyai ibu bapa atau lebih mudah menjadi anak yatim piatu seketika.Bukan sekadar pengurusan dapur tetapi bagaimana pengurusan kewangan juga harus diteliti.
*3 : Berdisiplin
ketika berada diluar negara,kehidupan seakan-akan menjadi anak yatim piatu ialah pada saat berada diluar negara ibubapa tidak bersama dengan kita,maka jika sebelum ini aktiviti kita terkawal dan terpantau oleh ibubapa kita tetapi pada saat ini kita sahaja yang mengawal segala aktiviti kita,sekiranya baik maka berjayalah kita jika tidak perlindungan daripadaNYA yang kita pohon.
*4 : Menguasai Bahasa Asing
tidak dapat di nafikan jika belajar di dalam negara kita mampu juga menguasai bahasa asing seperti Bahasa Arab hal ini berbalik kepada usaha dan kemahuan seseorang sebagaimana yang disebut oleh pepatah "Hendak seribu DAYA,tidak hendak seribu DALIH"cuma kelebihan bila berada diluar negara akan lebih memantap dan mempercepatkan (hakikatnya hati) penguasaan kita,hal ini kerana kita berada pada suasana masyarakat yang bertutur dengan bahasa asing.
*5 : Sistem Talaqi
sistem talaqqi merupakan antara proses pembelanjaran yang amat berkesan kerana seseorang itu akan memperolehi ilmu yang sahih yang bersambung sanad sehingga kepada empunya kitab atau sehingga kepada baginda nabi S.A.W.Khatib al Baghadadi pernah menyebut "tidak akan engkau perolehi sesuatu ilmu melainkan daripada mulut-mulut para ulama" yang dimaksudkan oleh beliau adalah melalui sistem Talaqqi.
Saya tidak berhasrat untuk meneruskan perkongsian kerana memadangkan beberapa kerja yang belum saya selesaikan,mudah-mudahan perkongsian ringkas ini memudahkan diri sahabat-sahabat untuk membuat keputusan untuk meneruskan pembelajaran kalian.Saya ingin tegaskan bukan bermakna belajar di dalam Malaysia tidak mampu menjadi Mahasiswa berkualiti bahkan dunia hari lebih suka untuk menghantar mahasiswa/wi negara mereka ke negara Malaysia dan tidak saya katakan mahasiswa luar negara lebih hebat kerana hari ini ramai sahaja mahasiswa luar negara tidak memberi pulangan kepada masyarakat.Teringat kepada pesanan seorang teman saya "belajar luar negara pastikan pulang untuk masyarakat" mohon doa daripada sahabat-sahabat agar pulangnya saya nanti mampu berkhidmat untuk masyarakat. ~
~sedikit perkongsian gambar jaulah ketika cuti semesta 1 ~
ziarah sheikh Ismail al Kurdi di rumah beliau,terpegun melihat akhlak beliau
kalam-kalam "penawar bagi hati"
taujihat daripada sheikh Aun al Qudumi lebih membuatkan diri ini lebih bersemangat
Sheikh Khalid Abu Umar,diskusi aqidah di rumah beliau
sheikh Hammad , ulama' muda
mengambil ibrah ~ sheikh said kurdi, tekun dalam berdakwah~
snowman ~
aqabah ~ ibrah daripada perjanjian Aqabah
Petra ~ Hebatnya Kemajuan pada suatu ketika dahulu
Selamat Melangkah ke Universiti dan berISTIQAMALAH di atas jalan agama ~ incAllah kejayaan milik kita bersama .....
hebat kawan aku sorang nie... citer pasal kawen je ... x sabo dah syeikh kite nie...
ReplyDelete