Sudah hampir 9 bulan saya Menjadi TETAMU DATARAN SHAM (Jordan) sedar tidak sedar hanya baki beberapa minggu lagi saya akan menamatkan pembelajaran tahun 1 di Universiti Mu'tah ini..syukur Ya Rabb dan Engkau Permudahkan perjalanan ku yang masih jauh ini sebagaimana kekuatan yang Engkau telah hadiahkan kepada Para Shuhada' Mu'tah..=) Mu'tah sebuah kawasan yang jauh daripada Ibu Negara Jordan bahkan mendapat gelaran daripada warga Malaysia sebagai pekan KOBOI akan tetapi pekan KOBOI inilah yang menyimpan sebuah peristiwa yang cukup besar buat Umat Islam mengenai Peristiwa Peperangan Mu'tah.Saya cukup terkilan dengan beberapa Mahasiswa/wi Mu'tah khusunya apabila menerima tetamu daripada Mantiqah lain seperti Irbid,Yarmouk Dan Amman ataupun tetamu daripada Malaysia yang datang ziarah ke Mu'Tah mereka tidak dibawa untuk berjumpa dan menziarahi TUAN RUMAH Mu'Tah bahkan ada juga yang melengahkan pertemuan dengan TUAN RUMAH selepas menziarahi tempat-tempat lain dan setelah beberapa hari berada di Mu'Tah.TUAN RUMAH yang saya maksudkan adalah 3 Maqam Shuhada' Mu'Tah Saidina Zaid bin Harith,Saidina Ja'far bin Abi Tolib dan Saidina Abdullah bin Rawahah saya tidak berhasrat ntuk membahas panjang mengenai Isu Ziarah Maqam,Tawassul atau mengenai Perihal solat di dalam masjid yang padanya terdapat kuburan pada entry kali ini kerana PERBAHASAN itu telah dibahaskan oleh ramai ulama' termasuklah Mufti Mesir sekarang Dr.Ali Jummuah kesimpulannya adalah harus bahkan Sunnat bagi saya tidak pernah peduli dengan tohmahan yang dilemparkan ke atas mereka yang sering menziarahi maqam sebagai Penyembah Kubur atau Quburiyun kerana perbahasan ini telah selesai berzaman yang dahulu wAllahua'lam.
Mu'Tah apakah kalian mengenali Bumi yang pernah mengalir darah Shuhada' ini ??bahkan terdapat Mahasiswa/Wi yang tidak pernah mengenali hakikat dan kemulian bumi Mu'Tah ini.
Mu'Tah Bumi Shuhada'
Peperangan ini telah berlaku pada bulan Jamadil Awwal tahun ke-8 hijrah 629 masihi di kawasan Balqa' atau dikenali sebagai Karak.Peperangan ini merupakan peperangan pertama di luar kawasan Makkah & Madinah.Tanah Mu'Tah telah menyaksikan peperangan hebat antara 3000 umat Islam dan 100,000 orang Kristian yang dibantu dengan 100,000 tambahan daripada bangsa arab Ghassan yang menyebabkan kekuatan musuh seramai 200,000 ribu yang dilengkapi dengan pasukan kuda yang bersenjata dan memanah berbanding dengan kekuatan umat Islam yang hanya 10 % sahaja yang dilengkapi dengan senjata walaupun demikian 3000 umat Islam ini dilengkapi dengan keimanan yang begitu kukuh sehingga menyebabkan mereka menurut perintah baginda Nabi S.A.W.Peperangan ini berlaku apabila berita mengenai kematian utusan baginda kepada Raja Busyra untuk seruam keimanan Al-Harith Umair Al Azdli yang telah dibunuh oleh Syurhabil ibn Amru Al Ghassani (berbangsa arab Ghassan) dan pembunuhan ini menyebabkan kemarahan baginda Nabi S.A.W maka tercetuslah peperangan ini.
Perangan ini berlanjutan bukan hanya sehari sahaja bermula dengan tentera di bawah kepimpinan Saidina Zaid bin Haritha seterusnya panji ditukar ke tangan Saidina Ja'far bin abi Talib dan diganti oleh saidina Abdullah bin Rawahah dan terakhir di bawah kepimpinan Khalid Bin al Walid setelah shahidnya Abdullah bin Rawahah seorang panglima perang yang mashur dengan strategi Perang akhirnya telah berjaya mengalahkan tentera musuh seramai 200,000 ribu dengan strategi yang hebat dengan menggerakkan pasukan sayap kanan ke arah kiri dan sebaliknya perkara ini menyebabkan kekeliruan di pihak musuh dengan menyangkakan pertambahan bilangan tentera daripada madinah yang di utuskan oleh nabi sehingga selepas 7 hari musuh seramai itu lari meninggalkan medan peperangan.Di riwayatkan hampir 6 bilah pedang milik Saidina Khalid patah melainkan sebilah pedang yang dibuat di Yaman..=) Hebat bukan strategi beliau khalid Al Walid !!!
Dengan kekuatan zahir yang kecil dan sedikit akhirnya kemenangan milik ISLAM,perjuangan mereka IKHLAS,TELUS ini antara faktor kemenangan milik ISLAM,bagaimana pejuang agama kini ?? renungkan !! peperangan ini elah mengorbankan seramai 12 orang sahabat Zaid bin Haritha,Jaafar bin abi Talib,Abdullah bin Rawahah,Jaabir bin Abi So'so'ah,al Haris bin Nu'ma bin Aasaf,Suraqah bin Umar bin atayyah,'aamir bin Sa'ad al Haris,Aabad bin qis,'amru bin sa'ad,Abu Kholib bin So'so'ah,Masu'd bin al asud,wahhab bin Sa'ad kesemua ini Shuhada' yang telah dijanjikan syurga oleh Allah.
"antara ganjaran yang dianugerahkan ke atas para shuhada' " Bagi orang yang mati Shahid ada 6 keistimewaan :

- di ampuni dosanya sejak mulai darah pertama meluncur keluar dari jasadnya
- dipersembahkan tempatnya di dalam syurga
- terlepas daripada azab kubur
- terjamin keamanannya
- dikahwinkan dengan bidadari syurga
- diperkenankan untuk memberi syafaat kepada ahli kerabatnya seramai 70 orang
TUAN RUMAH MU'TAH
- Saidina Zaid bin Haritha
- Saidina Jaafar bin Abi Talib
- Saidina Abdullah bin Rawahah
"‘Wahai diriku, jika engkau tidak terbunuh, engkau tetap akan mati
Inilah kawalan kematian telah mengenaimuApa yang engkau dambakan telah diberikan kepadamu
Jika engkau mengerjakan perbuatan dua orang, engkau mendapat petunjuk’.
beliau shahid di bumi Mu'tah ini dan dimaqamkan di Mazar.Syair beliau sering membakar semangat para sahabat amat dirindui oleh ramai sahabat setelah kesyahidan beliau di medan ini.
maqam saidina Jaafar bin abi Tolib attoyyar
maqam saidina Abdullah bin Rawahah yg di ukir dengan syair beliau
Saidina Zaid bin Haritha anak angkat baginda Nabi Muhammad
Penulis bersama dengan Sheikh Aun al qudumi & Habib Ahmad el Habsyi
di Maqam Saidina Abdullah
di Maqam Saidina Abdullah
No comments:
Post a Comment