2012 bakal tiba...arghhhhh kiamat hampir tiba hehehhehe ini kesan terpengaruh dengan cerita 2012 yang menjangkakan kiamat bakal berlaku pada 2012 dan saya tidak ingin mengulas panjang mengenai perkara ini yang hanya mampu saya sebutkan apakah persediaan anda dan saya untuk menghadapi kiamat .Adakah cukup bekalan amal kita untuk dihadapkan kepada Allah ?? atau masih tercari-cari indentiti sebenar seorang Islam?? jom muhasabah bersama =) ok ....2011 kian berlalu lagi beberapa hari sahaja tirainya akan dilabuhkan,pelbagai peristiwa yang saya dan anda lalui sama ada suka mahupun duka segalanya akan menjadi kenangan dan yang paling penting adalah pengalaman serta peristiwa yang berlaku haruslah menjadi pengajaran kepada diri kita..
..2011 STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) matlamat utama saya selepas mendapat keputusan SPM adalah untuk meneruskan pembelanjaran saya di Bumi Tarbiah Maahad Ahmadi bahkan saya antara golongan yang tidak mengisi borang PERMOHONAN UNIVERSITI kerana nekad saya semenjak saya menjejakkan kaki di Bumi Maahad Ahmadi pada 16 Januari 2006 adalah STAM tetapi perancangan Allah lebih baik apabila saya di cadangkan oleh Al Marhumah Ustazah Khairah bt Hariz untuk memohon menyambung pelajaran ke luar negara (JORDAN) dan syukur alhamdulillah permohonan saya untuk ke luar negara telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan walaubagaimanapun kenangan di STAM tetap tidak akan dilupakan bermula dengan hari pendaftaran yang penuh dengan gelak-tawanya seterusnya persedian untuk menghadapi IMTIHAN QABUL (peperiksaan kelayakan untuk mengambil stam selama setahun),aktiviti memancingnya,mandi sungai dan berbagai lagi sehinggalah saat saya meninggalkan Bumi Tarbiah tersebut dan pada saat itu titisan demi titisan membasahi wajah saya kerana disitulah saya belajar mengenai erti kehidupan,erti persahabatan dan disitu juga saya mengenal erti berteman...Terima Kasih sahabat-sahabiah semua...
aduish entry kali ini macam nak mengimbau kenangan yang lalu pula !ya ingin saya mengimbau semula kerana kenangan-kenangan itu masih segar di ingatan dan sering di
refresh kan agar kehidupan itu sentiasa manis tetapi saya tidak mempunyai kesempatan waktu yang panjang untuk berkongsi pada entry kali ini kerana kesibukkan mengulangkaji untuk menghadapi IMTIHAN NIHAIE (peperiksaan akhir semesta) yang bakal dihadapi lagi beberapa hari (mohon doa kalian)..2012 bakal tiba ! sering kali persoalan yang timbul azam tahun baru apa ?? berjayakah azam tahun lalu??? maka ayuh kita bermuhasabah diri kerana tiada siapa yang mampu mengubah diri kita melainkan diri kita...Ayuh Bermuhasabah..
Saya mendoakan sahabat dan sahabiah agar dipermudahkan segala urusan dan buat teman saya mudah-mudah Allah memberi kekuatan kepada diri kamu untuk menghadapi rintangan dan cabaran yang pasti menerjang.....Selamat Menyambut Tahun Baru,Salam Suksess dan Salam Ukhwah....senyum selalu =)
STAM : release tension selepas kelas (masa peralihan)
memancing di sungai asahan
hehehhe jalan-jalan di waktu petang
gotong-royong di rumah mama Husna (teacher yg suksess)
bumi tarbiah yang banyak membentuk diri
teman2 bercerita
berjogging di waktu pagi
saat bersama kalian pasti sentiasa segar diingatan
riadhah aktiviti pengerat ukhwah (lepas kena paksa baru turun padang heheh)
persiapan sebelum mandi sungai Maahad Stam
zaman kanak2 hehheheh comeeeeyyyy je
haaa inilah antara guru,bapa yang banyak membentuk diriku terima kasih ustaz Taufik
p/s : mohon maaf lah gambar-gambar yang tiada dalam entry kali ini (muaz/fadzli kita jumpa di entry seterusnya ye) hehhehe kekangan masa dan kelembapan internet....
No comments:
Post a Comment