Thursday, November 3, 2011

IRINGAN DOA BERSAMAMU

Bismillahirahmanirahim....salam sayang dan salam perantauan dari TETAMU DATARAN SHAM...
 Jam 4.00 (jordan) Isnin,31 oktober 2011, saya mendapat berita daripada teman saya mengenai pemergian seorang insan yang banyak berjasa pada diri saya sehingga ke hari ini saya telah menjadi TETAMU DATARRAN SHAM dan saya merasakan tanpa perngobanan beliau dalam mendidik dan mentarbiah diri saya kemungkinan besar penguasaan Bahasa Arab tidaklah seperti hari ini dan apatah lagi untuk menjadi TETAMU DATARAN SHAM mungkin hanya satu mimpi yang sukar untuk dicapai.Beliau yang saya yang maksudkan adalah USTAZAH KHAIRAH BINTI HARIZ,beliau merupakan guru bahkan seperti seorang ibu yang bersabar melayan karenah anak-anak didik beliau,didalam ketegasan ada kelembutan inilah guru yang banyak membantu saya didalam memotivasikan diri bahkan tawaran untuk menjadi TETAMU DATARAN SHAM juga atas galakkan beliau.Teringat pesanan beliau pada pertemuan terakhir sebelum saya ke DATARAN SHAM "tazah dulu macam kamu je tazah bukan pandai Bahasa Arab tapi tazah tak malu,bahasa ni kalau kamu malu habis lah, kamu tak kan pandai fushah arab,kalu kamu kena gelak ngan orang Arab kamu sabar je diorang tu sume HANTU'...satu lagi kamu jangan malas bangun tahajud bangun je 2 rakaat pon tak pe,kamu ingat pesan tazah tau,tahun depan tazah pencen dah jadi kamu balik Malaysia nanti kamu datang umah tazah kat Kelantan nanti tazah bawak kamu jalan-jalan,Ummi tazah suka budak-budak kecik,tazah SAYANG kamu,belajar rajin-rajin ye"inilah kalam yang terakhir antara saya dan beliau.Saya tidak menafikan guru-guru lain turut serta dalam memotivasikan diri saya bahkan mereka semua berjasa pada diri saya.TERIMA KASIH GURU-GURUKU...

senyuman manis yang diukir oleh beliau mengimabau 1001 kenangan bersama Beliau

jangan nak jadi hantu ye

bersama rakan seperjuangan

gigih mendidik anak2 ibu pertiwi

bersama rakan2 guru PROFESIONAL

guru2 berkaliber

beliau pendidik "Luar Biasa"
beliau bersama guru2 lain dalam menaikan nama MAAHAD AHMaDI

anak2 murid beliau kebanyakkan menjadi hebat dan sheikh Muhammad Fuad juga pernah dididik oleh Beliau.
liqa wida' dan nasihat terakhir beliau 

tidak pernah mengenal erti penat dalam mendidik

bukan sekadar pendidik bahkan seorang ibu yang berjiwa besar

 pada saat saya menulis entry ini sebak didada tidak mampu ditahan maka jatuh sebutir demi sebutir air mataku...mudah-mudahan Beliau ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh,tiada apa yang dibawa oleh anak-anak Adam ketika akhir hayatnya kecuali tiga perkara antaranya ialah ilmu-ilmu yang bermanfaat.Saya mohon pada sahabat-sahabat yang membaca entry kali ini menghadiahkan beliau bacaan surah Al Fatihah....Engkau Pendidik Kami....~Al Fatehah~



Wednesday, October 12, 2011

cerita aku..

           Pejam celik Pejam celik hari ini (12/10) telah genap sebulan saya menjadi tetamu dataran SHAM,teringat zaman di Maahad Ahmadi bilamana pengumuman yang memberitahu para pelajar pada bulan ini anda tidak dibenarkan BALIK ke kampung maka pada saat itu kedengaran keluhan para pelajar dan ada yang mula merancang apakah alasan untuk memastikan diri mereka mendapat kebenaran pulang ke rumah dan antara pelajar yang cuba mencari alasan untuk pulang adalah saya....Assalamualaikum kepada sahabat sekelian hmm tadi cerita 3,4 tahun yang lepas tapi sekarang telah genap sebulan saya masih berada di Mu'tah dan satu perkara yang mustahil untuk saya pulang ke rumah dalam jangka masa selama tiga hari hehehhe.kalau ikutkan diri sekiranya dapat balik dalam jangka masa 15minit pun sudah memadai heheheh...ini memang salah satu dugaan bila berada di timur tengah.Kadang-kadang ada juga saya menghitung hari untuk pulang ke Malaysia dan selepas dihitung saya hanya ada 35 bulan sahaja untuk menjadi salah seorang lepasan Mahasiswa  dengan Sijil Ijazah Sarjana Muda Takhasus Usuluddin Universiti Mu'tah inshAllah mudah-mudahan...Apa 35 bulan lagi ????? lama lagi tu !! bisik hati ketika saat saya menghitung hari tetapi inilah yang dinamakan perjuangan yang terpaksa ditempuhi untuk mencapai satu kemanisan pada satu ketika nanti,manakan mungkin kita memperolehi kesenangan tanpa melalui kesusahan sebagaimana yang telah dirakamkan oleh Allah Taala di dalam surah Al Syarh ayat 5 dan 6 "sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan, dan sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan" maka percaya dan yakinlah sesungguhnya janji Allah itu pasti.Pada hari ini juga teman saya yang sering memberi semangat pada saya terutamanya sebelum permergian saya ke bumi Jordan (sape ea ??? biarlah rahsia hehehhe) dan para sahabat yang masih di bumi Tarbiah Maahad Ahmadi sedang berjuang di dalam Peperikasaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) moga kita diberikan kejayaan oleh Allah dengan kejayaan yang hakiki bukan sekadar kejayaan diatas kertas mudah-mudahan inshAllah.Jadi entry kali ini saya tidak berniat membicara panjang kerana kerinduan yang teramat sangat kat Malaysia huhuhhuhu...Salam Perantaun khas buat kalian...
universiti Mu'tah medan Ilmu

di Sini ku Bermula....
bumi tarbiah yang banyak membentuk diriku

Saturday, October 8, 2011

Salam SUKSESS

The Sky is The LIMIT.....salam sayang dan salam suksess buat semua...

Teringat saya mengenai sebuah pepatah Inggeris THE SKY IS THE LIMIT,tetapkan matlamat setinggi langit semua manusia mempunyai matlamat seorang pelajar ingin berjaya dengan cemerlang didalam pembelajaran,seorang pegawai ingin kenaikan pangkat,seorang bapa ingin sebuah keluarga yang bahagia dan berbagai lagi matlamat yang tidak mampu diungkap dan dibicarakan satu persatu  bahkan penciptaan manusia juga mempunyai matlamat yang tersendiri sebagaiamana yang telah dirakamkan di dalam Al Quran :وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون (Ad Dzariat :56) dan tidak aku(ALLAH) jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah/mengabdikan diri kepadaKU dan inilah tujuan atau matlamat penciptaan kita dan seharusnya kita berusaha untuk mencapai ke tahap HAMBA SEHAMBA-HAMBANYA..jadi entry kali ini khas untuk teman(kawan) yang teristimewa dan sahabat-sahabat seperjuangan yang  yang masih setia di bumi tarbiah MAAHAD AHMADI GEMENCHEH yang bakal menduduki peperiksaan SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) semoga kalian berjaya dan suksess didalam STAM dengan keputusan MUMTAZ SOFI akan tetapi ingatlah saya berpesan pada diri saya dan kalian "sesungguhnya kecemerlangan di dalam peperiksaan bukanlah matlamat akan tetapi kecemerlangan itu adalah penyelamat" apa guna kejayaan yang kita perolehi sekiranya kita merosakkan agama Allah,apa guna kejayaan kita jika ianya tidak disertakan dengan rasa kehambaan dan kesyukuran?Dunia telah membuktikan berapa ramai graduasi-graduasi yang berjaya dengan cemerlang dan akhirnya dia adalah salah seorang yang merosakkan ISLAM dan menentang perjuangan ISLAM akan tetapi ingatlah pepriksaan adalah penyelamat.Mana mungkin pada era globalisasi ini suara-suara penyeru ke arah kebaikan ini ingin didengari oleh masyarakat jika mereka tidak mempunyai segulung ijazah kejayaan dan mana mungkin masyarakat hari ini menerima segala yang disampaikan oleh para DUAT tanpa sebarang bukti dan fakta yang jelas maka sekali lagi saya berpesan pada diri saya dan sahabat sekalian kejayaan pada hari ini adalah kejayaan buat ISLAM pada masa mendatang.....

Thursday, September 29, 2011

I'RAB HATI

Alhamdulillah sudah 3minggu saya menjadi Tetamu Dataran SHAM,syukur ke hadrat Allah S.W.T segalanya setakat hari ini semuanya berjalan dengan baik walaupun kekadang HOMESICK huhuhu (rahsia aw) kuliah-kuliah pon telah bermula,doktor-doktor kuliah yang sentiasa meraikan mahasiswa Asia dengan berbahasa Arab Fushah dan i semestar kali ini saya mengambil 5 madah (subjek) walaupun mahasiswa baru hanya dicadangkan hanya mengambil 4 madah sahaja  kecuali bagi mahassiswa yang telah lulus ujian penilaian tahap bahasa yang diadakan sebelum bermulanya kuliah disarankan oelh persatu mahasiswa MU"TAH untuk mengambil 5 madah,syukur saya dan sahabat negeri sembilan yang lain antara yang lulus di dalam ujian tersebut dan yang mengejutkan saya bilamana pada satu ketika saya masuk ke dewan kuliah Dirassat Nahwiah dan saya melihat mahasiswa yang bersama saya didalam dewan tersebut adalah dikalangan mahasiswa tahun 3 dan 2..perghh hati terus gemuruh,ye ke aku kelas dirassat nahwiah hari ini bicara hati kecilku,ia memang ini kelas aku tapi mampu ke aku  soal hati kecilku????..tetapi sekali telah ku melangkah tidak akan ku toleh ke belakang incAllah, apa yang berlaku terpaksa ditempuh bukan hanya duduk tersandar dan menangis Tawakkal perlu di iringi dengan Usaha ayuuuh bangun bersama dan yang mengembirakan saya ialah 5kali saya telah hadir ke kuliah dirassat nahwiah alhamdulillah segalanya baik walaupun ada dikalangan seniour yang menyebut "kau tau dirassat nahwiah nie boleh rosakan markah sem first kau nie" tapi saya bersyukur alhamdulillah ada juga di kalangan sahabat mahasiswa tahun ke-3 yang ber'disscusion' dengan saya dan kami sering menukar idea alhamdulillah segalanya daripada Allah...
   entry kali ini mengenai I'RAB HATI ok ini bukan soal homesick atau soalnya siapa atau hati ini milik siapa atau cinta 2 benua maaf bukan ye dan yang paling penting saya bukan ingin mengajar madah nahu(nahwiah) walaupun bilamana menulis saja tajuk entry kali ini saya terus teringat zaman di Maahad Ahmadi saya merupakan pelajar yang lemah dalam bab i'rab nie FAEl MARFU'.MAFUUL wajib MANSUB faham Hafizi terngiang-ngiang di telinga suara ustazah KHAIRAH BT HARIZ yang tidak letih mengajar saya bab i'rab dan amaran ustazah yang menyebabkan saya mampu  bermain dengan i'rab walau tidak sehebat yang lain ialah "kamu jangan nak jadi hantu(kalimah yang sering digunakan) ye kalau tak dapat buat ustazah nak cuuuuuubiiit kamu pastu ustazah tulis atas kertas A4 gantung kat leher saya pemalas dan tak reti i'rab jalan setiap kelas" huhuuhu siapa sanggup?? jadi pada saat itu saya mula fokos dan alhamdulillah sehingga ke JORDAN saya mampu bermain dengan i'rab....eh apa cerita ini ish2 dah jauh menyimpang dah ni..jom kita bicara mengenai I'RAB HATI....
      Sebagaimana yang disebut didalam kitab MINHAJUL ABIDIN karangan HUJAHTUL ISLAM IMAM AL GHAZALI dan disyarahkan oleh TG.NURUDDIN BIN MARBU AL MAKKI  i'rab hati adalah keadaan hati seseorang hamba dan ianya terbahagi kepada 4 MARFU',MANSUB,MAJRUR/HAFDU dan MAUQUF.....sekali lagi saya pesan ini bukan subjek nahu yang anda belajar di sekolah hehhehe..
        MARFU' adalah ketikamana pada saat hati seorang hamba naik tinggi kehadrat Allah Taala dan perkara ini berlaku apabila seorang hamba tidak lekang membasahi lidahnya dengan berzikir,bertasbih berselawat dan bermunajat.Hal ini akan menyebabkan hati terus-menerus naik dan pengharapannya kepada Allah kian tinggi dan alamatnya hamba yang sedang berada didalam keadaan MARFU adalah ???dhommah sekali lagi saya ingat kan kita bukan sedang belajar madah nahu ye ok..alamatnya ialah aktiviti seharian kita selaras dengan kehendak Allah dan sunnah baginda nabi samaada percakapan,perbuatan,fikiran,langkah dan hatinya.Seterusnya apa yang disuruh oleh Allah dilakukan dengan bersungguh dan apa yang disaran oleh nabi  ianya dilakukan dan apa yang dicegah dan dilarang ia turut meninggalkanya dan hambanya juga sentiasa rindu akan Allah Taala dan Nabinya Muhammad S.A.W serta sering merindui kematian.ADAKAH KITA GOLONGAN MARFU'??????
       MANSUB adalah hati yang sentiasa tetap pada Allah dan sangat jarang ianya berpaling daripada Allah dan amalannya sentiasa didalam keadaan sekata seakan-akan ianya sedang diprogramkan.Alamat-alamat telah sampai di martabat ini ialah,hambanya sering Tawakkal pada Allah,jujur dan yakin dengan segala yang berlaku.ATAU KITA DIMARTABAT INI......manakala i'rab yang ketiga adalah MAJRUR/HAFDU ialah hati hamba yang sering turun dan jauh daripada Allah Taala ATAU KITA  DIMARTABAT INI mohon dijauhkan amin JOM KITA NILAI MELALUI ALAMATNYA dan alamatnya ialah hamba yang sering ujub,riak dan sering memperhatikan dunia dan leka dengan urusan dunia bahkan hambanya HEBAT didalam urusan dunia bekerja dari awal pagi hingga ke tengah malam tetapi bila ditikar sejadah hanya mencecahkan punggung hanya 5minit...adakah berbaloi 24 jam yang diberikan dengan 25minit(5kali waktu solat fardhu) sahaja kita peruntukan untuk urusan akhirat...renung-renungkan
      I'rab yang terakhir adalah MAUQUF hati yang telah tertutup dan jauh daripada hidayah Allah,alamatnya ialah hamba Allah yang mengabdikan diri untuk dunia dan mereka ini tidak daapat merasai kenikmatan dalam ibadah dan juga mereka merasakan soalt fardhu,puasa hanya satu bebanan yang meletihkan lantas mereka tidak menunaikan perintah-perintah Allah.MUDAH-MUDAHAN TIADA DIKALANGAN KITA DIMARTABAT INI......
wAllhua'lam.
bersama ustazah khairah binti hariz...sayaaaang ustazah

pokok nahu dalam bab i'rab....pandai menbaja besar lah pokok ea

                          MARFU bil dhommah MANSUB bil fatha MAJRUR bil kasrah

                     buku-buku rujukan nahu yang saya miliki....jom bermain dengan i'rab
       

Tuesday, September 20, 2011

1PESANAN 1MAHASISWA/WI

salamualaikum...salam perantauan hehehe semenjak bergelar mahasiswa  Jordan ni rasa nya saya ingin memulakan penulisan walaupun rasanya sudah lama tidak menulis di penulisan maya ni memandangkan sementara fasal awal (sem 1)baru bermula dan belum ditaklifkan dengan mana urusan yang berat lebih baik saya merasakan saya mula menulis di dalam blog yang dah hampir bersarang dek kerana lama tidak ber'update'  selaku mahasiswa MU TAH JORDAN yang tiada beribu dan berbapa disamping diri ini huhuhuhu (ea ape pulak nak touching nie ish2 )....ok terus pada perkongsian
Dr.Yusuf Al Qardawi ada memesan kepada mahasiswa Timur Tengah bahkan pesanan ini bersesuaian kepada semua MAHASISWA/wi MUSLIM.Pesanan ini dikenali dengan 3'JIM' ea macam Jemaah Ikatan Muslim,ok perkongsian kali ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana jemaah atau parti politik atau mana-mana persatuan.

  • JIM yang pertama JAMIAH (جامعة/universiti ) ialah nama pun mahasiswa/wi mustahillah ingin berbicara mengenai tadika,tabika,taska ataupunsekolah rendah sob sob sebenarnya kita harus sedar kita adalah MAHSISWA/WI dan seharusnya tindak tanduk kita berlandskan atau bercirikan seorang MAHSISWA/WI...pesanan ini membawa maksud jangan sesekali kita tidak hadir ke kuliah di universiti tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah.
  • JIM yang kedua JAMI' (جامع/MASJID) inilah tips pertama untuk berjaya bahkan ini lah kunci kepada segala kejayaan,mengapa saya  mengatakan begitu ??? di dalam kitab HADITH 40 AN NAWAWI baginda Nabi telah bersabda "Peliharalah Allah nescaya Engkau akan dipelihara olehnya" dan Ulama telah mensyarahkannya maskdud Peliharalah engkau akan Allah adalah memelihara segala arahan dan larangan Allah S.W.T.Oleh itu pastikan setiap Mahasiswa/wi menunaikan solat 5waktu secara berjemaah di masjid atau surau.
  • JIM yang ketiga adalah JAMM IAH (جمعية/PERSATUAN) mengapa disebut Berpersatuan ???? Hari ini ramai kalangan Mahasiswa/wi yang telah membawa segulung ijazah tetapi yang menjadi satu kekesalan mereka tidak mampu menyumbangkan apa-apa kepada Masyarakat bahkan ada daripada kalangan mereka yang hanya duduk dirumah dan menunggu panggilan bekerja (mudah2an dijauhkan diri kita daripada perkara ini) tujuan kita dinasihatkan berpersatuan selain daripada menimba pengalaman,mampu untuk mentadbir dan berorganisasi selain itu juga perkara yang paling penting bilamana kita berpersatuan kita mampu untuk bermuamalah/bermasyarakat dengan lebih baik mustahil yang amat sangat bila mana kita berpersatuan kita hanya bekerja bersendirian mustahil,mustahil bila disebut sahaja PERSATUAN ianya akan melibatkan berbagai pihak dan akan mewujudkan interakasi dua hala dan inilah perkara yang amat penting yang sepatutnya dikuasai oleh setiap Mahasiswa/wi.
akhirnya sebelum menutup perkongsian ini,saya ingin berkongsi beberapa gambar saya di jordan : 
                     di airport sebelum sesi perpisahan (menangis) huhuh

                  syukran pada sahabat2 yang sudi bersama di airport
                 barisan muslimat yang turut serta....macam tetamu undangan pulak
  hari pertama di mu'tah jordan ziarah maqam shuhada' di perang Mu'tah
                                    (moga ada keberkatan)
 Doktor nie amik darah tanpa senyuman...ea adeq salah tempat cucuk nie huhuhu
                                          (selepas alihbahasa)

Tuesday, August 23, 2011

Ilmu dan kelebihannya

Bisillahirahamnirahim....lama dah sudah al faqir tidak berbicara,otak pon hampir buntu bilamana ingin memulakan penulisan...huhuhuhu (akibat tidak menulis)...erm sebelum al faqir memulakan bicara al faqir ingin berkongsi berita gembira alhamdulillah permohonan untuk melanajutkan pelajaran ke JORDAN akhirnya diperkenankan oleh Rabbul Jalil dan incallah sebagaimana yang dirancang oleh MAINS al faqir akan berangkat ke JORDAN pada 11 september 2011 jadi dikesempatan ini  al faqir mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika diri yang kerdil ini adalah melakukan kesilapan dan mohon doa dari teman untuk mendoakan al faqir di permudahkan urusan...ameen..cukup setakat ni..

erm rasa nye kalai nie al faqir ingin berkongsi sedikit mengenai kepentingan ilmu..mungkih hari ini ramai mampu mengatakan ilmu itu wajib dituntut tapi sejauh mana kita memahami erti WAJIB tu dan apakah kaitannya dengan amal...jom renung dan ISLAh bersama.......

sebuah syair menyebut :
  Orang alim yang tidak beramal dengan Ilmu,
diazab sebelum penyembah berhala,
  Kerana semua orang yang beramal tanpa ilmu,
Amalannya ditolak tidak diterima..

Ilmu adalah kembar kepada amal dan ianya tidak dapat dipisahkan walaubagaimana cara sekali pun,seseorang yang menginginkan reda dari tuhan nya perlu lah ia menutut ilmu dan beramal diatas landasan ilmu dan inilah perkara sebenar yang sepatutnya difahai oleh seluruh penuntut ilmu.Beramal tanpa Ilmu adalah satu perkara yang sia-sia.(baru muqadimmah heheheh)

Kelebihan Menuntut Ilmu


Hadis 1 : Daripada Abu Darda beliau berkata,aku mendengar Rasulullah bersabda : Barangsiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga.sesungguhnya para malaikat melabuhkan sayap-sayapnya kepada penuntut ilmu dan redha dengan apa yang mereka lakukan.sesungguhnya apa yang ada dilangit dan dibui sehinggakan ikan-ikan di air beristghifar memohon keampunan untuk mereka,kelebihan orang berilmu berbanding orang abid adalah sepertikelebihan bulan berbanding seluruh bintang.sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi dan para nabi tidak mewariskan dirham dan dinar akan tetapi mewariskan ilmu.sesiapa yang mengambilnya sesungguhnya dia mengambil keuntungan yang banyak...

Hadis 2 : Daripada Uthman daripada nabi S.A.W baginda bersabda :Diberi keizinan kepada tiga golongan untuk meberi syafaat Anbiya',ULAMA' dan syuhada'.

Hadis 3 : barangsiapa yang belajar satu bab daripada Ilmu dan ingin mengajar kepada manusia aka pahalanya umpama 70 orang golongan siddiqqin..

al faqir merasakan cukup sekadar 3buah hadith memadang masa yang amat mencemburui al faqir dan pada hakikatnya allah taala telah mengangkat darjat-darjat orang yang berilmu..walau diberi beribu-ribu dalil dan hati tetap  menafikannya maka ianya merupakan perkara yang sia-sia berbanding dengan golongan yang hatinya yakin dan percaya cukup sekadar satu hadis mampu menyedarkanya....

                 Bersama Imam 3 masjid Al Azhar (sheikh Ashraf al hasanain)

          selepas bertalaqi surah al Fatihah daripada Sheikh Abdun Nabi (Shubro)

Monday, June 6, 2011

Ihya Ulumudin:satu perkongsian

urm lama sungguh x berupdate huhuhu...semakin hari usia semakin bertambah, semakin hari taklifan demi taklifan  tapi itulah tujuan kita hidup menjadikan segala taklifan sebagai ibadah..tidak aku jadikan jin dan manusi melainakan untuk beribadah kepadaKu : mengabdikan diri dan menyerahkan segala-gala urusan kepada Allah...hampir tiga minggu saya bergelar ex_ahmadian baru terasa pelbagai nikmat yang ada di bumi Maahad tiada di tempat lain,bukan lah kalam ini satu penyesalan  akan tetapi kalam peringatan untuk mereka yang masih di bumi Maahad atau mana-mana intitusi manfaatkan lah peluang dengan sepenuhnya sebelum terlambat..urm mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya menjadi ex_ahmadian  alhamdulillah saya permohonan saya telah diterima untuk menyambungkan pelajaran saya bidang USULLUDIN di bumi JORDAN  dan saya mohon doa kalian agar dimudahkan urusan di Malaysia dan Di Jordan.....kita teruskan bicara fikrah ini, hari ini manusia atau golongan awam  sering digembar-gemburkan  oleh golongan yang kononnya ingin menjadi hero dikala manusia lalai dan kononnya mereka ini golongan yang mempertegakkan Al Quran dan As Sunnah mengenai kelemahan-kelemahan dan kecacatan sesetengah kitab seperti kitab-kitab Turath/kuning,kitab barzanji,fadhail a'mal karangan muhadith maulana Zakariya Khalandawi bahkan ada yang lebih hebat lagi mereka mengencam dan menghina-hina Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al Gahazali ia saya mengakui dan ribuan ulama ahli sunnah wal jamaah mengakui Imam Gahzali bukanlah nabi dan bukan lah maksum bahkan perkara ini telah dinakal oleh At Tobaran  di dal Al Ausot "Tidak seorang pun dari kalangan kalian melainkan akan diambil kata-katanya dan ditinggalkan ,kecuali kalam Rasulullah"....Ihya ulumuddin merupakan karya terbesar Imam Ghazali dinamakan Ihya Ulumudin kerana pada saat itu ilmu-ilmu Islam dikambus oleh ilmu lain terutamanya ilmu kalam/mantiq adatu Ilmu Falsafah maka pada saat kekaluatan ini Imam Ghazali bangkit bersama kitab ihya' nya.Ini merupakan sumbangan terbesar Hujahtul Islam ini dan mengapa hari ini golongan extrim ini berprasangka buruk dengan Ihya Ulumudin dan Sohib Kitab Imam Ghazali bahkan mereka meracuni fikrah-fikrah golongan awam untuk bersama-sama menafikan kehebatan Ihya' Ulumudin....Adakah ini golongan Yang sebenarnya membawa Al Quran dan As Suunah didalam kehidupan mereka?????Ihya Ulumudin di akui oleh ramai uLma' mengenai kehebatannya antara komentar terhadap Ihya' Ulumudin "sesiapa yang tidak menyukai kitab-kitab Imam Ghazali maka dia bukan daripada kalangan anak-ana akhirat tetapi mereka  golongan yang cintakan dunia"(faqih muhammad ibn 'Aidid) "Sekiranya orang-orang yang telah mati di bangkitkan semula nescaya mereka akan menasihatkan orang-orang yang hidup untuk membaca kitab Ihya'" (syeikh Abdullah ibn Abu bakar) ini antara komentar mengenai kitab Ihya Ulumudin....Seandainya benar terdapat kesalahan di dalam kitab ihya ulumudin tetapi adakah adil jika kitab ini diaraha untuk di bakar atau di hapuskan bahkan lebih zalim lagi Imam Ghazali di hina dan dikeji...adakah layak anda mengelar diri anda pembela Al Quran dan As Sunnah?? Berkemungkinan salah faham terhadap isi kandungan kitab hal ini kerana bahasa atau  ayat-ayat yang di gunakan memerlukan pentakwilan yang cukup mendalam maka golongan yang menuntut ilmu bukan melalui sistem talaqqi tidak akan memahami isi kandungannya lantas membuat tohmahan-tohmahan keji terhadap Ihya; Ulumudin melainkan mereka golongan yang diberi futuh dan tidak memerlukan sistem talaqqi...ini membuktikan betapa pentingnya sistem talaqqi...layakah kita menghina karya yang mulia ini sedangkan hari ini untuk kita menulis sepuluh muka surat mengenai ilmu agama kita tidak mampu ...siapakah kita.....Jom Berfikrah