entry kali ini mengenai I'RAB HATI ok ini bukan soal homesick atau soalnya siapa atau hati ini milik siapa atau cinta 2 benua maaf bukan ye dan yang paling penting saya bukan ingin mengajar madah nahu(nahwiah) walaupun bilamana menulis saja tajuk entry kali ini saya terus teringat zaman di Maahad Ahmadi saya merupakan pelajar yang lemah dalam bab i'rab nie FAEl MARFU'.MAFUUL wajib MANSUB faham Hafizi terngiang-ngiang di telinga suara ustazah KHAIRAH BT HARIZ yang tidak letih mengajar saya bab i'rab dan amaran ustazah yang menyebabkan saya mampu bermain dengan i'rab walau tidak sehebat yang lain ialah "kamu jangan nak jadi hantu(kalimah yang sering digunakan) ye kalau tak dapat buat ustazah nak cuuuuuubiiit kamu pastu ustazah tulis atas kertas A4 gantung kat leher saya pemalas dan tak reti i'rab jalan setiap kelas" huhuuhu siapa sanggup?? jadi pada saat itu saya mula fokos dan alhamdulillah sehingga ke JORDAN saya mampu bermain dengan i'rab....eh apa cerita ini ish2 dah jauh menyimpang dah ni..jom kita bicara mengenai I'RAB HATI....
Sebagaimana yang disebut didalam kitab MINHAJUL ABIDIN karangan HUJAHTUL ISLAM IMAM AL GHAZALI dan disyarahkan oleh TG.NURUDDIN BIN MARBU AL MAKKI i'rab hati adalah keadaan hati seseorang hamba dan ianya terbahagi kepada 4 MARFU',MANSUB,MAJRUR/HAFDU dan MAUQUF.....sekali lagi saya pesan ini bukan subjek nahu yang anda belajar di sekolah hehhehe..
MARFU' adalah ketikamana pada saat hati seorang hamba naik tinggi kehadrat Allah Taala dan perkara ini berlaku apabila seorang hamba tidak lekang membasahi lidahnya dengan berzikir,bertasbih berselawat dan bermunajat.Hal ini akan menyebabkan hati terus-menerus naik dan pengharapannya kepada Allah kian tinggi dan alamatnya hamba yang sedang berada didalam keadaan MARFU adalah ???dhommah sekali lagi saya ingat kan kita bukan sedang belajar madah nahu ye ok..alamatnya ialah aktiviti seharian kita selaras dengan kehendak Allah dan sunnah baginda nabi samaada percakapan,perbuatan,fikiran,langkah dan hatinya.Seterusnya apa yang disuruh oleh Allah dilakukan dengan bersungguh dan apa yang disaran oleh nabi ianya dilakukan dan apa yang dicegah dan dilarang ia turut meninggalkanya dan hambanya juga sentiasa rindu akan Allah Taala dan Nabinya Muhammad S.A.W serta sering merindui kematian.ADAKAH KITA GOLONGAN MARFU'??????
MANSUB adalah hati yang sentiasa tetap pada Allah dan sangat jarang ianya berpaling daripada Allah dan amalannya sentiasa didalam keadaan sekata seakan-akan ianya sedang diprogramkan.Alamat-alamat telah sampai di martabat ini ialah,hambanya sering Tawakkal pada Allah,jujur dan yakin dengan segala yang berlaku.ATAU KITA DIMARTABAT INI......manakala i'rab yang ketiga adalah MAJRUR/HAFDU ialah hati hamba yang sering turun dan jauh daripada Allah Taala ATAU KITA DIMARTABAT INI mohon dijauhkan amin JOM KITA NILAI MELALUI ALAMATNYA dan alamatnya ialah hamba yang sering ujub,riak dan sering memperhatikan dunia dan leka dengan urusan dunia bahkan hambanya HEBAT didalam urusan dunia bekerja dari awal pagi hingga ke tengah malam tetapi bila ditikar sejadah hanya mencecahkan punggung hanya 5minit...adakah berbaloi 24 jam yang diberikan dengan 25minit(5kali waktu solat fardhu) sahaja kita peruntukan untuk urusan akhirat...renung-renungkan
I'rab yang terakhir adalah MAUQUF hati yang telah tertutup dan jauh daripada hidayah Allah,alamatnya ialah hamba Allah yang mengabdikan diri untuk dunia dan mereka ini tidak daapat merasai kenikmatan dalam ibadah dan juga mereka merasakan soalt fardhu,puasa hanya satu bebanan yang meletihkan lantas mereka tidak menunaikan perintah-perintah Allah.MUDAH-MUDAHAN TIADA DIKALANGAN KITA DIMARTABAT INI......
wAllhua'lam.
bersama ustazah khairah binti hariz...sayaaaang ustazah
pokok nahu dalam bab i'rab....pandai menbaja besar lah pokok ea
MARFU bil dhommah MANSUB bil fatha MAJRUR bil kasrah
buku-buku rujukan nahu yang saya miliki....jom bermain dengan i'rab
No comments:
Post a Comment