Bisillahirahamnirahim....lama dah sudah al faqir tidak berbicara,otak pon hampir buntu bilamana ingin memulakan penulisan...huhuhuhu (akibat tidak menulis)...erm sebelum al faqir memulakan bicara al faqir ingin berkongsi berita gembira alhamdulillah permohonan untuk melanajutkan pelajaran ke JORDAN akhirnya diperkenankan oleh Rabbul Jalil dan incallah sebagaimana yang dirancang oleh MAINS al faqir akan berangkat ke JORDAN pada 11 september 2011 jadi dikesempatan ini al faqir mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika diri yang kerdil ini adalah melakukan kesilapan dan mohon doa dari teman untuk mendoakan al faqir di permudahkan urusan...ameen..cukup setakat ni..
erm rasa nye kalai nie al faqir ingin berkongsi sedikit mengenai kepentingan ilmu..mungkih hari ini ramai mampu mengatakan ilmu itu wajib dituntut tapi sejauh mana kita memahami erti WAJIB tu dan apakah kaitannya dengan amal...jom renung dan ISLAh bersama.......
sebuah syair menyebut :
Orang alim yang tidak beramal dengan Ilmu,
diazab sebelum penyembah berhala,
Kerana semua orang yang beramal tanpa ilmu,
Amalannya ditolak tidak diterima..
Ilmu adalah kembar kepada amal dan ianya tidak dapat dipisahkan walaubagaimana cara sekali pun,seseorang yang menginginkan reda dari tuhan nya perlu lah ia menutut ilmu dan beramal diatas landasan ilmu dan inilah perkara sebenar yang sepatutnya difahai oleh seluruh penuntut ilmu.Beramal tanpa Ilmu adalah satu perkara yang sia-sia.(baru muqadimmah heheheh)
Kelebihan Menuntut Ilmu
Hadis 1 : Daripada Abu Darda beliau berkata,aku mendengar Rasulullah bersabda : Barangsiapa yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah mempermudahkan baginya satu jalan ke syurga.sesungguhnya para malaikat melabuhkan sayap-sayapnya kepada penuntut ilmu dan redha dengan apa yang mereka lakukan.sesungguhnya apa yang ada dilangit dan dibui sehinggakan ikan-ikan di air beristghifar memohon keampunan untuk mereka,kelebihan orang berilmu berbanding orang abid adalah sepertikelebihan bulan berbanding seluruh bintang.sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi dan para nabi tidak mewariskan dirham dan dinar akan tetapi mewariskan ilmu.sesiapa yang mengambilnya sesungguhnya dia mengambil keuntungan yang banyak...
Hadis 2 : Daripada Uthman daripada nabi S.A.W baginda bersabda :Diberi keizinan kepada tiga golongan untuk meberi syafaat Anbiya',ULAMA' dan syuhada'.
Hadis 3 : barangsiapa yang belajar satu bab daripada Ilmu dan ingin mengajar kepada manusia aka pahalanya umpama 70 orang golongan siddiqqin..
al faqir merasakan cukup sekadar 3buah hadith memadang masa yang amat mencemburui al faqir dan pada hakikatnya allah taala telah mengangkat darjat-darjat orang yang berilmu..walau diberi beribu-ribu dalil dan hati tetap menafikannya maka ianya merupakan perkara yang sia-sia berbanding dengan golongan yang hatinya yakin dan percaya cukup sekadar satu hadis mampu menyedarkanya....
Bersama Imam 3 masjid Al Azhar (sheikh Ashraf al hasanain)
selepas bertalaqi surah al Fatihah daripada Sheikh Abdun Nabi (Shubro)
No comments:
Post a Comment