Showing posts with label coretan hati. Show all posts
Showing posts with label coretan hati. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

cOretan seorang Pencinta.

Aku Mencintai Mereka (orang soleh ) tetapi Aku bukan daripada Mereka dan aku berharap Aku akan mendapat Syafaat dengan Keberkatan Mereka "kalam Hikmah Imam Syafie " semenjak sampai di Bumi Syuhada' Mu'tah sering kali saya diceritakan mengenai kehadiran Tuan Guru Sheikh kepada Para Masyaiekh,Habib Umar bin Muhammad Bin Salim bin Hafez pada bulan Jamadil Awwal bersempena mengingati Kesyahidan Saidina Jaafar,Saidina Zaid bin Haretha dan Saidina Abdullah bin Rawahah dan setiap kali iu juga saya memasang niat agar diberi kesempatan untuk bertemu dan berliqa' walaupun hanya 5 minit dengan Beliau maka Penantian disertakan dengan Pengharapan amat menyeksakan apabila tiada sebarang berita mengenai kehadiran Habib ke bumi Mu'Tah tahun ini kerana Habib  di kala berita mengenai ketidakhadiran Beliau ke Bumi Mu'Tah bermain di telinga Pengharapan tidak pernah luntur.
   Syukur ke hadrat Allah,berita mengenai kehadiran Tuan Guru ternafi apabila saya telah terjumpa Tentatif Jaulah Beliau dan akan menziarahi Bumi Mu'Tah pada 6 April 2012.Saya membatalkan segala program yang telah dirancang pada tarikh tersebut dan saya bermonolog "Habib ziarah Mazar mesti ramai xde peluang nak duk dan jumpa habib nie..Ya Allah beri kesempatan pada aku " Alhamdulillah monolog ini diperkenankan oleh Allah s.w.t..Pagi 6 April anak Beliau Sidi Salim bin Habib Umar telah menghubungi saya (beliau Sidi Salim mendapatkan nombor daripada Sheikh Aun Al Qudumi ulama' Jordan) pada jam 9,30 satu kejutan buat saya apabila yang berbicara di talian adalah beliau yang ingin bertemu dengan saya untuk memohon sedikit pertolongan seperti meminjam dapur,gas dan cerek untuk menyediakan minum dan makan tengahari Habib bersama rombongannya sebelum ketibaan Habib daripada Amman (kira-kira 2jam perjalanan untuk ke Mu'Tah) maka kesempatan itu saya gunakan,saya berkhidmat bersama dengan beberapa rakan Hanafi Khalis,Tuan Kheider,Khairy Jaafar dan Hudzaifah untuk membantu dan menjayakan Ziarah Habib di Mu'tah.
   Persiapan telah di buat di Medan Peperangan Mu'Tah dan aktiviti di situ khas buat warga Jordan dan Yaman sahaja hal ini kerana kawasan khemah yang dipasang hanya 2 buah dan santapan tengahari hanya untuk rombongan Beliau sahaja,tetapi Syukur saya dan sahabat yang berkhidmat untuk Habib di Jemput Bersama,ini peluang yang amat besar buat saya kerana saat itu tidak ramai mahasiswa daripada Malaysia,Indonesia,Philipina dan Thailand yang berada di kawasan Medan Peperangan Mu'tah dan ini menyebabkan saya berkesempatan dapat duduk berliqa' bersama dengan Habib Umar dengan lebih dekat dan mendengar kalam Tasji' dari Beliau berbanding jika di Mazar atau Malaysia menyebabkan tolak-menolak dan berebut-berebut untuk berbicara dengan Habib dan kesudahanya tiada kesempatan untuk bertemu dengan Habib tapi alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk menyambut ketibaan Habib dan tudung bersama dengan beliau tanpa sebarang kekalutan..Syukur Ya Allah di atas kesempatan yang Engkau berikan padaku. 
      Satu perkara lain yang amat manis setelah dapat berliqa' bersama Habib hampir 40 minit ialah dapat meletakkan dahi,muka yang penuh maksiat ini di atas batu-batuan yang Tapak Peperangan yang telah di bina pada tahun ke 8 hijrah yang lalu,dibawah pimpinan solat asar oleh Tuan Guru Habib Umar bin Muhammad bin Salim disertakan dengan bacaan Qunut Nazilah memohon pertolongan buat warga Syria menambahkan Zauq dan kekuatan di dalam diri kemudian saya mengikuti rombongan Habib bergerak ke Mazar (maqam Syuhada' Mu'Tah ) dan bermunaja memohon kekuatan daripada Allah sebagaimana kekuatan Iman dan Islam yang dikurniakan buat mereka Syuhada' Mu'Tah..al Fatihah...akhirnya biar gambar di bawah ini berbicara...:

ketibaan Habib Umar bin Muhammad

Busyra Lana 

Medan ini menyaksikan darah-darah syuhada'

solat asar bersama dengan Habib Umar

Ya Rabb Bantulah Syria kami...


eratkan hati-hati kami

moga memperoleh Syafaat 





moga dipertemukan semula




bersama sheikh Aun Al Qudumi =)


"MOGA MEMPEROLEHI KEKUATAN UTK TERUS MELANGKAH DI BUMI MU YA ALLAH "

Thursday, November 3, 2011

IRINGAN DOA BERSAMAMU

Bismillahirahmanirahim....salam sayang dan salam perantauan dari TETAMU DATARAN SHAM...
 Jam 4.00 (jordan) Isnin,31 oktober 2011, saya mendapat berita daripada teman saya mengenai pemergian seorang insan yang banyak berjasa pada diri saya sehingga ke hari ini saya telah menjadi TETAMU DATARRAN SHAM dan saya merasakan tanpa perngobanan beliau dalam mendidik dan mentarbiah diri saya kemungkinan besar penguasaan Bahasa Arab tidaklah seperti hari ini dan apatah lagi untuk menjadi TETAMU DATARAN SHAM mungkin hanya satu mimpi yang sukar untuk dicapai.Beliau yang saya yang maksudkan adalah USTAZAH KHAIRAH BINTI HARIZ,beliau merupakan guru bahkan seperti seorang ibu yang bersabar melayan karenah anak-anak didik beliau,didalam ketegasan ada kelembutan inilah guru yang banyak membantu saya didalam memotivasikan diri bahkan tawaran untuk menjadi TETAMU DATARAN SHAM juga atas galakkan beliau.Teringat pesanan beliau pada pertemuan terakhir sebelum saya ke DATARAN SHAM "tazah dulu macam kamu je tazah bukan pandai Bahasa Arab tapi tazah tak malu,bahasa ni kalau kamu malu habis lah, kamu tak kan pandai fushah arab,kalu kamu kena gelak ngan orang Arab kamu sabar je diorang tu sume HANTU'...satu lagi kamu jangan malas bangun tahajud bangun je 2 rakaat pon tak pe,kamu ingat pesan tazah tau,tahun depan tazah pencen dah jadi kamu balik Malaysia nanti kamu datang umah tazah kat Kelantan nanti tazah bawak kamu jalan-jalan,Ummi tazah suka budak-budak kecik,tazah SAYANG kamu,belajar rajin-rajin ye"inilah kalam yang terakhir antara saya dan beliau.Saya tidak menafikan guru-guru lain turut serta dalam memotivasikan diri saya bahkan mereka semua berjasa pada diri saya.TERIMA KASIH GURU-GURUKU...

senyuman manis yang diukir oleh beliau mengimabau 1001 kenangan bersama Beliau

jangan nak jadi hantu ye

bersama rakan seperjuangan

gigih mendidik anak2 ibu pertiwi

bersama rakan2 guru PROFESIONAL

guru2 berkaliber

beliau pendidik "Luar Biasa"
beliau bersama guru2 lain dalam menaikan nama MAAHAD AHMaDI

anak2 murid beliau kebanyakkan menjadi hebat dan sheikh Muhammad Fuad juga pernah dididik oleh Beliau.
liqa wida' dan nasihat terakhir beliau 

tidak pernah mengenal erti penat dalam mendidik

bukan sekadar pendidik bahkan seorang ibu yang berjiwa besar

 pada saat saya menulis entry ini sebak didada tidak mampu ditahan maka jatuh sebutir demi sebutir air mataku...mudah-mudahan Beliau ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh,tiada apa yang dibawa oleh anak-anak Adam ketika akhir hayatnya kecuali tiga perkara antaranya ialah ilmu-ilmu yang bermanfaat.Saya mohon pada sahabat-sahabat yang membaca entry kali ini menghadiahkan beliau bacaan surah Al Fatihah....Engkau Pendidik Kami....~Al Fatehah~



Saturday, October 8, 2011

Salam SUKSESS

The Sky is The LIMIT.....salam sayang dan salam suksess buat semua...

Teringat saya mengenai sebuah pepatah Inggeris THE SKY IS THE LIMIT,tetapkan matlamat setinggi langit semua manusia mempunyai matlamat seorang pelajar ingin berjaya dengan cemerlang didalam pembelajaran,seorang pegawai ingin kenaikan pangkat,seorang bapa ingin sebuah keluarga yang bahagia dan berbagai lagi matlamat yang tidak mampu diungkap dan dibicarakan satu persatu  bahkan penciptaan manusia juga mempunyai matlamat yang tersendiri sebagaiamana yang telah dirakamkan di dalam Al Quran :وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون (Ad Dzariat :56) dan tidak aku(ALLAH) jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah/mengabdikan diri kepadaKU dan inilah tujuan atau matlamat penciptaan kita dan seharusnya kita berusaha untuk mencapai ke tahap HAMBA SEHAMBA-HAMBANYA..jadi entry kali ini khas untuk teman(kawan) yang teristimewa dan sahabat-sahabat seperjuangan yang  yang masih setia di bumi tarbiah MAAHAD AHMADI GEMENCHEH yang bakal menduduki peperiksaan SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) semoga kalian berjaya dan suksess didalam STAM dengan keputusan MUMTAZ SOFI akan tetapi ingatlah saya berpesan pada diri saya dan kalian "sesungguhnya kecemerlangan di dalam peperiksaan bukanlah matlamat akan tetapi kecemerlangan itu adalah penyelamat" apa guna kejayaan yang kita perolehi sekiranya kita merosakkan agama Allah,apa guna kejayaan kita jika ianya tidak disertakan dengan rasa kehambaan dan kesyukuran?Dunia telah membuktikan berapa ramai graduasi-graduasi yang berjaya dengan cemerlang dan akhirnya dia adalah salah seorang yang merosakkan ISLAM dan menentang perjuangan ISLAM akan tetapi ingatlah pepriksaan adalah penyelamat.Mana mungkin pada era globalisasi ini suara-suara penyeru ke arah kebaikan ini ingin didengari oleh masyarakat jika mereka tidak mempunyai segulung ijazah kejayaan dan mana mungkin masyarakat hari ini menerima segala yang disampaikan oleh para DUAT tanpa sebarang bukti dan fakta yang jelas maka sekali lagi saya berpesan pada diri saya dan sahabat sekalian kejayaan pada hari ini adalah kejayaan buat ISLAM pada masa mendatang.....

Friday, July 30, 2010

Dakwah bukan untuk Si Lemah

                Semangat perjuangan rakyat Palestin telah dipertontonkan oleh Allah taala melalui seorang Mujahid yang amat di muliakan oleh Allah taala As Shahid as Sheikh Muhammad Yassin,tidak kurang hebatnya dengan fadhilatul Ustaz hassan Al Banna.Mujadid ini lah yang menjadi perintis kepada diriku untuk terus berada diatas medan Islah Nafsaka Wad'U ghairaka (serulah diri engkau dan juga orang di sekeliling engkau) ini antara Kalam hikmah Ustaz Hassan Al Banna yang serin bermain di bibirku.

Assalamualaikum Warahmatuallahi wabarakatuh

sudah lama blog nie x BerUpdate erm makin ari makin tua makin ari dekat je ngan SPM makin ari makin Allah uji  (mohon doa kalian semua amin),satu ketika ana duduk di tiang musolla al munawarrah Maahad Ahmadi selepas solat asar ana pon membelek sebuah kitab yang cukup hebat karangan Ustaz Said Hawa(Fi Afaka Taalim) terdetik didalam hati sanubari ku hari ini ramai yang cuba berdakwah ,hari ini ramai yang cupa bina daulah Islamiah tapi Apakah manhaj mereka dan apakah method pemikiran mereka???? fikir2kan wahai penyambut Maulid Risalah.Ingat wahai temanku Dakwah bukan untuk umat yang lemah.

       Hanya sedikit terkilan di hati mereka(ahli tariq,ahli karkun &seangkatan) yang pernah berjalan dia atas landasan bersama ana satu ketika dahulu  tanpa dengan sengaja  telah tergelincir daripada landasan yang pernah kami bina ana tidak mnerti adakah ana yang tergelincir atau mereka yang tergelincir Allahumma TSabit Aqdamana Fi Dinnika amin..nama ana yang tidak sehebat mana pun satu ketika dahulu berbeza dangan hari ini namaku dijaja seakan2 seperti di kedai yang Crocs sepasang sepuluh ringgit,berita demi berita yabg tidak benar tersebar dengan luas ia anya seakan2 mengerah diri ana untuk berhenti daripada memegang konsep Hassan Al Banna islah Nafsaka Wad'u ghairaka...bahkan ia menjadi lebih panas apabila satu Liqa' yang ana buat hanya untuk memikirkan keadilan Allah taala....Ya Allah Bantu lah Aku YA Allah

         Ana cuba menerima segala2 nya ..dengan mereka yang sentiasa berdiri di belakang ku sebagaimana perjuangan Nabi Muhammad S.A.W yang memerlukan bantuan Saidina Abu Bakr  begitu lah diri ana yang tidak sekuat dan sehebat perjuangan Saidina Musstofa dan pada saat ini DIA kian jauh dari ana orang sering membantu dan menggembirakan diri ku, kian menyepi tanpa sebarang ucapan mahu pun lontaran semangat seandainya ada hanya sekadar senyuman yang x berapa nak senyum apa-apa pun ucapan terima-kasih ana ucapkan atas segala-galanya mungkin engkau lebih berasa rungsing daripada diriku.

           Ana seakan-akan yang masih bertatih dalam menyahut seruan Ustaz Hassan Al Banna telah menghadapi beberapa sunnah dalam perjuangan bagaimana mereka yang telah mewakafkan diri mreka Untuk Islam..Ana yakin tugas dakwah bukan untuk mereka yang lemah tetapi untuk mereka yang telah bersedia dalam menerima kehampaan,ini perkara yang pasti seandainaya kalian ingin menerima kehampaa maka mula lah bertatih di Arena Dakwah...Alall kul lihall Ana tetap menyayangi kalaian dan mereka.....Ingat Dakwah Bukan Untuk Umat yang lemah....