Friday, June 15, 2012

KoreKsi DiRi =)

Bismillah....Allahumma solli ala Saiyidina Habibina Muhammad S.A.W

"Ya Rabb berkatilah kami dibulan Rejab,dibulan Syaa'ban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan..
ameen Ya Allah"
    Alhamdulillah mari bersama kita melazimi doa yang di ajar oleh baginda nabi s.a.w agar hidup kita sentiasa berada dibawah petunjuk dan keberkatan daripada Allah s.w.t Rejab bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi kita menjadi tetamu buat bulan syaa'ban dan seterusnya semoga diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan Al Kareeem.Saya ingin berkongsi ulasan tuan guru saya dan beberapa masyaeikh mengenai hadith yang menyebut "Sesungguhnya Rajab adalah bulan Allah,adapun Syaa'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan Umatku" ramai daripada kalangan kita yang berpandangan bahawasanya hadith tersebut "Palsu/Maudhu'/tiada asalnya" mungkin ianya sekadar pandanga beberapa pandangan ustaz-ustaz di Malaysia yang berkelulusan PHD didalam bidang hadith tetapi sayangnya penjelasan mengenai kepalsuannya yang dibawa oleh FACEBOOKERS,BLOGGERS,Mahasiswa/wi Syariah disertakan tohmahan dan celaan.
      Menjawab kepada persoalan tersebut al Imam As Suyuthi menyebut ketika di dalam kitab Jami' As Shaghir beliau yang diriwayatkan oleh Ibnu As sakir dari Abu Umamah yang  bulan Rejab merupakan bulan awal didalam rangkaian bulan yang Mulia diantara hadith (bertaraf dhoif)mengenai kemuliannya adalah "Rajab Bulan Allah,Sya'ban bulanku dan Ramadhan Bulan Umatku" (didalam Musnad al firdausi disebutkan dari Anas bin Malek).Sesungguhnya didalam perbahasan Ulum Hadith sebagaimana disebut oleh Sheikh Muhammad bin Said Hawa ketika mensyarahkan  kitab Taisir Mustolah Fi Ulumil Hadith menyebut pengamalan Hadith Dhoif  untuk FADHAIL,Tarhib,Targhib disisi Ulama' Hadith adalah HARUS.
        Sekadar ini sahaja ulasan yang ingin dikongsikan mengenai perihal hadith tersebut kerana sesungguhnya saya bukanlah ahli didalam perbahasan ilmu ini melainkan hanya berkongsi pandangan dan menjawab persoalan yang diajukan kepada saya mengenai status atau kedudukan hadith tersebut....~WaAllahua'lam~
          Didalam beberapa hari Rejab bakal ditinggalkan,saat itu juga saya sedang menghitung hari untuk bergelar Mahasiswa tahun 2 di Universiti Mu'tah,senior-senior mengira hari untuk melangkah pulang bersama segulung ijazah,yang bujang mengira hari untuk berumah tangga dan yang telah berumah tangga mengira hari untuk kelahiran kader-kader baru yang bakal memperjuangkan agama..masa terus berlalu dengan pantas sebagaimana pepatah arab menyebut "masa itu seperti pedang,jika engkau tidak mencantasnya dia akan mencantas engkau" walau seminit kita terleka masa tetap akan terus meninggalkan kita.
         
     Persoalan yang timbul bukan peralihan tahun 1 kepada tahun 2 tetapi apakah persediaan saya,anda,kalian, Mahasiswa Timur Tengah untuk masyarakat ??bersediakah kita ??bukan sekadar hanya memikirkan segulung ijazah tetapi sumbangan kita pada masyarakat ?? bukan sekadar membangga diri dengan membawa title mahasiswa timur tengah !!baru-baru ini status di facebook "mahasiswa Timur Tengah kini kian lembab dan mundur bahkan mereka tidak turun bersama dengan masyrakat dan langsung tidak bersama jemaah di masjid " Allah status ini memberi satu panahan padu buat Mahasiswa Timur Tengah.. aib jika perkara ini berlaku pada diri saya,kamu,kalian dan Mahasiswa Timur Tengah..teringat pada satu pesanan muaddibah dan teacher "ingat pergi belajar jauh2 sampai luar negara masyarakat nak guna kamu,kamu pegi sana dapat zakat so zakat tu duit masyarakat balek pastikan ada sesuatu untuk masyarakat" bersediaaakah saya ??mudah-mudahan Allah memberkati kita semua dan membuka pintu keamanan buat saudara-mara kita di Palestin,Syria,Rohingya Myanmar dan seluruh umat Islam yang ditindas..=) saya tinggalkan persoalan ini buat diri saya dan kalian  ..BERSEDIAAAKAHH ???

bukan sekadar memegang segulung ijazah..bersediakah untuk berkhidmat ??

gambar hiasan.....bersediaaakahh ??









Monday, April 16, 2012

Kepimpinan : Kemulian atau Kehinaan

Bismillah syukur ke hadrat Allah S.W.T yang memberi kesempatan sekali lagi untuk meluncurkan jari jemari bermain di atas papan kekunci ,berkongsi sambil mengislah diri ini motif yang hakiki..=) Tahniah buat saudara Kailani Zahari yang menang dalam bertanding dan dengan rasmi beliau merupakan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan,oleh yang demikian secara rasminya saya akan berusaha untuk mematuh segala arahan dan bekerjasama dengan beliau serta kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan selagi tidak melanggar syara' dan beberapa hari lagi  Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Mu'tah Jordan (PERMATA) dan kepimpinannya pada sesi 2011/2012 akan dibubarkan dan akan bertukar kepada kepimpinan yang baru seterusnya di ikuti pula Pilihan Raya bagi Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).Tahniah buat kepimpinan yang lama dan yang bakal meletakkan jawatan moga-moga segala amanah yang di tanggung pada masa lalu menjadi salah satu sebab untuk mendapat Rahmat dan Pandangan Allah dan buat kepimpinan yang baru Tahniah dan Takziah saya ucapakan semoga kepimpinan yang baru akan menjalankan amanah dengan baik.
      Soal kepimpinan atau Tanggungjawab bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng oleh setiap Mahasiswa,ini merupakan persoalan amanah yang bakal dipikul bukan dengan amanah diri seseorang akan dimuliakan dan dengan amanah juga diri seseorang itu akan dihinakan maka pastikan mereka yang menang dalam bertanding berlaku adil dan menjalankan amanah dengan baik serta menjaga kebajikan mahasiswa bukan sekadar hanya mencari populariti dan kemashuran.Saya teringat dialog di antara al Imam Izz bin abd Salam yang merupakan Sohib kitab "Qawai'd al-ahkam fi Masalih Al Anam" bersama dengan Sultan Mesir.
Dialog antara al Imam bersama dengan Sultan berlaku pada hari raya,Sultan Mesir keluar bersama dengan anggota kerajaannya yang ramai,beliau dijaga oleh Pegawai Keselamatan Mesir di kiri dan kanan sehinggakan gabenor-gabenor bersama beliau tunduk menghadap bumi sebagai tanda Penghormatan kepada beliau.
     Al Iman Izz Abd Salam menyaksikan peristiwa itu lantas al imam yang merupakan ketua para ulama' memanggil Sultan "wahai Ayyub apakah alasanmu di hadapan Allah ketika Dia bertanya kepada kamu ,'Bukankah Aku yang telah menjadikan kamu sebagai Raja di bumi Mesir ini'?Namun Mengapakah terdapat manusia yang masih meminum arak ?
      Sultan menjawab "adakah perkara (manusia minum arak )berlaku di bumi Mesir ini ?? maka jawab al Imam Izz "Ya sesungguhnya perkara itu berlaku,disana dan disini terdapat kedai-kedai arak".Sultan membalas jawapan Al imam "sesungguhnya perkara itu berlaku pada zaman pemerintahan ayahku dahulu".maka al imam Izz menggelengkan kepalanya lalu berkata "kamu sama seperti golongan yang mengatakan :sesungguhnya kami melihat bapa-bapa kami melakukan hal sedemikian rupa"
        Dialog antara al Imam yang seketika itu menyebabkan Sultan Ayyub mengeluarkan arahan agar menutup kedai-kedai dan premis-premis yang menjual arak,perihal dialog antara al imam bersama al sultan tersebar luas sehingga pada suatu hari anak murid Izz abd Salam bertanya kepada beliau "wahai al imam apakah yang tuan fikirkan ketika berada dihadapan sultan ?" Al Izz menjawab "wahai anakku saat aku melihatnya (Sultan Ayyub) dalam keadaan angkuh dan sombong maka terdetik di hatiku untuk menghinanya agar kesombongan itu tidak larut di dalam dirinya kerana perkara yang sedemikian itu akan membinasakan dirinya kelak."
         Murid al imam bertanya lagi "adakah tuan tidak takut ketika berhadapan dengan Beliau (sultan ayyub)
Al Izz menjawab "demi Allah,wahai anakku ! sesungguhnya kau telah menghadirkan kebesaran dan kehebatan Allah didalam diriku sehingga aku melihat as Sultan hanya seperti seekor kucing sahaja."
         Allah indah sungguh dialog antara al imam dan as sultan ketahuilah wahai pemimpin apa sahaja yang dilakukan segalanya akan dihitung dan dihisab oleh Rabbul Jalil tuhan yang Maha Menghukum dan ketahuilah sesungguhnya semua manusia yang mukallaf adalah pemimpin sebagaimana yang disebut oleh baginda Nabi S.A,W "setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab diatas apa yang dipimpin"maka bersama kita memastikan amanah yang di bebankan keatas diri setiap individu dijaga dengan baik bukan sekadar kepimpinan di dalam persatuan bahkan setiap anggota yang dianugerahkan keatas diri adalah satu amanah yang wajib di jaga dengan baik.
          kata Imam Nawawi sesungguhnya kekuasaan (kepimpinan) merupakan malapetaka yang besar buat seseorang yang tidak bertanggungjawab akan tetapi kepimpinan juga merupakan ladang pengabdian dan amal soleh yang subuh bagi golongan yang memahami dan bertanggungjawab.Wahai Pemimpin bertanggungjawab dan berlaku adillah kepada pimpinan kalian semoga dengan tanggungjawab yang ditaklifkan merupakan salah satu sebab untuk meraih syurga dan rahmat Allah taala..Tahniah dan Takziah buat kepimpinan sesi 2012/2013.




Monday, April 9, 2012

Hakikat Asya'irah..jangan cepat Melatah



   Dunia IT kian maju dahulu yang hanya saya tahu hanya YM (yahoo messenger ) sebulan sekali apabila diberi kesempatan untuk pulang ke rumah daripada Bumi Tarbiah Maahad Ahmadi sudah pasti YM merupakan kunjungan saya di sebelah malam sehingga terkandang jam 2 pagi apabila asyik berbual dengan teman yang turut jua pulang daripada asrama tetapi masa terus berlalu,dunia IT kian maju mengikut arus perubahan waktu laman sosial kian bertambah Facebook,Tweeter dan Skype bahkan yang rajin menulis terus berkongsi cerita,pandangan di dalam blog-blog peribadi tidak kurang juga blog-blog di jadikan sebagai tempat bercerita mengenai dunia artis,gosip-gosip panas dan ada juga yang menjadikan blog sebagai diari peribadi.
    Entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai hakikat sebenar Asya'ri mungkin hari ini ramai tertanya apakah sebenar hakikat Asya'ri bahkan ada juga blogger-blogger dan umat Islam yang tidak memahami hakikat ini lantas membuat tohmahan palsu dan meletakkan Asya'irah di dalam kesesatan bahkan terdapat juga segelintir yang menggelar Asya'irah sebagai golongan MULHID (terpesong daripada kebenaran)  di dalam mentafsirkan sifat-sifat Allah ini merupakan satu tuduhan yang membabi buta buat Asya'irah.
      Kejahilan ini yang menyebabkan berlakunya perpecahan terhadap kesatuan Ahli Sunnah dan merobek kesatuan Umat Islam sehingga sebahagian orang-orang jahil dan masyarakat awam menganggap golongan Asya'irah merupakan satu golongan yang berada di dalam kesesatan.Saya tidak tahu apakah kayu ukur yang mereka (pembangkang) yang menyamakan golongan beriman dengan  golongan yang sesat ???
    Dalam mengupas mazhab Asya'irah,ibnu Taimiyyah berkata : Ulama' ialah golongan pembantu ilmu-ilmu agama,manakala Asya'irah ialah golongan PEMBANTU usul agama. (Al Fatawa H :16 juzu' 4 ) ayuh bersama kita memahami kalam ibnu Taimiyyah 'sesungguhnya Asya'irah merupakan pembantu kepada usul agama '.
    Ramai daripada ulama' Hadith,tokoh-tokoh Feqah dan Tafsir yang bersama dengan Asya'irah adakah mereka jahil dalam beri'tiqad ?? antara ulama'-ulama' yang berpegang dengan mazhab Asya'irah ialah Sheikh al Islam Ibn Hajar al Asqalani seorang tokoh hadith yang tidak mampu dinafikan kehebatannya di dalam bidang Hadith  bahkan beliau merupakan pengarang kitab Fathul Bari ala Syarh al Bukhari sebuah kitab yang tidak boleh tidak menjadi rujukan utama di dalam bidang Hadith.Begitu juga Imam Nawawi merupakan pengarang kitab Syarh Sohih Muslim turut berpegang pada mazhab Asya'ari.
      Di dalam bidang Tafsir Imam Al Qurtubi pengarang kitab Tafsir Jami' li Ahkam  turut bermazhab Asya'ri bahkan ramai lagi ulama' yang mashur berpegang dengan mazhab ini antaranya Sheikh Zakaria Al Ansari,imam Abu Bakar al Baqilani,Imam Qustalani,Imam al Syarbini dan Abu Hayyan al Nahwi pengarang kitab Bahr Muhit dan lain-lain,ketahuilah jika ingin di kumpul senarai ulama'-ulama' bermazhab Asya'irah nescaya akan terhasillah berjilid-jilid buku sebagaimana yang disebut oleh Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki.
      Satu persoalan yang timbul bagaimanakah terdapat golongan-golongan yang menyesatkan asya'irah sedangkan mereka merupakan golongan yang memperjuangkan sunnah nabi dan Al Quran seperti Ibn Hajar Al Asqalani dan Imam Nawawi ??? sekiranya kita mengatakan mereka yang bermazhab Asya'irah adalah sesat bagaimanakah kita mengambil ilmu-ilmu mereka sebagai rujukan ?? Ibn Sirin menyebut "sesungguhnya Ilmu ini adalah agama,maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agamamu"
      Memadailah jika golongan yang tidak sehaluan dengan Al asya'irah (pembangkang) berkata "sesungguhnya Allah telah merahmati mereka (ulama' al Asya'irah),mereka telah berijtihad jika ijtihad mereka salah moga Allah mengampuni mereka" bukannya menyesatkan mereka dan menganggap mereka digolongkan sebagai golongan ahli neraka.
      Saya menyeru diri saya dan teman sekalian agar lebih berhati-hati di dalam mebuat tohmahan tehadap ulama'-ulama' dan janganlah kita menjadi orang yang cepat melatah dalam menghukum kesesatan seorang melainkan setelah mempunyai hujah-hujah dan fakta yang kukuh...moga kita dirahmati oleh Allah.
(rujukan kitab Mafahim Yajibu An Tusohah karangan Sayyid Muhammad Alawi)

Kitab ini di puji oleh puluhan ulama' dunia 

Ulama'-ulama' Muktabar yang bermazhab Asya'ari









                                     












    

Saturday, April 7, 2012

cOretan seorang Pencinta.

Aku Mencintai Mereka (orang soleh ) tetapi Aku bukan daripada Mereka dan aku berharap Aku akan mendapat Syafaat dengan Keberkatan Mereka "kalam Hikmah Imam Syafie " semenjak sampai di Bumi Syuhada' Mu'tah sering kali saya diceritakan mengenai kehadiran Tuan Guru Sheikh kepada Para Masyaiekh,Habib Umar bin Muhammad Bin Salim bin Hafez pada bulan Jamadil Awwal bersempena mengingati Kesyahidan Saidina Jaafar,Saidina Zaid bin Haretha dan Saidina Abdullah bin Rawahah dan setiap kali iu juga saya memasang niat agar diberi kesempatan untuk bertemu dan berliqa' walaupun hanya 5 minit dengan Beliau maka Penantian disertakan dengan Pengharapan amat menyeksakan apabila tiada sebarang berita mengenai kehadiran Habib ke bumi Mu'Tah tahun ini kerana Habib  di kala berita mengenai ketidakhadiran Beliau ke Bumi Mu'Tah bermain di telinga Pengharapan tidak pernah luntur.
   Syukur ke hadrat Allah,berita mengenai kehadiran Tuan Guru ternafi apabila saya telah terjumpa Tentatif Jaulah Beliau dan akan menziarahi Bumi Mu'Tah pada 6 April 2012.Saya membatalkan segala program yang telah dirancang pada tarikh tersebut dan saya bermonolog "Habib ziarah Mazar mesti ramai xde peluang nak duk dan jumpa habib nie..Ya Allah beri kesempatan pada aku " Alhamdulillah monolog ini diperkenankan oleh Allah s.w.t..Pagi 6 April anak Beliau Sidi Salim bin Habib Umar telah menghubungi saya (beliau Sidi Salim mendapatkan nombor daripada Sheikh Aun Al Qudumi ulama' Jordan) pada jam 9,30 satu kejutan buat saya apabila yang berbicara di talian adalah beliau yang ingin bertemu dengan saya untuk memohon sedikit pertolongan seperti meminjam dapur,gas dan cerek untuk menyediakan minum dan makan tengahari Habib bersama rombongannya sebelum ketibaan Habib daripada Amman (kira-kira 2jam perjalanan untuk ke Mu'Tah) maka kesempatan itu saya gunakan,saya berkhidmat bersama dengan beberapa rakan Hanafi Khalis,Tuan Kheider,Khairy Jaafar dan Hudzaifah untuk membantu dan menjayakan Ziarah Habib di Mu'tah.
   Persiapan telah di buat di Medan Peperangan Mu'Tah dan aktiviti di situ khas buat warga Jordan dan Yaman sahaja hal ini kerana kawasan khemah yang dipasang hanya 2 buah dan santapan tengahari hanya untuk rombongan Beliau sahaja,tetapi Syukur saya dan sahabat yang berkhidmat untuk Habib di Jemput Bersama,ini peluang yang amat besar buat saya kerana saat itu tidak ramai mahasiswa daripada Malaysia,Indonesia,Philipina dan Thailand yang berada di kawasan Medan Peperangan Mu'tah dan ini menyebabkan saya berkesempatan dapat duduk berliqa' bersama dengan Habib Umar dengan lebih dekat dan mendengar kalam Tasji' dari Beliau berbanding jika di Mazar atau Malaysia menyebabkan tolak-menolak dan berebut-berebut untuk berbicara dengan Habib dan kesudahanya tiada kesempatan untuk bertemu dengan Habib tapi alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk menyambut ketibaan Habib dan tudung bersama dengan beliau tanpa sebarang kekalutan..Syukur Ya Allah di atas kesempatan yang Engkau berikan padaku. 
      Satu perkara lain yang amat manis setelah dapat berliqa' bersama Habib hampir 40 minit ialah dapat meletakkan dahi,muka yang penuh maksiat ini di atas batu-batuan yang Tapak Peperangan yang telah di bina pada tahun ke 8 hijrah yang lalu,dibawah pimpinan solat asar oleh Tuan Guru Habib Umar bin Muhammad bin Salim disertakan dengan bacaan Qunut Nazilah memohon pertolongan buat warga Syria menambahkan Zauq dan kekuatan di dalam diri kemudian saya mengikuti rombongan Habib bergerak ke Mazar (maqam Syuhada' Mu'Tah ) dan bermunaja memohon kekuatan daripada Allah sebagaimana kekuatan Iman dan Islam yang dikurniakan buat mereka Syuhada' Mu'Tah..al Fatihah...akhirnya biar gambar di bawah ini berbicara...:

ketibaan Habib Umar bin Muhammad

Busyra Lana 

Medan ini menyaksikan darah-darah syuhada'

solat asar bersama dengan Habib Umar

Ya Rabb Bantulah Syria kami...


eratkan hati-hati kami

moga memperoleh Syafaat 





moga dipertemukan semula




bersama sheikh Aun Al Qudumi =)


"MOGA MEMPEROLEHI KEKUATAN UTK TERUS MELANGKAH DI BUMI MU YA ALLAH "

Friday, March 30, 2012

Disebalik Pekan KOBOI Mu'Tah

     Sudah hampir 9 bulan saya Menjadi TETAMU DATARAN SHAM (Jordan) sedar tidak sedar hanya baki beberapa minggu lagi saya akan menamatkan pembelajaran tahun 1 di Universiti Mu'tah ini..syukur Ya Rabb dan Engkau Permudahkan perjalanan ku yang masih jauh ini sebagaimana kekuatan yang Engkau telah hadiahkan kepada Para Shuhada' Mu'tah..=) Mu'tah sebuah kawasan yang jauh daripada Ibu Negara Jordan bahkan mendapat gelaran daripada warga Malaysia sebagai pekan KOBOI akan tetapi pekan KOBOI inilah yang menyimpan sebuah peristiwa yang cukup besar buat Umat Islam mengenai Peristiwa Peperangan Mu'tah.Saya cukup terkilan dengan beberapa Mahasiswa/wi Mu'tah khusunya apabila menerima tetamu daripada Mantiqah lain seperti Irbid,Yarmouk Dan Amman ataupun tetamu daripada Malaysia yang datang ziarah ke Mu'Tah mereka tidak dibawa untuk berjumpa dan menziarahi TUAN RUMAH Mu'Tah bahkan ada juga yang melengahkan pertemuan dengan TUAN RUMAH selepas menziarahi tempat-tempat lain dan setelah beberapa hari berada di Mu'Tah.TUAN RUMAH yang saya maksudkan adalah 3 Maqam Shuhada' Mu'Tah Saidina Zaid bin Harith,Saidina Ja'far bin Abi Tolib dan Saidina Abdullah bin Rawahah saya tidak berhasrat ntuk membahas panjang mengenai Isu Ziarah Maqam,Tawassul atau mengenai Perihal solat di dalam masjid yang padanya terdapat kuburan pada entry kali ini kerana PERBAHASAN itu telah dibahaskan oleh ramai ulama' termasuklah Mufti Mesir sekarang Dr.Ali Jummuah kesimpulannya adalah harus bahkan Sunnat bagi saya tidak pernah peduli dengan tohmahan yang dilemparkan ke atas mereka yang sering menziarahi maqam sebagai Penyembah Kubur atau Quburiyun kerana perbahasan ini telah selesai berzaman yang dahulu wAllahua'lam.
       Mu'Tah apakah kalian mengenali Bumi yang pernah mengalir darah Shuhada' ini ??bahkan terdapat Mahasiswa/Wi yang tidak pernah mengenali hakikat dan kemulian bumi Mu'Tah ini.
Mu'Tah Bumi Shuhada' 
 Peperangan ini telah berlaku pada bulan Jamadil Awwal tahun ke-8 hijrah 629 masihi di kawasan Balqa' atau dikenali sebagai Karak.Peperangan ini merupakan peperangan pertama di luar kawasan Makkah & Madinah.Tanah Mu'Tah telah menyaksikan peperangan hebat antara 3000 umat Islam dan 100,000 orang Kristian yang dibantu dengan 100,000 tambahan daripada bangsa arab Ghassan yang menyebabkan kekuatan musuh seramai 200,000 ribu yang dilengkapi dengan pasukan kuda yang bersenjata dan memanah berbanding dengan kekuatan umat Islam yang hanya 10 % sahaja yang dilengkapi dengan senjata walaupun demikian 3000 umat Islam ini dilengkapi dengan keimanan yang begitu kukuh sehingga menyebabkan mereka menurut perintah baginda Nabi S.A.W.Peperangan ini berlaku apabila berita mengenai kematian utusan baginda kepada Raja Busyra untuk seruam keimanan Al-Harith Umair Al Azdli yang telah dibunuh oleh Syurhabil ibn Amru Al Ghassani (berbangsa arab Ghassan) dan pembunuhan ini menyebabkan kemarahan baginda Nabi S.A.W maka tercetuslah peperangan ini.
       Perangan ini berlanjutan bukan hanya sehari sahaja bermula dengan tentera di bawah kepimpinan Saidina Zaid bin Haritha seterusnya panji ditukar ke  tangan Saidina Ja'far bin abi Talib dan diganti oleh saidina Abdullah bin Rawahah dan terakhir di bawah kepimpinan Khalid Bin al Walid setelah shahidnya Abdullah bin Rawahah seorang panglima perang yang mashur dengan strategi Perang akhirnya telah berjaya mengalahkan tentera musuh seramai 200,000 ribu dengan strategi yang hebat dengan menggerakkan pasukan sayap kanan ke arah kiri dan sebaliknya perkara ini menyebabkan kekeliruan di pihak musuh dengan menyangkakan pertambahan bilangan tentera daripada madinah yang di utuskan oleh nabi sehingga selepas 7 hari  musuh seramai itu lari meninggalkan medan peperangan.Di riwayatkan hampir 6 bilah pedang milik Saidina Khalid patah melainkan sebilah pedang yang dibuat di  Yaman..=) Hebat bukan strategi beliau khalid Al Walid !!!
       Dengan kekuatan zahir yang kecil dan sedikit akhirnya kemenangan milik ISLAM,perjuangan mereka IKHLAS,TELUS ini antara faktor kemenangan milik ISLAM,bagaimana pejuang agama kini ?? renungkan !! peperangan ini elah mengorbankan seramai 12 orang sahabat Zaid bin Haritha,Jaafar bin abi Talib,Abdullah bin Rawahah,Jaabir bin Abi So'so'ah,al Haris bin Nu'ma bin Aasaf,Suraqah bin Umar bin atayyah,'aamir bin Sa'ad al Haris,Aabad bin qis,'amru bin sa'ad,Abu Kholib bin So'so'ah,Masu'd bin al asud,wahhab bin Sa'ad kesemua ini Shuhada' yang telah dijanjikan syurga oleh Allah.
"antara ganjaran yang dianugerahkan ke atas para shuhada' "       Bagi orang yang mati Shahid ada 6 keistimewaan :
  1. di ampuni dosanya sejak mulai darah pertama meluncur keluar dari jasadnya
  1. dipersembahkan tempatnya di dalam syurga
  1. terlepas daripada azab kubur
  1. terjamin keamanannya
  1. dikahwinkan dengan bidadari syurga
  1. diperkenankan untuk memberi syafaat kepada ahli kerabatnya seramai 70 orang
(riwayat Tirmidzi,ibn Majah dan Ahmad)
TUAN RUMAH MU'TAH
  •  Saidina Zaid bin Haritha
Nama beliau Usamah bin Zaid Bin Haritha,beliau merupakan sahabat yang termuda memeluk Islam selepas saidina Ali.Beliau merupakan bekas hamba dan menjadi anak angkat Rasulullah S.A.W.Nama beliau saidina zaid (hanya satu-satunya sahabat) telah disebut oleh Allah di dalam Al Quran (surah ahzab ayat 37) Beliau mengikuti kesemua peperangan yang disertai oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W dan beliau pemimpin pertama yang Shahid di Medan Mu'tah.
  • Saidina Jaafar bin Abi Talib
Beliau merupakan sepupu  Rasulullah dan abang sulung kepada Saidina Ali,beliau antara yang terawal memeluk Islam.Saidina Jaafar terkenal dengan Uslub dakwah yang hebat sehingga beliau berjaya mengIslamkan Raja Najashi bukan sekadar itu beliau juga terkenal dengan semangat di medan perang yang kuat dan beliau merupakan salah seorang jemaah rombongan yang berhijrah ke Habshah (eithopia)Beliau digelar AT TOYYAR (mempunyai sayap) gelaran ini diberi oleh Rasulullah kerana kedua-dua tangan beliau dicantas ketika peperangan Mu'Tah maka sabda baginda "beliau digantikan dengan sayap untuk berada di syurga" di riwayatkan setelah tangan kanan memegang panji telah terputus beliau memegang panji dengan tangan kiri maka sekalilagi dicantas maka beliau memegang panji dengan kedua-dua lengannya sehingga beliau shahid.
  • Saidina Abdullah bin Rawahah
Beliau adalah Abdullah bin Rawahah bin Tha'labah bin amru bin Qiys bin Tha'labah,beliau mewarisi kehebatan datuk beliau di dalam bersyair bahkan beliau merupakan penyair baginda nabi S.A.W pada saat akhir hayat beliau,beliau telah bersyair untuk membakar semangat.Selepas Shahidnya saidina Jaafar maka panji di ambil oleh beliau dalam kehangatan berperang beliau bersyair :

"‘Wahai diriku, jika engkau tidak terbunuh, engkau tetap akan mati
Inilah kawalan kematian telah mengenaimu
Apa yang engkau dambakan telah diberikan kepadamu
Jika engkau mengerjakan perbuatan dua orang, engkau mendapat petunjuk’.

beliau shahid di bumi Mu'tah ini dan dimaqamkan di Mazar.Syair beliau sering membakar semangat para sahabat amat dirindui oleh ramai sahabat setelah kesyahidan beliau di medan ini.
maqam saidina Jaafar bin abi Tolib attoyyar

maqam saidina Abdullah bin Rawahah yg di ukir dengan syair beliau

Saidina Zaid bin Haritha anak angkat baginda Nabi Muhammad 

Penulis bersama dengan Sheikh Aun al qudumi & Habib Ahmad el Habsyi
di Maqam Saidina Abdullah 

















       

Saturday, February 18, 2012

Senyumlah ~

=) Senyum tak perlu kata apa-apa teringat saya sebuah lagu yang sering di keudarakan pada satu ketika dahulu  sebuah lagu yang hanya berkisar mengenai Senyuman tetapi mendapat tempat di hati masyarakat..Secara saintifiknya senyuman mempunyai kuasa magnetik yang tersendiri dengan senyuma ia mampu pengubat diri sendiri dan turut mampu mengubati orang sekeliling.Bahkan Tertawa atau Tersenyum merupaka ubat yang mujarab bagi menghilangkan kesedihan di hati dan senyuman atau tertawa ini memiliki kekuatan yang tersendiri untuk mempengaruhi jiwa dan hati agar tenang.Dalam hal ini Abu Darda' berkata "Aku akan terus tertawa sehingga dengannya ia mampu membahagiakan aku " baginda nabi Muhammad S.A.W manusia yang agung ini turut menyarankan umatnya agar melazimikan diri dengan senyuman sebagaimana sabda baginda "Senyuman di hadapan saudaramu itu adalah sedekah ".Masyarakat arab turut menggambarkan mereka yang sering melazimi dirinya dengan senyuman adalah golongan yang memiliki hati yang dermawan,berlapang dada dan sentiasa tenang sebagaimana yang disebut di dalam sebuah syair arab "orang yang suka tertawa dan tersenyum adalah orang yang senang hati,dan bergembira untuk memberi apabila diminta".
     
Dunia ini penuh dengan penipuan,peperangan,perpecahan dan permasalahan sehingga senyuman kian luntur diwajah manusia bahkan kebanyakkan mereka lebih bermuka masam sebagaimana di sebut di dalam syair arab "wajah-wajah mereka masam,seakan-akan mereka dipaksa untuk masuk ke neraka,mereka tidak seperti kaum yang jika ditemui menanpakkan wajah yang ceria,mereka bagaikan bintang yang berjalan di gugusan bima sakti". Saya tidak menafikan hukum alam yang mana ada waktu dan ketika manusia akan berasa sedih cuma persoalan yang timbul berapa ramai yang hari ini memusnahkan kehidupan mereka dengan kemurungan dan kesedihan yang berpanjangan ????ayuh teman bantulah sahabat-sahabat anda dengan melontarkan senyuman manis kepada mereka agar kekuatankan mereka perolehi.
      Realiti dunia ada masa dan ketika manusia berasa gembira dan pada masa yang lain manusia merasa gelisah dan sedih dan itulah hati segumpal darah yang amat sensetif mengikut keadaan persekitaran dan suasana tetapi ingat lontarkan senyuman dalam keadaan apa sahaja agar bahagia akan memenuhi ruang hati dan perasaan.Kehidupan ini adalah seni,yang mana seni ini harus dipelajari dan anda,saya adalah juru seni yang bakal mengukir dan mewarnai kehidupan masing-masing.Alangkah buruknya lukisan kehidupan seseorang itu jika dipenuhi lukisan kehidupannya dengan mengejar material semata-semata sehingga menyebabkan wujudnya perasaan dengki,khianat dan kufur nikmat di dalam mereka,ingatlah sesungguhnya harta,wang dinar,emas tidak mampu menjamin kebahagian diri.
        
       Di dalam sebuah kisah,Iliyah Abu Madhi berkata :
   seorang berkata   : sesungguhnya langit berduka dan bermuka masam
   aku berkata         :tersenyumlah,cukuplah hanya langit yang tersenyum
   katanya lagi         : kerinduan telah berpaling
   aku berkata         :tersenyumlah,sesungguhnya kerinduan yang telah lalu tidak akan kembali
   katanya lagi         :ketika dirinya berada di dalam syurga kebahagian dan diri ku didalam  neraka kerinduan 
                               ia telah khianat setelah memiliki hatiku
   aku berkata         :tersenyumlah,bergembiralah ! bila engkau terus mengingatnya maka engkau telah
                               menyebabkan diri engkau sakit untuk selamanya
          
        Ayuh teman-teman saya tidak mengatakan salah jika ingin bersedih,bermurung tetapi ianya akan kelihatan salah bilamana kesedihan dan kemurungan mengusai diri seseorang itu di dalam jangka masa yang panjang sehingga memusnahkan kehidupannya.Bantulah sahabat-sahabat anda dengan memberi kalam-kalam pembakar semangat,lontarkanlah senyuman kepadanya dan iringlah dirinya dengan doa memohon agar dikurniakan kekuatan oleh Allah tuhan yang memiliki hati..."terima kasih buat teman yang sudi membuat saya tersenyum sendirian"...ayuh lontarkan senyuman,bersama menghidupkan sunnah nabi.


# <3 teruskan senyuman walau di uji dengan kepayahan ~

Saturday, February 11, 2012

Syria...will be Free

   Tangisan anak-anak kecil di tepian jalan,Raungan mereka tidak ada yang menghiraukan,Rengekkan mereka yang memohon susu dan makanan,Jeritan mereka kerana ketakutan dengan kereta kebal yang berlegaran di perkarangan rumah,tangisan,pilu,sedih dan kecewa segalanya mereka rasai,atas kerana inilah tangan saya diluncurkan diatas papan kekunci lap top....Perkara yang perhangat dibicarakan di Facebook,tweeter,blog-blog dan hampir keseluruhnya medium media massa menyentuh mengenai isu rakyat Syria.Ayuh syabab dan Akhwat kita intnbih dan cakna dengan Isu penindasan ini,mereka rakyat Syria mungkin bukan daripada darah daging kita tetapi ingatlah mereka adalah golongan seaqidah dengan kita dan sudah pastinya mereka rakyat Syria adalah saudara-mara kita sebagaimana yang telah dirakamkan oleh Allah di dalam Al-Quran "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara".Jika dahulu sejarah telah menceritakan mengenai kejayaan Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan tercatit juga mengenai kehebatan seorang anak muda Sultan Muhammad Al Fateh di dalam usaha beliau menawan kota konstatinopel bahkan sejarah juga pernah melakarkan 2/3 dunia adalah milik kita umat Islam,tetapi dimanakah Solahuddin,di manakah Al Fateh ??? adakah generasi-generasi seperti mereka telah pupus ?? tepuk dada tanya Iman ! ayuh sahabat-sahabat sekalian bantulah penderitaan mereka ! mereka tidak pernah meminta kita untuk menganggkat senjata tetapi cukuplah dengan doa yang kita pohonkan.Ya Rabb Musnahkan pemimpin-pemimpin yang zalim !!! saidina Ali bin Abi Talib pernah menyebut "Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara aka tetapi pemerintah benar (adil) kekal selamanya" kalam ini bertepatan dengan kalam Tuhan sekalian alam di dalam surah al isra' ayat 81 "dan katakanlah :telah datang kebenaran (islam )dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur),Sesungguhnya perkara yang salah (kufur) tetap akan lenyap "ayuh cakna isu Syria.....

  Ayuh bertindak dari sekarang,tidak perlu keringat yang di kerahkan cukup hanya sekadar kita menadah tangan memohon kehadrat ilahi agar Musuh-Musuh Islam di Musnahkan.Peristiwa pembunuhan secara beramai-ramai ini telah berlaku di zaman baginda Nabi S.A.W.Di riwayatkan Anas bin Malik menceritakan bahawa sesungguhnya Nabi pernah mengutuskanseramai 70 orang terdiri daripada para Qurra' (alim dan mahir didalam Al Quran),kumpulan Qurra' ini dihantar untuk memnuhi permintaan beberapa kabilah seperti Ri'i dan Zakwan.Apabila rombongan ini sampai ke tempat  kabilah tersebut yang berdekatan dengan  telaga Maunah (bir maunah) maka kabilah tersebut berkata "Demi Allah kami bukan kamu semua yang kami inginkan sesunguhnya yang kami inginkan adalah Nabi S.A.W" maka kabilah tersebut membunuh rombongan yang di utuskan oleh Nabi S.A.W dan peristiwa ini telah sampai ke telinga Rasulullah.Rasulullah bersa sedih dengan peristiwa ini lalu baginda berdoa (kecelakaan/laknat) ke atas kabilah tersebut selama sebulan di dalam solat subuh (qunut nazilah ) hadith riwayat Bukhari '4088'.Peristiwa ini berlaku lebih daripada 1433 hijrah yang lalu dan hari ini dunia menyaksikan pembunuhan secara beramai-ramai dengan penuh tragedis dan menyedihkan.Adakah anda dan saya hanya pemerhati dan penggeleng kepala apabila seorang demi seorang berita kematian rakyat Syria sampai ke telinga anda dan saya ??? tidak melakukan sebarang usaha untuk membantu mereka ??? malulah kepada baginda Nabi S.A.W kerana sesungguhnya baginda nabi mendoakan kecelakaan kepada kabilah-kabilah tersebut apabila berita kematiaan rombongan yang di utuskan oleh baginda.....Ayuh Syabab dan akhwat kita bantu rakyat Syria !! pohonlah doa kepada tuhan yang Esa agar kemenangan milik saudara seakidah dengan kita....

#rakyat Syria saudara seakidah kita

ayuh berdoa untuk kemenangan umat Islam
di manakah keperimanusian mereka ??

apakah dosa si kecil ini ??? Ya Rabb bantulah mereka

syria will be free..inshAllah

apakah yang kalian tunggu lagi...pohonlah doa untuk keselamatan mereka

mudah-mudahan Doa kita akan di maqbulkan oleh Allah dan Kemenangan milik Umat Islam..=)