Bismilah dengan nama Allah,kehendak Allah,Kuasa Allah hari ini sekali lagi aku berjaya melunjurkan jari-jari aku di atas papan kekunci setelah lama aku berdiam diri dan atas sebab lain aku terlupa passward aku...huhuh ini memang menyedihkan tapi inilah kehendak Rabul Jalil.
Aku tertarik untuk berkongsi sedikit Atas Alasan Apa Aku Membantu Perjuangan Usrah,bahkan Aku pernah di tanya oleh seorang sahabat yang lebih muda dariku
"sheikh enta dah tak jadi presiden Usrah pon masih aktif lagi ke?"
terkedu aku mendengar persoalan akhi ini,pada saat itu timbul satu persoalan di dalam benak hati adakah yang hanya boleh bergiat aktif dalan usrah mereka yang ahli sahaja ,mungkin aku merasakan atas dasar itu nuqaba' dan naqibat hanya memberi komitmen pada hari yang telah ditetapkan...aku mohon maaf kepada kalian ini hanya sekadar kemungkinan yang aku lontarkan sebab kedua-dua beboala mataku menjadi saksi atas apa yang aku katakan.
Berbalik pada perkara yang ingin aku kongsikan mengapa aku masih membantu perjuangan usrah? Usrah dibina atas tiga dasar 'taaruf''tafahum' dan 'takaful' bagi saf-saf kepimpinan yang masih tidak berjaya menyelesaikan marhalah yang pertama 'taaruf' apatah lagi marhalah yang kedua dan ketiga,ketiga-tiga marahalah ini akan menghasilkan satu ukhwah yang cukup hebat selaku orang-orang beriman sebagaimana yang sering nabi perjuangkan satu ketika dahulu.alasan pertama aku menyertai perjuangan usrah adalah atas dasar ukhwah.Hukum berukhwah fardhu ain wahai sahabat-sahabatku perkara ini dijelaskan Oleh As Shahid Hassan Al Banna di dalam satu perkampungan pendudk tersebut berbalah mengenai isu solat tarawih 8 rakaat atau 20 rakaat masing-0masing mempertahankan pendapat masing-masing sehingga ada yang mati di dalam perbalahan ini,maka mereka di temukan dengan As Shahid HAssan Al Banna maka tanya al Banna apakah hukum solat tarawih maka jawab mereka sunat maka dan apakah hukum berukhwah maka jawab mereka sekali lagi fardhu ain,As Shahid Al Banna meneruskan kalamnya maka adakah disebabkan perkara yang sunat engkau akan merosakkan perkara yang wajib.
Alasan kedua mengapa aku menyertai perjuangan usrah,saat aku melunjurkan jari-jari ku di atas papan kekunci ini aku teringat saat aku menjejakkan kaki ke bumi tarbiah Maahad Ahmadi aku merasakan diri aku yang paling jahil di dalam urusan agama sehingga pada saat aku berusrah aku ahanya seorang ahli yang bisu dan ttidak pernah melontarkan pandangan dan apabila aku ditanya jawapan yang paling ringkas aku berikan pada Naqib aku 'Ntah' pada saat iu juga aku mencari-cari apakah haqiqat sebenar usrah walaupun pada mulanya aku merasakan ianya satu perkara yang membuang masa,setelah aku memahami haqiqat usrah yang sebenar maka aku cuba mencuri segala ilmu dan rahsia yang ada pada setiap halaqah ayang aku duduk dan hari ini aku mampu menyebut faktor kedua aku memperjuangkan usrah adalah aku ingin membalas jasa usrah yang satu ketika dahulu aku dianggap kerdil tetapi hari ini aku merupakan mantan presiden usrah.
seterusnya aku merasakan inilah sunnah nabi yang patut diutamakan selain daripada sunnah serban,sugi,jubah dan sunnah yang lain,aku tidak berniat untuk memperkecilkan sunnah nabi yang lain tetapi jika ditanya sunnah mana yang perlu di utamakan
maka usrahlah yang selayaknya.Sebenarnya jika hari ini ramai dikalangan nuqaba merassakan usrah sunnah yang patut di kemudiankan tetapi anda kena yakin dan ingat sejarah perkembangan Islam adalah bermula daripada usrah selama tiga tahun di rumah Arqam Bin Abi Al Arqam ...Usrah Satu Sunnah
Aku yakin perkongsian ini tidak lah sehebat perkongsian di blog-blog sahabat yang lain tetapi aku merasakan perkongsian ini cukup mampu merefresh diriku sahaja..
Salam alaik..usrah adalah PENTING..dan andai diberi tanggungjawab dalam usrah..janganlah dijadikan usrah sebagai alasan penghalang dalam mecapai masa depan atau menghalang perjalanan mengutip mutiara ilmi..harap sama2 dapat mengISLAH diri ini..
ReplyDelete