Friday, February 4, 2011

Bicara Nubuwwah

assalamualaikum buat pembaca sekelian,

Alfu Alfi Solatin Wa Alfu Alfi Salamin Alaika Ya Rasulallah,
Alfu Alfi Solatin Wa Alfu Alfi Salamin Alaika Ya HabibaAllah,
Alfu Alfi Solatin Wa Alfu Alfi Salamin Alaika Ya Amina Wahyillah..

Allahuakbar...
Menjelang bulan RabiulAwal maka kedengaran lah di surau-surau masjid-masjid majlis selawat kepada Nabi,ceramah-ceramah yang menceritakan perjuangan junjungan besar Saidina Rasul,sirah saidina Rasul bermula dari saat kelahiran Baginda hinggalah saat kewafatan baginda S.A.W.
Majlis-majlis sebegini adalah mulia dan bermakna dari seisi dunia hala ini kerana majlis seperti ini membicarakan mengenai satu orang lelaki yang lahir di kalangan masyarakat jahiliaah dan Dia adalah Semulia-mulia makhluk bahkan Membawa Rahmat kepada Seluruh Alam sebagaimana Firman Allah mengenainya "Sesungguhnya Engkau (Muhammad) Membawa  Rahmat kepada Seluruh Alam" tapi persoalannya "Adakah Cukup Kecintaan Kepada Saidina Rasul hanya pada Bulan RabiulAwwal ?"Adakah cukup mencontohi Sunnah Baginda dalam Munakahhat dan Mengabaikan aspek-aspek yang lain?"Adakah sudah memadai Berselawat kepada junjungan besar Saidina Rasul hanya pada rabiulAwwal?"tepuk dada Tanya Iman jangan tanya selera kalau tanya selera Nafsu yang jawab !

Sempena dengan bulan Yang Berkat Ini Kalamisah akan membicarakan sifat kesempurnaan Rasulalallah yang di petik daripada Kitab As Syamail Muhammadiah karangan Al Hafizi Muhammad Isa At Tirmidzi.

BENTUK TUBUH RASULULLAH S.A.W
  • Anas bin Malik menceritakan :Rasulullah mempunyai bentuk tubuh yang sederhana,tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah dan sasa.Rambutnya tidak terlalu kerinting dan tidak pula terlalu lurus kaku.Kulitnya putih kemerahan.Apabila berjalan,Baginda berjalan dengan cepat.
BENTUK KHATAM NUBUWWAH S.A.W
  • Jabir bin Samurah bercerita mengenai khatam Nubuwwah katanya:Aku melihat khatam nubuwwah yang terdapat diantaradua bahu Rasulullah bentuknya seperti sepotong dagin berwarna merah sebesar telur burung merpati
RAMBUT RASULULLAH S.A.W
  • aisyah R,A pernah berkata : Aku dan Rasulullah mandi dal;am tempayan yang sama.Baginda mempunyai rambut (yang panjangnya) hingga terjuntai ke atas bahu.
CARA BERSISIR RASULULLAH S.A.W
  • Sesungguhnya Rasulullah suka memulai bersuci anggota badanya sebelah kanan,juga ketika bersisir dan ketika memakai capal.
UBAN RASULULLAH S.A.W
  • Abu Juhaifah berkat bahawa para sahabat berkata : Wahai Rasulullah  kamai lihat kamu telah beruban ! Rasulullah bersabda : Sesungguhnya Surah Hud,dan seberapa surah seumpamanya(al Waqiah,Al Mursalat,Izza Syamsu Kuwirat,Amma YAtas Alun) telah menyebabkan aku beruban.      p/s makna surah tersebut amat dashat yang menceritakan mengenai kedashatan kiamat dan sebagainya maka Rasulullah sering memikirkan mengenai umatnya pada saat kiamat
INAI RAMBUT RASULULLAH S.A.W
  • Daripad Uthman bin  Mauhib,Abu Hurairah pernah di tanya : "Apakah Rasulullah pernah menginai rambutnya ?" jawabnya YA
PAKAIAN RASULULLAH S.A.W
  • Daripada Ummu Salmah berkata : Pakaian yang paling disukai Rasulullah ialah Jubah.
  • Asma' binti Yazid berkata Lengan jubah Rasulullah samapai ke pergelanagan tangannya.
CINCIN RASULULLAH S.A.W
  • Anas bin MAlik  berkata Cincin Rasulullah di perbuat daripada Perak dan permatanya berasal dari Habsyah.
  • Anas Bin Malik berkata : Ukiran yang tertera pada cincin Rasulullah ialah "muhammad" satu baris "Rasul"satu baris dan "Allah" satu baris.
"Tidaklah ditulis mengenai Naqib seseorang dengan sempurna melainkan dia Muhammad yang di tulis segala-galanya bermula saat dia di lahirkan sehingga wafatnya dia"(Ahli Sejarah Barat).Moga kita memperolehi berkat di bulan ini..bersambung

No comments:

Post a Comment