Friday, November 9, 2012

Sanad oh Sanad ~

Bismillah wa Ala sunnati Rasulillah...

Era ini kitab-kitab Turath mula dipandang enteng,pengajian bersanad mula ditinggalkan kebanyakan manusia hari ini lebih suka mengambil Ilmu-ilmu melalui media massa seperti Facebook dan youtube sehingga melahirkan golongan "MUJTAHID JADI-JADIAN" bahkan cukup jika seseorang itu mempunyai beberapa

'software' himpunan ilmu maka melayakkan seseorang itu mengeluarkan hukum dan lebih bermasalah lagi bilamana mula keluar ibarat-ibarat yang tidak menyenangkan seperti BODOH buat golongan agamawan yang masih memegang satu-satu Mazhab didalam kehidupan mereka..KETAHUILAH sesungguhnya Imam Nawawi seorang Ulama' yang hebat juga masih bersama dengan MAZHAB SYAFIE maka berhati-hatilah dalam berbicara wahai teman.

Takrif Sanad & Isnad

menurut bahasa sebagaimana yang dirujuk didalam kitab Lisanul A'rab :

إن الإسناد في اللغة مصدر للفعل اسند من قولهم : أسندت هذا الحديث إلى فلان، اسنده إسنادا إذا رفعته فاسند الحديث بمعنى رفعه

لذا يعني الإسناد في الحديث عند أهل اللغة أن يسند الحديث أو يرفعه إلى قائله

maksudnya : sesungguhnya Isnad didalam bahasa Arab kata terbitan daripada Feel (perbuatan) asnada (menyandarkan) seperti kata mereka "aku sandarkan bicara/kalam ini kepada Fulan,iaitu menyandarkan sandaran bilamana ianya diangkat kepada yang berkata,maka menyandarkan perkataan beerti mengangkat perkataan (mengembalikan perkataan kepada orang yang berkata dengan perkataan tersebut).

menurut Istilah :
 disisi Ibn Hajar al asqalani didalam kitab (nuzhatu An -Nazhor)  adalah " Al-isnad : penceritaan tentang kedudukan jalan matan"

disisi Imam Mulla Al-Qari berkata didalam kitab (syarh An Nukbah) ; "Isnad adalah jalan yang bersambung sehingga ke matan"

pernah juga saya tanyakan kepada guru kami Tuan guru haji Abd Rouf bin Nurin al bahanje Al Naqsyabandi mudir Pondok Tampin mengenai Pengajian Bersanad maka jawabnya "sesungguhnya Ilmu bersanad adalah ilmu yang dituntut kerana sanad adalah  kefahaman yang berterusan daripada Sohib Ilmu atau Sohib kitab..sohib kitab mengajar kepada anak muridnya dan anak murid mengajar sebagaimana yang diperolehi dari sohib kitab maka kefahaman yang sampai kepada kita hari ini insyAllah sama sebagaimana yang ingin disampaikan oleh sohib kitab senangnya sesuatu ilmu itu mestilah diambil daripada mulut ulama' kerana tidak akan perolehi suatu ilmu melainkan daripada mulut-mulut ulama' sebagaimana yang disebut oleh Imam Khatib al Baghdadi "

Kepentingan Pengajian Bersanad

Dalam Muqadimah Sahihi Muslim,dari Mujahid bahawa beliau berkata "telah datang Basyir Al Adawi kepada Ibn Abbas r.a lalu dia sering mengucapkan ; telah berkat Rasulullah,telah berkata Rasulullah s.a.w dan telah berkata Rasulullah...lalu Ibn Abbas tidak mengizinkan untuk meriwayat hadith yang diriwayatkan olehnya dan tidak pula melihat kepadanya (tidak mengendahkannya),maka dia berkata 'Wahai Ibn Abbas kenapa kamu tidak ingin mendengar perkataanku (hadith yang aku riwayatkan)..aku menyebut hadith daripada Rasulullah tidak mahu engkau mendengarnya ? ibn Abbas r.a menjawab "sesungguhnya dahulu jika kami mendengar seseorang berkata  "telah bersabda Rasululluh" kami akan menumpukan perhatian kami kepadanya dan mendengan ucapanya.Namu setelah manusia diteimpa malapetaka dan kesusahan (timbulnya banyak fithnah dan pendustaan dari kalangan manusia) maka kami tidak akan meriwayatkan hadith melainkan daripada orang yang kami kenal sahaja"

hadith ini menunjukkan kepentingan sanad atas tujuan untuk mengelakkan berlakunya penipuan dan pendustaan didalam periwayatan sesebuah hadith,bahkan didalam tradisi ilmu-ilmu turath dab agama juga ditekankan agar supaya diriwayatkan secara bersanad bagi memastikan kualiti dan ketulenan sesebuah ilmu tanpa ada sebarang penambahan dan penerangan yang bercanggah dengan tujuan penulisan sesebuah kitab.

seringkali disebut oleh masyeikh kami mereka yang belajar tanpa guru maka kemungkinan boleh jadi gurunya adalah Syaitan hal ini bukanlah bermaksud pengharaman untuk mengkaji atau membaca sesebuah kitab tetapi bila mana berlaku kecelaruan didalam pemahaman sebuah ilmu sehingga menyebabkan percanggahan yang jelas sehingga lari daripada tujuan asal sang penulis kitab.

Imam Abdulullah bin Aun r.a pernah menyebut " Tidak boleh diambil ilmu ini (ilmu hadith dan ilmu agama) melainkan daripada orang yang telah diakui pernah menuntut sebelum itu (mempunyai sanad) ..

Imam Al Auzaie berkata sebagaimana yang telah diceritakan oleh guru kami tg Abd Rouf " tidaklah hilang ilmu (agama) melainkan dengan hilang sanad-sanadnya.

Imam ibn sirin juga pernah berkata "Isnad itu adalah sebahagian daripada agama,jika tidak kerana isnad maka sesiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dikehendaki (mengenai urusan agama sedangkan tidak mempunyai ilmu mengenainya)

Imam Sufiyan At thauri menyebut "isnad adalah senjata bagi orang beriman,jika tanpa senjata bagaimana dia ingin mempertahankan dirinya ? "

betapa pentingnya Pengajian Kitab Turath yang bersanad kerana tujuaan utamanya adalah untuk menjaga ketulenan sesebuah ilmu adapun tujuan lain seperti mana pernah disebut oleh Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Sanusi sesungguhnya seseorang itu akan dikumpulkan bersama dengan imam sanad mereka iaitu baginda Nabi Muhammad S,A.W..mudah-mudahan kita dipertemukan dan dihimpunkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w di akhirat ketika mana hari yang tiada naungan padanya melainkan naungan Allah s.wt


                                               melihat wajah ulama' adalah bernialai ibadah

      

No comments:

Post a Comment