AllahuAkbar..AllahuAkbar...AllahuAkbar gema takbir di pagi hari raya Idul Adha cukup menyentuh hati kecil saya,inilah kali pertama di dalam sejarah hidup bermula pada 16 December 1993,saya beraya tanpa keluarga yang tercinta,tapi inilah pengorbanan sekiranya baginda saidina Ibrahim meninggalkan Saiyidatina Hajar bersama anaknda yang dikasihi Saidina Ismail atas sebab menyambut seruan Allah maka hari ini saya meninggalkan keluarga atas menyanhut seruan Allah di dalam urusan menuntut Ilmu.Perkongsian kali ini mengenai Idul Adha di perantauan.Kedengaran takbir Idul Adha pada jam 6.45 pagi di masjid Shuhada',masyarakat Arab bertakbir tanpa sebarang intonansi dan bagi mereka yang pernah STAM boleh dikatakan tiada langsung "arudh wal Qafiah nye" pada pagi itu saya bersama adik-beradik serumah terpaksa ke rumah sahabat yang lain untuk mandi sunnat Idul Adha,almaklumlah kami baru sahaja pindah rumah maka Saqanah (pemanas air) belum dipasang oleh tuan rumah,tidak sanggup saya mandi dengan air sejuk dalam keadaan tahap kesejukkannya 13 darjah celcius seram sejuk sahaja dibuatnya.
Jam 7.15 pagi saya terus menghubungi keluarga di Malaysia dalam keadaan menahan sebak didada saya mengucapkan Salam Idul Adha kepada ibu dan ayah dan akhirnya sebutir demi sebutir air mata saya jatuh berderai membasahi bumi tetapi segalanya mampu dikawal kerana Kehendak untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah kehendak saya dan bukan cadangan daripada mana-mana pihak.Jam 7.30 pagi saya saya bersama Mahasiswa Malaysia berkumpul di Masjid Abd Aziz Bin Baz untuk aktiviti bersama antara pelajar Malaysia Alhamdulillah kami diizinkan untuk menggunakan Masjid bagi aktiviti bertakbir dan solat Idul Adha.
selepas selesai aktiviti Idul Adha
baju raya Idul Adha
Setelah selesai aktiviti Idul Adha maka bermula lah akitiviti "open house" inilah aktiviti yang ditunggukan oleh saya dan aktiviti ini berjalan sehingga menyebabkan selama tiga hari rumah saya tidak berasap,jimat duit lauk hehhe (aktiviti makan percuma saya like) dan alhamdulillah selepas asar saya dipanggil untuk memberi sedikit perkongsian di Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Johor.
Pengorbanan seorang MAHASISWA
Bismillahhirahmanirahim pertama dan selamanya syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurnianya kita diberi nikmat untuk bertemu dengan hari yang cukup Mulia maka saya menyeru diri saya dan kalian anak-anak Johor untuk bersama-sama kita bersyukur dengan nikmat Allah Taala...saya memulakan ucapan saya dengan mukaddimah dengan bersyukur kehadrat Allah hal ini kerana nikmat Allah terlalu banyak dan tidak mampu untuk kita hitung persatu sebagaimana disebut oleh seorang ulama' daripada
Karalla,India menyebut Ningge Vande Allah deni'mate Penndenge kenneke naka ongge nale mudi yaze
yang membawa maksud jika engkau kira nikmat Allah satu persatu nescaya engkau tidak mampu lakukan bahkan perkara ini dirakamkan didalam Al-Quran( وان تعدوا نعمة الله لا تحصوحا),persoalan yang timbul pada diri saya bagaimana saya ingin menarik perhatian mereka sedangkan pada saat itu adalah waktu kronik selepas Asar iaitu waktu yang letih dan kebiasaannya aktiviti selepas Asar adalah pembacaan Fadhail Amal dan saya diminta untuk memberi perkongsian selama 45minit.Alhamdulillah akhirnya saya mampu menarik perhatian mereka dengan loghat-loghat Negeri Sembilan dan selingan kisah-kisah lucu,ini cukup menggembirakan saya bilamana maklumat yang diperolehi daripada rakan(anak johor) mengenai postmortem amat menyenangkan dan ucapan Tahniah diberikan.. (هذا من فضل ربي).
#1 : Pengorbanan Masa
Bila berbicara mengenai Mahasiswa,pada hakikatnya perbicaraan ini memerlukan skop yang besar kerana perbicaraan adalah mengenai perkara yang "MAHA".Jadi seorang Mahasiswa yang berkualiti perlu mengorbankan Masanya dengan pengorbanan yang sebaik mungkin.Perlu bijak dalam menyusun jadual kehidupan seharian saat ke universiti,ulangkaji,memasak,aktiviti kendiri dan aktiviti berpersatuan segala-galanya memerlukan pengorbanan.Jika dikaji tafsiran (والعصر) menurut ibn Faris di dalam mu'jam beliau Maqayis Al Lugho yang membawa maksud perahan sehingga menitis maka ulama menafsirkan "demi Masa" adalah sesuatu aktiviti pekerjaan yang harus dilakukan dengan bersungguh-sunggu sebagaimana seorang memerah kain yang basah adakah dengan sambil lewa ???? pastinya tidak untuk memastikan kain yang basahan kering maka kesungguhan diperlukan maka begitulah bilamana melakukan pekerjaan atau aktiviti maka ianya perlukan kesungguhan yang cukup hebat.
#2 :Pengorbanan Wang Ringgit
Wang Ringgit ???? iye wang ringgit perlu dikorbankan dunia hari ini segalanya adalah duit,teringat pada syair Imam Syafie "saudaraku tidak akan perolehi ilmu itu kecuali dengan enam perkara Kecerdikan,Kesungguhan ,Berusaha,Berkemampuan Kewangan,Bersahabat dengan Guru dan Berterusan.Imam Syafie menyebut didalam syair beliau ilmu jika ingin diperolehi antara syaratnya adalh berkemampuan dari segi kewangan.Hari jika kita mempunyai masalah atau ketidak fahaman didalam perkara feqah adakah kita Wajib ke Syria untuk bertemu dengan Ulama'-Ulama' Damascus untuk memperolehi jawapan.Berapa kos pengangkutan untuk
hanya satu soalan ???/ Berapa hari yang diambil ??? maka cukup sekadar kita mengkaji dan mengaji kitab karangan mereka seperti Fiqh wal Adilatuhu karangan Dr Wahbah Zuhaili..
#3 :Pengorbanan Fizikal
Pengorbanan Fizikal seperti kepenatan adalah perkara biasa kerana kita sedang menuntut ilmu,mana mungkin kita memperolehi ilmu dalam keadaan yang senang dan dalam jangka masa yang pendek,sedangkan Imam As Syafie mengambil masa yang bertahun-tahun lamanya lebih daripada 10 tahun barulah beliau berjaya inikan pula kita Mustahil ! Walaupun diri kita merasai kepenatan tetapi hadapilah ia kerana inilah komitmen seorang pelajar.Biar hari ini kita merasakan kepenatan menghafal matan-matan dan istilah-istilah tetapi pastikan dimasa hadapan kita mampu tersenyum kebahagian sebagaimana yang disebut di dalam pepatah Melayu "Bersusah-susah dahulu,Bersenang-senang kemudian".oleh yang demikian menjaga fizikal kita daripada kesakitan,demam dan sebagainya adalah wajib kerana fizikal memainkan peranan penting dalam menuntut ilmu.
#4 :Pengorbanan Kasih Sayang
Kasih sayang yang saya bicarakan adalah kasih sayang antara keluarga dan sahabat-sahabat kita,Pengorbanan ini antara pengorbanan yang susah dilakukan akan tetapi pengorbanan ini harus dilakukan terutamanya bagi yang menuntut ilmu di perantauan,tidak dinafikan sesiapa sahaja akan bersedih kerana terpaksa berpisah dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabat ini kerana sebelum ini bersama mereka lah kita berbicara,kita berkongsi suka dan duka,siang malam bersama mereka akan tetapi bagi menyahut seruan Ilmu kita terpaksa tinggalkan segalanya dan bersiap sedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang seperti masalah kewangan,persekitaran dan kerenah-kerenah masyarakat yang sering memeningkan kepala.Kini pengorbanan kasih sayang ini mampu dihadapi oleh setiap pelajar kerana kecanggihan dunia teknologi yang menghubungkan antara benua seperti yang disebut oleh remaja-remaja pada masa kini "Biar jauh dimata tetapi dekat di Facebook"
kiri : pengarah Program(hanafi),Pres. Persatuan Mahasiswa Mu'tah(nazri) dan saya el faqir ila mardhatillah
perkongsian bermula
saf kepimpinan Badan Kebajikan Anak Johor
Terkorban seekor demi SEEKOR
Alhamdulillah pada hari raya ke-2 Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu'tah telah menganjurkan program Korban,sebanyak 3 ekor Lembu telah dikorabankan dan 13 ekor kambing telah ditumbangkan.Ini satu ibrah /pengalaman yang cukup manis dan disini lah medan untuk saya bersama rakan yang lain menggunakan peluang yang ada bagi memahirkan diri dan persedian untuk bersama masyarakat satu hari nanti.Hari ini ramai daripada graduasi-graduasi yang tidak mampu bersama dengan masyarakat dan hanya ingin berada di pejabat yang sejuk,ini satu perkara yang aib bagi mereka (moga2 kita dijauhkan).
Dalam hidup ini segala-galanya memerlukan pengorbanan,bagi seorang penuntut ilmu atau pelajar mereka perlu mengorbankan keseronokkan dunia yang mereka ingin bagi mencapai kebahagian dan kejayaan pada hari yang mendatang.Beruntunglah mereka yang menuntut ilmu kerana Allah Taala ini disebabkan ganjaran yang bakal dihadiahkan oleh Allah adalah ganjaran yang tiada tolok tandingnya.Jangan takut pada kegagalan kerana jika dikaji sejarah tokoh-tokoh yang hebat mereka pernah gagal.Kegemilangan bermula bilamana para pemuda pada zaman itu bersungguh menuntut ilmu sehingga digelar imam-imam Mujtahid,Mufassir,Muhadith dan lain-lain,kesungguhan mereka menjadi faktor kejayaan mereka tetapi kita BAGAIMANA ???? tepuk dada tanya Iman !!!..memandangkan kesempatan masa tidak mencungkupi,sekadar ini sahaja perkongsian saya untuk Idul Adha kali ini dan saya sertakan beberapa gambar Idul Adha di tanah SHAM..Salam Perantauan dan Adha dari Tetamu Dataran SHAM..=)
No comments:
Post a Comment