Tuesday, June 8, 2010

Pilihlah baldi Yang Mana Satu

  Dalam perjalanan pulang daripada  Dataran  Gemencheh selepas penat lelah aku membantu rakan-rakan The Plight Of Palestine menjual kupon dan mengedarkan iklan mengenai program yang bakal berlangsung di sekolahku pada 26 jun 2010.
   Aku ke sana menaiki Van biru Mans yang berusia 27 tahun dan sepintas lalu aku terdengar di radio IKIM "kita ini ibarat orang yang membawa 2 baldi satu dijunjung dia atas kepala dan satu lagi di jinjing di tangan" 
  Ungkapan itu aku tidak dapat mendengar sampai habis kerana Van usia 27 tahun itu telah sampai di hadapan Dataran Gemencheh dan radionya dipadamkan sebaik saja sampai.  

ungkapan itu bermain di telingaku,apakah maksud sebenar daripada ungkapan itu?ungkapan ini menjadi persoalan( macam soalan spm bahasa melayu lah pulak)tetapi jawapannya aku perolehi di dataran ini pada saat aku melihat 2 orang anak muda yang beratur menunggu giliran untuk mencuci rambut(cuci percuma siapa tak nak)Islam bah kan bertudung aku memerhatikannya apabila sampai pada gilirannya dia pun membuka tudungnya dengan muka yang tak tahu apa-apa dan rambutnya dicuci di hadapan puluhan lelaki dan perempuan yang lain dan selesai sahaja 2 remaja perempuan itu mencuci rambutnya maka dia mengambil tudung yang di tanggalkannya tadi dan disimpan di dalam handbag dengan muka yang agak ceria(baru lepas cuci rambut lah kan) dan teruskan ke kiosk yang lain.
  Ungkapan yang bermain di fikiran terjawab secara kebetulan apabila aku melihat 2 orang gadis itu.Kalaulah hal kedunian dan hal akhirat di umpamakan sebagai2 buah baldi itu,hal akhirat umpama baldi yang dijunjung dan hal keduniaan umpama baldi yang dijinjing jadi ketika dalam perjalanan membawa 2 buah baldi tersebut  jika apa-apa yang berlaku ketika perjalanan kita akan cepat-cepat melepaskan baldi di tangan demi menjaga baldi yang di junjung.
  begitulah sepattnya agama dijunjung dan diberi keutamaan dalam apa jua situasi yan memerlukan kita membuat pilihan.


                         
    Kehadiran anda dapat meringankan beban mereka..Palestine


WaAllahua'lam



No comments:

Post a Comment