Sunday, July 19, 2009



kumulai risalah ini dengan nama Allah yang pemurah lagi maha mengasihani,sifat kasihnya yang tidak dapat dijual beli.Dengan nama Allah yang memerhati setiap gerak geriku,daku hamparkan selendang kesyukuranku terhadapMu,ku pohon kepadaMu agar Engkau tanamkan sifat kesyukuran di dalam jiwa yang kecil ini janganlah Engkau hilangkan sifat ini dari diriku sebagaimana engkau telah hilangkanya dari diri SiQarun yang tidak pernah kenal erti kesyukuran.salam sayang dari ana buat pembaca sekalian sifat kesyukuran merupakan satu sifat yang di anugerahkan oleh AllahuTaala kepada hamba-hambanya.


Sifat kesyukuran inilah yang menjadi salah satu sukatan pembelajaran Rasulullah s.a.w dalam mendidik jiwa-jiwa para sahabat dan masyarakat Islam akan tetapi sedihnya sifat kesyukuran yang telah tumbuh menjalar di dalam jiwa-jiwa umat Islam akhirnya layu begitu sahaja kerana tidak di siram dengan air keimanan yang cukup.Dahulunya kalam-kalam yang sering diungkapkan oleh masyarakat Islam ketika bermunajat 'Ya Allah ya tuhanku Engkau tambahkanlah sifat syukur di dalam diriku supaya aku dapat mengenali siapa tuhanku' tetapi pada era ini ungkapan-ungkapan sebegini sudah jarang didengari malah hanya keluhan demi keluhan yang sering bermain di bibir masyarakat Islam hari ini akan tetapi sifat kesyukuran ini ada pada masyarakat yang bukan Islam.


Pernah satu ketika ana dan sahabat-sahabat yang lain diberi keizinan untuk keluar ke pekan 'outing' jadi ana pun tunggulah bas nak ke Gemencheh pergi Tampin duit tiada Gemencheh saja yang mampu dalam kira-kira 10 minit menunggu bas akhirnya bas tiba jadi kami pun menaikinya. Dalam perjalanan ke Gemencheh ana terdengar perbualan dua lelaki tua seorang Islam seorang lagi Cina buddha ana jangka umur mereka dalam lingkungan 50 an dan rasa mereka memang anak jati Gemencheh,ketika ana mendengar perbualan mereka ana terkejut apabila lelaki cina 50 an berkata 'mat semalam hujan bagus betullah kene terima kasih sama tuhan tau' lelaki melayu menjawab dalam keadaan dia batuk 'bagus apa semalam aku nak pergi tampin tak dapat tau' lelaki cina berkata 'aiya gemencheh sudah 2 minggu tidak hujan tau semalam baru hujan nanti kalau hujan sebulan tak turun baru nak mintak hujan kasi turun'.....ini yang membuat ana terkejut kemanakah hilangnya sifat kesyukuran didalam jiwa seorang lelaki berbangsa melayu dan beragama Islam jadi kita fikirkanlah bersama-sama,pelik tapi benar seorang lelaki cina mampu mengucapkan terimah kasih kepada tuhannya walaupun kita sedar bukan tuhannya yang turunkan hujan itu,adakah sifat ini makin pupus? dimanakah sifat kesyukuran kita?


fikir-fikirkanlah.waAllahua'alam.

No comments:

Post a Comment