Friday, April 30, 2010

Argghh apa nak Jadi nie...

argghhh ape nak jadi nie,
makin ari makin poning,makin hari makin mental ape dah jadi,
ini lah persoalan yang terpaksa aku sediakan ruang di otak ku ini untuk memikirkan apa yang dah jadi..
semakin hari peraturan semakin di pinda,atas tujuan apakah semua ini berlaku tegas hati kecil ku,aku tahu aku hanya rakyat biasa saja tapi salah ke seandainya aku melontarkan pandangan ku...

salammualaikum buat teman semua,
lama dah tak ber'update' blog ni ialah bila dah di gelar budak peperiksaan 'busy' lah jadinya
aku teringat lagi saat aku memijakkan kaki ku di bumi Tarbiah terdetik perasaan bangga tapi itu semua dulu,la nie aku tidak memahami apa yang dah berlaku di atas bumi Tarbiah yang aku diami.

argghh apa nak jadi nie,
kalau dulu lepas subuh saat kami bersama Al Kholiq tapi la nie saat bersama sarapan lebih di utamakan.

argghh apa nak jadi nie,
kalau dulu lepas asar pasti kami di curahkan mutiara nabawi tapi la nie tidak sempat menerima mutiara padang menjadi matlamat bergembira.

arggh apa nak jadi
kalau dulu sebelum Maghrib tanbih tidak ketinggalan tapi la nie sesi soal jawab yang di laksanakan boleh ke tak boleh,paham ke tak paham ,nak ke tak nak..mana hilangnya kegahan Musolla.

arggh apa nak jadi
kalau dulu sunnah diutamakan tapi la nie sunnah cuba di ketepikan mana hilangnya ilmu yang pernah di pelajari.

arggh apa nak jadi
kalau dulu imam solat umpama panglima tentera dengan pakaiannya tapi la nie imam solat hanya berbaju 'T' dan tidak berkopiah.

argghh apa nak jadi...aku ngerti segala yang yang hilang bukannya perkara wajib,aku ngerti segalanya yang di tajdid (baru) tidak bercanggah dengan syariat tapi persoalannya di manakah beza bumi TARBIAH dengan bumi yang lain,di manakah keizzahan yang pernah dilakarkan..fikir-fikirkan..

p/s ini hanya luahan hati

Saturday, April 10, 2010

Hobin jang Hobin !!!

salam sukan dariku
Hobin Jang Hobin ooo
tahniah buat pasukan negeri sembilan
pada saat-saat akhir mereka mampu membuktikan kemenangan milik mereka
Tahniah Negeri Sembilan....

Sunday, March 14, 2010

Ini BUKAN Cerita DOngEn KUrCAci@GendUL

Bismillah hir Rahmani Rahim
Allhumma Farih Qaln nabiyina Ya Allah....

Islah kita bersama,hari ini detik-detik pertemuan yang mengasyikkan dengan Rabbu Jalil.
Firman Allah di dalam kitabnya "semua yang bernyawa pastikan akan bertemu dengan ajalnya" ini lah detik pertemuan yang paling mengasyikkan oleh orang yang beriman dan merupakan saat yang paling celaka bagi mereka yang tidak beriman..bagi mereka yang beriman menghitung tarikh demi tarikh untuk dating bersama Allah taala.

dan ketahuilah ramai di kalangan kita cuba untuk lari daripada kematian dan ada juga yang bersemangat untuk hadapi kematian 
senyuman untuk tuhan

Allahu akbar
Baru hari ini aku tahu mengapa dan kenapa mereka inginkan kematian? dan mengapa dan kenapa ada yang lari dari kematian?
mereka yang inginkan kematian mereka yakin dan pasti surga dihadapan mereka,mereka pasti akan mengadap Allah dengan berguni-guni amalan yang akan dipersembahkan kepada Allah

 Seorang yang tepercaya bercerita: Kami diberitahu oleh seorang komandan jihad, "Kami bersama beberapa ikhwan berada di medan tempur. Lalu, tiba-tiba seorang ikhwan berteriak kepada kami, "Surga! Lihatlah, itu surga!" Ia menunjukkan tangannya ke depan, dan tidak berselang lama peluru meleset dan mengenai kepalanya, lalu ia pun tersungkur mati. Semoga Allah merahmatinya! "

ini bukan cerita dongeng macam cerita si panggeran buntut kera tv3...tp ini realiti dan telah diriwayatkan oleh
Imam Tarmizi(shahih) "sesungguhnya orang yang mati syahid di lihat beberapa tanda(antara tandanya) ia melihat tempat tinggalnya di surga".

Allah tersenyum kepadanya dan memperlihatkan surga baginya alangkah besarnya kurnian itu,Adakah engkau mempunyai harapan lebih besar daripada itu.


wahai umat Islam ayuh bangunlah

Ramai umat Islam yang berkemampuan tidak ingin melangkah kaki ke medan Perang mereka menyangkakan butiran peluru yang bersarangdi tubuh mereka akan menyebabkan 1001 penderitaan tetapi mereka yang mukmin itu terus menerobos segala-galanya kerana mereka tahu hakikat kehidupan yang sebenar"Tidaklah orang yang mati syahid itu merasakam kesakitan saat terbunuh melainkan seperti salah seorang dari kalian merasa cubitan"(HR.Ahmad,tarmizi, dan Nasai' dengan sand yang hasan)

Apakah Kurnian Yang Lebih Besar yang Engkau Inginkan Wahai Kaum Muslim???

 Demi Allah pertemuan ini paling menyeronokkan


Semua Manusia MATI tetapi Syahid TIDAK,Semua Manusia MENANGIS tetapi Syahid hanya TERSENYUM.....ia mendakap kematian dengan dada yang penuh keredaan nan di sana yang menanti mereka bidadari yang cantik bak permata yaqut dan marjan....

     
PERTEMUAN YANG TERBAIK ADALAH PERTEMUAN BERSAMA RABBU JALIL

Monday, February 15, 2010

Tobat Maksiat

Salam satu aqidah buat teman-teman,kerana kekangan masa blog ana yang x sberapa nie x ter Update dh...huhuhu cuma kali ini ana nak berkongsi satu lirik lagu kalau kita tadabbur(cah macam Al Quran lah pulak) seandainya lirik ini kita hayati kita mampu mengislah diri yang serba kekurangan..


Dengar lah hai sobat,
saat kau Maksiat,
Dan kau bayangkan ajal mendekat,
Apakan kau buat,
Kau tak kan selamat,
Pastikan diri kau habis dan tamat.

Bukan ku sok taat,
Sebelum terlamabat,
Ayo sama-sama kita taubat,
dunia sesaat,
Awas kau tersesat,
Ingatlah masih ada akhirat.

c/o1 Astaghfirullah al Azim

c/o2 Ingat mati ingat sakit,
Ingatlah saat kau sulit,
Ingat ingat HIDUP CUMA SATU KALI,

Berapa dosa kau buat,
Berapa kali maksiat,
Ingat ingat sobat,
Ingtlah Akhirat.

cepat ucap ASTAGHFIRULLAH Al AZIM

Pandanglah ke sana,
Lihat yang di sana,
mereka Terbaring di tanah,
Bukan kah mereka pernah hidupjuga.

ulang c/o1 dan c/o2

cepat ucap ASTAGHFIRULLAH AL AZIM
woooo.......

ulang c/o2

cepat ucap Astaghfirullah Al Azim....

                           by:wali band

Friday, January 29, 2010

Mengapa Dia tidak di Kenali

Bismillahir Rahmani Rahim
Ihdinas Siratol mustaqim siratol lazi minan nabiyin wa sidiqqin wa shuhada wa solihin
Salamualaikum

moga-moga kita berada di atas sirat yang diredai
erm lama dah x di 'update' erm start naik senawi 2 baru aku mengetahui erti masa yang sebenar....huhuhu jadual rutin harian makin fit
cuma post kali ini nak berkongsi sikit kalam-kalam indah Uwais Al Qarni...

Uwais Al Qarni?siapa tu?ntah sape-sapelah tu!mesti die dah meninggalkan patutlah aku x kenal.

erm ini lah realiti masyarakat kita bila disebut nama Uwais Al Qarni inilah persolan yang akan timbul dari benak hati masyarakat..mungkin beliau telah lama meninggalkan kita setengah ulama berpendapat beliau meninggal ketika peperangan sifin dan pada saat itu beliau berpihak pada saidina Ali,memang lama beliau meninggalkan kita tapi adakah kita tidak sewajarnya mengenali beliau kerana beliau bukanlah sedekad atau sezaman dengan kita....jadi fikir-fikirkanlah

Untuk pengetahuan semua bukan masyarakat pada hari ini sahaja tidak mengenali beliau tetapi mereka yang sezaman dengan nya pun tidak mengenali beliau,beliau dianggap gila malah beliau seorang lelaki yang dianggap 'simple' dan tidak diperlukan oleh sesiapa,tetapi siapa tahu lelaki yang diperlekehkan ini rupa-rupanya seorang lelaki yang disebut oleh Rasulullah dan dicari oleh sahabat Rasulullah walaupun beliau tidak terkenal dikalangan penduduk dunia tetapi beliau seorang yang terkenal di kalangan penduduk langit.Uwais Al Qarni turut di cemuh oleh keluarganya,mereka menuduh beliau gila,saudara-maranya mencacinya,anak-anak kecil sering mempermainkanya dan melemparkan batu kepadanya,beliau sering menyembunyikan dirinya beliau tidak pernah marah terhadap perbuatan anak-anak kecil yang melemparkan batu,beliau pernah berkata wahai saudara-saudaraku seandainya kalian ingin melemparkan batu kepadaku lemparlah tapi aku mengharapkan kalian melemparkan batu-batu yang kecil supaya jasadku tidak terluka ini kerana apabila badanku luka ianya akan menyusahkan aku untuk menunaikan solat kerana ketiadaan air.
Imam Abdullah bin As'ad al yamani menukilkan di dalam kitabnya uwais Al Qarni pernah mengutip makanan dan pakaiannya dari tempat buangan sampah lalu beliau disalak oleh seekor anjing yang datang mencari makanan maka Uwais berkata "enkau makanlah apa yang ada di hadapan engkau dan aku pula akan makan apa yang ada di hadapan aku,janganlah engkau menyalak kepada aku seandainya aku melepasi sirat mustaqim maka aku lebih baik tetapi seandainya sebaliknya engkaulah yang lebih baik..
Walau macam mana sekali pun sebenarnya belaiu lelaki yang mulia sehinggakan Rasulullah menyebut nama beliau dan saidina umar pernah memohon doa daripadanya.
Berkata khalid ibn Al Hiza' daripada Abdullah ibn Syaqiq daripada Abi al Ja'd sesungguhnya beliau mendengar nabi bersabda:Akan masuk Syurga dengan syafaat seorang lelaki dari umatku lebih banyak dari bani Tamim,mereka berkat:UWAIS AL QARNi
Saidina Umar berkata:aku mendengar Rasulullah bersabda sebaik-baik tabien ialah seorang lelaki yang dipanggil UWAIS

Ahbab sekelian
ini lah hakikat kehidupan uwais al qarni,walaupun beliau hidup dalam keadaan yang dhoif tetapi nama beliaulah yang sepatutnya sering bermain di bibir masyarakat sekarang.

Kalam hikmahnya

  • Doa tanpa di ketahui oleh orang yang didoakan lebih afdal daripada datang menemuinya
  • seseorang tidak akan sampai kepada maqam Khauf sehinggalah dia menjadi cemas seolah-olah pernah membunuh semua makhluk
  • mencabut bukit-bukit dengan jarum lebih mudah daripada mengeluarkan sifat takabbur dari hati
  • aku tidak pernah melihat seseorang yang telah mengenali tuhannya bermesra dengan orang lain
  • Ingatlah bahawa kalian menujukepada kematian apabila kalian tidur dan jadikanlah kematian di antara pandangan matamu apabila kalian bangun dari tidur

Inilah antara kalam indah Uwais Al Qarni

Wednesday, December 30, 2009

Thursday, December 24, 2009

MR.Iman Berdialog



Ikutilah dialog antara Mr Iman dan Mr Diri


Iman : Assalamualaikum,

bosDiri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis…entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma’thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti

Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya ‘pekerja tambahan’? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…

Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah tu awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami harap dapat bantu tuan

Diri:saya mintak maaf ye En.Iman

Iman:ok saya sudi bekerja kembali tapi tuan mestilah terima En Taubat bekerja di syarikat tuan

Diri:ok saya menrima En.Taubat bekerja dengan Saya

Iman:kalau macam tu saya Bekerja dengan tuan semula ye dan kalu boleh tuan pecat En.Dosa

Diri;ok sekarang juga saya pecat En.Dosa dan gntikan tempatnya dengan En.Taubat

Iman:ok terima kasih

Diri:Sama-sama

*p/s tepuk dada tanye iman jgn tanye aiman sebab aiman akan cakap "Aiman Tak Kesah"^^,