Monday, February 15, 2010
Tobat Maksiat
Dengar lah hai sobat,
saat kau Maksiat,
Dan kau bayangkan ajal mendekat,
Apakan kau buat,
Kau tak kan selamat,
Pastikan diri kau habis dan tamat.
Bukan ku sok taat,
Sebelum terlamabat,
Ayo sama-sama kita taubat,
dunia sesaat,
Awas kau tersesat,
Ingatlah masih ada akhirat.
c/o1 Astaghfirullah al Azim
c/o2 Ingat mati ingat sakit,
Ingatlah saat kau sulit,
Ingat ingat HIDUP CUMA SATU KALI,
Berapa dosa kau buat,
Berapa kali maksiat,
Ingat ingat sobat,
Ingtlah Akhirat.
cepat ucap ASTAGHFIRULLAH Al AZIM
Pandanglah ke sana,
Lihat yang di sana,
mereka Terbaring di tanah,
Bukan kah mereka pernah hidupjuga.
ulang c/o1 dan c/o2
cepat ucap ASTAGHFIRULLAH AL AZIM
woooo.......
ulang c/o2
cepat ucap Astaghfirullah Al Azim....
by:wali band
Friday, January 29, 2010
Mengapa Dia tidak di Kenali
Ihdinas Siratol mustaqim siratol lazi minan nabiyin wa sidiqqin wa shuhada wa solihin
Salamualaikum
moga-moga kita berada di atas sirat yang diredai
erm lama dah x di 'update' erm start naik senawi 2 baru aku mengetahui erti masa yang sebenar....huhuhu jadual rutin harian makin fit
cuma post kali ini nak berkongsi sikit kalam-kalam indah Uwais Al Qarni...
Uwais Al Qarni?siapa tu?ntah sape-sapelah tu!mesti die dah meninggalkan patutlah aku x kenal.
erm ini lah realiti masyarakat kita bila disebut nama Uwais Al Qarni inilah persolan yang akan timbul dari benak hati masyarakat..mungkin beliau telah lama meninggalkan kita setengah ulama berpendapat beliau meninggal ketika peperangan sifin dan pada saat itu beliau berpihak pada saidina Ali,memang lama beliau meninggalkan kita tapi adakah kita tidak sewajarnya mengenali beliau kerana beliau bukanlah sedekad atau sezaman dengan kita....jadi fikir-fikirkanlah
Untuk pengetahuan semua bukan masyarakat pada hari ini sahaja tidak mengenali beliau tetapi mereka yang sezaman dengan nya pun tidak mengenali beliau,beliau dianggap gila malah beliau seorang lelaki yang dianggap 'simple' dan tidak diperlukan oleh sesiapa,tetapi siapa tahu lelaki yang diperlekehkan ini rupa-rupanya seorang lelaki yang disebut oleh Rasulullah dan dicari oleh sahabat Rasulullah walaupun beliau tidak terkenal dikalangan penduduk dunia tetapi beliau seorang yang terkenal di kalangan penduduk langit.Uwais Al Qarni turut di cemuh oleh keluarganya,mereka menuduh beliau gila,saudara-maranya mencacinya,anak-anak kecil sering mempermainkanya dan melemparkan batu kepadanya,beliau sering menyembunyikan dirinya beliau tidak pernah marah terhadap perbuatan anak-anak kecil yang melemparkan batu,beliau pernah berkata wahai saudara-saudaraku seandainya kalian ingin melemparkan batu kepadaku lemparlah tapi aku mengharapkan kalian melemparkan batu-batu yang kecil supaya jasadku tidak terluka ini kerana apabila badanku luka ianya akan menyusahkan aku untuk menunaikan solat kerana ketiadaan air.
Imam Abdullah bin As'ad al yamani menukilkan di dalam kitabnya uwais Al Qarni pernah mengutip makanan dan pakaiannya dari tempat buangan sampah lalu beliau disalak oleh seekor anjing yang datang mencari makanan maka Uwais berkata "enkau makanlah apa yang ada di hadapan engkau dan aku pula akan makan apa yang ada di hadapan aku,janganlah engkau menyalak kepada aku seandainya aku melepasi sirat mustaqim maka aku lebih baik tetapi seandainya sebaliknya engkaulah yang lebih baik..
Walau macam mana sekali pun sebenarnya belaiu lelaki yang mulia sehinggakan Rasulullah menyebut nama beliau dan saidina umar pernah memohon doa daripadanya.
Berkata khalid ibn Al Hiza' daripada Abdullah ibn Syaqiq daripada Abi al Ja'd sesungguhnya beliau mendengar nabi bersabda:Akan masuk Syurga dengan syafaat seorang lelaki dari umatku lebih banyak dari bani Tamim,mereka berkat:UWAIS AL QARNi
Saidina Umar berkata:aku mendengar Rasulullah bersabda sebaik-baik tabien ialah seorang lelaki yang dipanggil UWAIS
Ahbab sekelian
ini lah hakikat kehidupan uwais al qarni,walaupun beliau hidup dalam keadaan yang dhoif tetapi nama beliaulah yang sepatutnya sering bermain di bibir masyarakat sekarang.
Kalam hikmahnya
- Doa tanpa di ketahui oleh orang yang didoakan lebih afdal daripada datang menemuinya
- seseorang tidak akan sampai kepada maqam Khauf sehinggalah dia menjadi cemas seolah-olah pernah membunuh semua makhluk
- mencabut bukit-bukit dengan jarum lebih mudah daripada mengeluarkan sifat takabbur dari hati
- aku tidak pernah melihat seseorang yang telah mengenali tuhannya bermesra dengan orang lain
- Ingatlah bahawa kalian menujukepada kematian apabila kalian tidur dan jadikanlah kematian di antara pandangan matamu apabila kalian bangun dari tidur
Inilah antara kalam indah Uwais Al Qarni
Wednesday, December 30, 2009
Thursday, December 24, 2009
MR.Iman Berdialog

Saturday, December 12, 2009
Kerana 90sen ditimpa nasib buruk

abda u bismilahi warahmani
wabirahimi daimil ihsani
falhamdulillahi qadimil Awali
wa Akhiri baqi bila tahuli.....
assalamualaikum warahmatu Allah
erm hari ini ana cuma nak berkongsi sedikit tentang satu perkara yang ana terkejut hanya kerana 90sen ana akan mendapat nasib yang buruk selama 9 tahun....ish dasyat nie sesiapa sahaja tidak ingin hidup dengan nasib yang buruk tetapi ana yakin perkara sebegini hakikatnya di bawah kekuasaan Allah taala jadi ana sedikit pun tidak risau jadi ana mengajak sahabat-sahabat semua supaya diri kita tertipu dengan kes 90 sen ini...
ceritanya begini ana telah mendapat satu mesej yang menyebut nama-nama Allah taala sebanyak 4x dan sayangnya adik ana sendiri pun ada 'forward'kan mesej ini dekat ana
huhuhuhu sedihnya...
wahai umat Muhammad,zikirlah selalu Asma' ul Husna:
Ya QAyumm,Ya Majid,
Ya wajid,Ya Wahid,
Ya Samad,Ya Qadir,
Ya Malik,Ya Rahman,
wa YA RAhim
selama hidupmu sama ada dalam sehari,seminggu.sebulan,setahun ataupun seumur hidupmu walaupun hanya sekali.Sms kepada 9 orang,insya Allah kamu akan mendapatberita baik pada esok hari.Sesiapa yang mengetahui mesej ini dan dia tidak menyebarkan atau mengingkari sms ini maka orang itu akan mendapat nasib yang buruk selama 9tahun.Adakah anda tidak mahu mengorbankan 90SEN kerana Allah taala
ini lah mesej/sms yang ana dapat jadi ana mengambil kesempatan untuk menanyakan beberapa soalan kepada si penghantar sms yang tidak dikenali ini :
- erm adakah zikr asma ul husna hanya ini sahaja dan tidak bolehkah seandainya zikr dengan lafaz ALLAH
- boleh ke tidak kalau saya sebarkan lebih daripada 9 orang ataupun kurang dari 9 orang
- kenapa ye mesti sebarkan hanya kepada 9 orang bukan ker umat Muhammad tu ramai dan ada tak hadith yang mengatakan ilmu itu hanya perlu disebarkan kepada 9 orang
- kalau saya sebar sms ini dengan sekadar dengan tazkirah boleh tak sayang kreditlah
- kalau saya tak sebarkan apakah yang berlaku
- adik saya ada 'forward'kan kat saya dan kiranya saya nie orang yang ketigalah, selepas itu saya melarangnya untuk menyebarkan sms ini tapi keesokkannya tiada apa-apa yang buruk pun menimpa diri dia
- Siapa nie boleh saya tau tak dan sekolah mana
jawapan yang ana perolehi dari si dia yang tak dikenali:
- Ooo Zikr Lafaz Allah tu lain kita dah biasa amalkan
- ish tak boleh sms nie mesti 9orang kalau kurang lagilah nanti nasib buruk 9tahun lama tu
- entahlah tak taulah kenapa sembilan orang mesej nie saya 'forward'je hehehe hadith ada ke tak saya tak tau
- rasa tak boleh,nie kena sebarkan tak kan 90sen pun kedekut untuk Allah
- kalau tak sebarkan nanti ditimpa nasib buruk 9tahun ish jangan cari masalah
- pasal adik tu saya tak tau ye
- mesej yang ana hantar tidak di balas dan si dia Ghaib kot
inilah jawapan yang ana perolehi daripada setiap soalan hehehe ana rasa macam perkara yang lawak pulak kalau ana sebarkan melalui pidato tidak boleh mesti dengan sms juga pernah ker Nabi Muhammad menyebarkan ilmu Allah dengan menggunak sms dan pernah ke Saidina Jibril ber'sms' debgan Rasulullah ...mungkin peredaran zaman menyebabkan mesti menggunakan sms...erm apa-apa pun ana tidak menyebarkan sms itu dan ana tidak di timpa sebarang musibah lagi dan ingatlah seorang ulama Tasauff menyifatkan musibah daripad Allah taala adalah salah satu tanda Allah menyayangi kita seandainya kita tidak sering lalai daripada Allah taala maka musibahlah sebagai teguran dari Allah taala.Ingatlah seperkara lagi orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak pernah berhenti untuk menjatuhkan serta menyesatkan umat Islam jadi beringatlah dan acap kali lah kita memperbarui Syahadatain kita sebagaimana sabda Rasulullah"jadidu imanakum"...."bi qaul Lailahaillallah"
p/s;maaf ye A.Samad Said dan sahabat-sahabat seperjuanganya saya guna bahasa pasar....
Tuesday, December 8, 2009

Tuesday, November 24, 2009
Jom Sangka BAIK=>husnuZUN

Cara Bersangka Baik
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku
tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


