Tuesday, November 24, 2009

Jom Sangka BAIK=>husnuZUN


Cara Bersangka Baik
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku
tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam
hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

moga-moga kita mampu mengislah diri kita bersama dengan kalamislah dan ingatlah satu kata-kata seorang ulama'Indonesia KH, Gymnastiar"kita mestilah mengimprovekan diri kita better and better and better"dan antara cara untuk meningkatkan kualiti diri ialah dengan cara selalu bersangka baik

Wednesday, September 23, 2009

MAN KANA YU'MINU BILLAH WAL YAUMUL AKHIR

Siapa Beriman Dengan Allah dan Hari Akhirat hendaklah Berkata Baik atau diam

Dalam entry kali ini ana ingin bermuzakarah atau menarik perhatian tentang 5 perkara yang sepatut dan tidak sepatutnya dipanculkan oleh mulut moga entry kali ini
memberi kesedaran kepada kita trmasuk diri ana sepanjang menjalani hidup ini.Hujjahtul Islam menakalkan benda yang paling tajam di dunia ini adalah lidah dan ana pasti lidah tidak dapat dipisahkan dari mulut...
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang lima perkara berkaitan dengan mulut dan lidah yang perlu dititikberatkan oleh umatnya
:


1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).
Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.
Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Demikian muzakarah yang tak seberapa. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan kita terapkan dalam kehidupan kita seharian.dan semoga kita terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...
Jadi renung-renungkan..Siapakah kita di dunia ini???







Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran


Salam kejayaan buat umat Islam yang berjaya menunaikan ibadah puasa dan salam lembaran buat teman-teman yang mengenali diri ini sama ada teman di alam maya ataupun dibumi nyata dan buat guru-guru dan sesiapa yang mengenali diri ana yang serba kekurangan ini,mohon seribu kemaafan seandainya tersilap kata ter'lazer' bicara,tersilap tingkah laku,dan segala 'ter' ye....khususnyer akhi asri,akhi aziq ariffin,akhi adib,akhi syukri,akhi Iqhwan n teman seperjuangan ikhwan maupun akhwat yer... Ana Uhibukum Fillah..

Saturday, August 29, 2009








kumulai entry ini dengan nama Allah yang mha Pemurah lagi maha Mengasihani,ana uhibbukum fillah...tahniah dan syabas sudah 9 hari umat Islam yang beriman dengan rukun Islam yang ketiga,benar kata nabi Muhammad umatku ketika akhir zaman ramai tetapi mereka seumpama buih dilauatan mungkin era ini era yang dimaksudkan nabi keran aku sudah melihat ramai manusia mengaku mereka Islam tetapi hanya nama dan I/Cnya sahaja Islam.Tubuh yang tegap,rambut yang cantik hanya dipamerkan begitu sahaja..
wahai kaum lelaki
ingatlah dikau tubuh yang tegap itu tidak mampu menahan panasnya api neraka seandainya engkau kuat di dunia dan aku pasti dan yakin engkaukan lemah di akhirat kelak
wahai pemuda Islam bangkitlah....bangkitlah jadilah dikau seperti Salahuddin Al Ayubi yang mana ketika mudanya mampu menawan 2/3 dunia tapi apa yang kita lakukan untuk Islam yang kita miliki...
wahai anak muda
cukuplah...hentikanlah pameran aurat yang sering engkau tunjukan,
hentikanlah angan-angan engkau untuk bertaubat di hari kelak
tiada siapa yang mampu mengetahui bila ajalnya...
koreksilah diri kita mulai sekarang..
ayuh marilah bersama aku bermunajat memohon keaampunan kerana aku juga anak muda seperti engkau semua

maut hadir tanpa disedari

wahai kaum wanita
hentikanlah daripada merperagakan mahkotamu yang indah
peliharalah mahkotamu daripada kotoran tangan lelaki yang bukan muhrim.
rambutmu dicipta Allah supaya engkau kelihatan cantik
Alangkah indahnya jika engkau melindunginya dengan tudung supaya warna hitam yang asli lagi menawan
tidak bertukar menjadi warna oren,merah,kuning atau sebagainya
koreksilah diri engkau supaya engkau kenal siapa Pencipta engkau
Bermunajatlah memohon petunjuk Dari Tuhan Kholiq

alangkah indahnya wajah engkau
jika mahkota engkau dilindungi

Wednesday, August 26, 2009

Khutbah RasullAllah


salam Ramadhan,Salam Mahabbah,salamualaikum

Doa kita ketika bulan Rejab dan Syaaban kini telah dimakbulkan oleh Allah taala,Allahuma Baligna Ramadhan ini lah ungkapan yang sering bermain dibibir kita kerana semangat kita untuk bertemu dengan Ramadhan yang diketahui oleh kita akan 1001 rahsia yang terkandung di dalam bulan ini,tapi adakah semangat kita sebelum ini luntur begitu sahaja,adakah kita masih beriya-iya untuk meningkat ketakwaan ita pada Allah taala tepuk dada tanya iman.entry kali ini marilah bersama-sama kita hayati petikan khutbah nabi ketika tiba bulan yang penuh barakah ini dan moga-moga semangat kecintaan kita terhadap nabi semakin bertambah walaupun kita tidak mampu meniru sifat kecintaan nabi terhadap umat-umatnya.

"Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.

Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu salatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Belakangmu berat kerana beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.

Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang salat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.
Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.(Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan khutbahnya, "Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.")Wahai manusia, siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melalui Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.

Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.Barangsiapa melakukan salat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan salat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 salat fardu di bulan lain.

Barangsiapa memperbanyak salawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tidak lagi pernah menguasaimu.

"(Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadith ini – berdiri dan berkata, "Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi, "Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".)

"[Ya Allah, ya tuhan kami,sesungguhnya kami manusia yang bersalah,manusia yang sering melupakanMu ya Allah,Ya tuhan kami Engkau tempatkan kami di kalangan orang-orang yang sering memujiMu,bertahmid kepadaMu.YA Rahman Ya Rahim Engkau jadikan nabi MUHAMMAD sebagai ikutn kami tidak kira dimana kami berada..Amin]"

Tuesday, August 18, 2009

AhLAn Ya R@maDHaN



Selamat menyambut bulan Ramadhan Al mubarak moga ketakwaan kita semakin hari semakin bertambah.marilah kita mereliasasikan hadis nabi SAW sesungguhnya Rejab bulan ALLAh,Syaaban bulan ku dan Ramadhan bulan umat ku.Alangkah ruginya sendainya pada bulan ini kita tidak mampu melahirkan sifat ketakwaan kita terhadap ALLAh taala dan bahkan teruknya kita seandainya tidak mampu menjadi hamba-sehambanya.Marilah kita berusaha pada bulan yang penuh dengan 1001 rahsia.












Sunday, July 19, 2009

Ihtiramkah kita terhadap Ulama'





Salam sayang ,Salam rindu Assalamualaikum




sabda nabi S.A.W"aku tinggalkan umatku 2 perkara sesiapa yang berpegang dengan nya nescaya tidak sesat selamanya iaitu AL QURAN&AS SUNNAH" ajdi as sunnah termasuklah hadis Nabi S.A.W sama ada perbuatannya atau percakapannya atau perbuatannya tetapi sayangnya umat mutaakhirin sering memandang mudah setiap usaha Ulama'dahulu dalam memperjuangkan hadis Nabi S.A.W ada yang tidak menerima pakai serta menta'kidkan "ulama' itu belajar tak habis" siapa kita dan siapa beliau contohnya kitab yang tidak diendahkan kitab Fadhail Amal kenalkah kita siapa pengarangnya?Tahukah kita kehebatannya...beliau ialah Maulana Zakaria Khalandawi dan kehebatnnya diakui oleh Ulama' sezaman dengannya Sheikh Abd Fattah Abu Ghuddah.



Surat Pengiktirafan oleh Sheikh Abd

Fattah Abu Ghuddah kepada

Mawlana Zakaria



Maulana Zakaria adalah seorang ulama hadis tersohor. Beliau telah menulis berbagai kitab di dalam bidang hadis dan menjadi rujukan hampir di seluroh dunia. Beliau dikenali sebagai "Syeikhul Hadis" bukan sahaja di "IndoPak" namun juga di Tanah Arab. Penuntut beliau terdiri dari orang 'Ajam dan bukan 'Ajam. Sebahagian besar menjadi ulama terkenal. Atas sebab kepakaran beliau dalam bidang hadis maka beliau menjadi sumber rujukan oleh ulama sezaman dengan beliau di "IndoPak' juga dari Tanah Arab.Beliau juga pernah mengajar hadis di Madinah Al-Munawwarah beberapa tahun sebelum kewafatan beliau.Surat di atas adalah sebahagian surat-surat yang masih tersimpan yang datang dari Ulama Hadis serta Penyelidk dalam bidang hadis yang terkenal di Tanah Arab iaitu Syeikh Abd Al-Fattah Abu Ghuddah rah yang mengutuskan surat tulisan tangan beliau sendiri kepada Maulana Zakaria rah setelah menerima satu set kitab Aujaz Al-Masaalik syarah bagi Muwatta' Imam Malek karangan Maulana Zakaria rah.Kritikan sesetengan saudara kita di Malaysia/Indonesia atas kitab tulisan beliau "Fadhail Amal" dengan mengatakan bersumber dari hadis palsu sepatutnya dibakulsampahkan memandangkan pengikhtirafan ke atas beliau oleh ulama-ulama sezaman denganya kehebatannya darisegi ilmunya,akhlaknya,hafalannya tidak terhinggi.Jadi Siapakah KITA untuk menolak Beliau selaku penyebar risalah Allah taala.......


Nota:Artikel berkaitan sila lihat "Penerangan ke Atas Kitab Fahdail Al-Amal", "Kitab Rujukan Dalam Fadhail Al Amal","Ulama Besar di Dalam Jemaah Tabligh" dan "Kitab Rujukan Dalam Jemaah Tabligh".(Ehsan dari: Fihrist Ta’lifat-e-Shaykh, Volume 1, p. 82 (Saharanpur: Maktabah Yadgar-e-Shaykh, Ramadhan 1417 AH / January 1997 CE ed. ) by Mawlana Sayyid Muhammad Shahid Saharanpuri)