Saturday, June 13, 2009

Kami Kehilangan Ribuan Cahaya Ilmu



Berita yang cukup menyedihkan hati dan meruntuhkan jiwa masyarakat Islam...Pulangnya kekasih Allah Taala menghadap Ilahi DR.Fathi yakan telah pd awal hari ini(13.06.2009) kepulangannya seolah-olah telah memadamkan satu sumber ilmu masyarakat Islam khususnya..al fadl DR. dikatakan meninggal pada hari sabtu setelah di masukkan hospital Lubnan beberapa hari yang lalu.Berita pemergian al Fadl Dr. diterima selepas zohor dan berita ini disebarkan juga di aljazeera.net,qudpress.com


Dr.Fathi yakan dikhabarkan di serang angin ahmar di bahagian otak dan telah menyebabkan beliau mati klinikal(clinical death).Dr Fathi yakan yang baru berusia 76 telah banyak menyumbangkan masa dalam meneruskan perjuangan baginda SAW.


ana teringat Hadis nabi SAW Allah taala akn menarik ilmunya dengan mematikan orang Alim,masyarakat Islam hari ini telah kehilangan satu gedung ilmu yang amat berharga jadi janganlah kita mempersia-siakan gedung-gedung ilmu yang masih ada lagi.


Moga-moga Allah melahirkan lebih ramai lagi perjuang Islam yang akan menggantikan al marhum al Fadl DR Fathi Yakan...



Profil DR Fathi yakan

DR. Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka.
Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.

Tuesday, June 9, 2009

Moga Dikau Digelar Syahid


jenazah telah yang ditembak mati

'Saya hanya ingat mati'


Daripada Ismail Matmailto:Matismailmat@bharian.com.my



ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat IsyakNARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin. Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing. Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat. Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.
Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang. "Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam. Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu. Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters"Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang. "Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya. Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam. "Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu. Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu. Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu. "Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya. Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.




Petikan Berita Harian 10/6/2009

Sunday, June 7, 2009

DI mana Lagi Terletak Kekuatan Islam






Asalamualaikum pembuka bicara..ha apa khabar iman kita hari ini? adakah iman kita bertambah hari ini atau sebaliknya ingatlah sahabat-sahabat orang yg hari ini lebih banyak lakukan perkara negatif berbanding semalam maka dia orang yang celaka.jadi kita muhasabahlah diri kita ini.Kita akui kita ini insan yang biasa,insan yang lemah dan insan yang sering melakukan dosa serta semua insan yang dicipta melakukan dosa tapi sampai bila wahai sahabat-sahabat kita ingin bergelumang dengan dosa kita.bilakah kita ingin bertaubat adakah masa tua kelak baru nak bertaubat ingat pembaca sekalian maut akan datang tanpa dijemput malah seandainya maut datang tiada siapa boleh menangguhnya walaupun sesaat apatah lagi sejam.Bukan ini yang ana nak ceritakan tapi sebenarnya ana nak ceritakan tentang dimanakah kekuatan umat Islam?adakah ditenaganyakah ?...



kekuatan umat Islam sebenarnya terletak pada kekuatan solatnya,tetapi sayangnya solat pada era kini dipandang mudah malah ada yang tidak menunaikannya pada waktunya dengan berangapan solat ini boleh diqada`kan sedangkan pada saat itu dia mampu untuk melakukan pada awal waktu tetapi ianya terpaksa diqada`kan dengan alasan ingin menonton televisyen atau sedang membeli belah.Ingatlah pembaca sekalian junjungan kita MUHAMMAD SAW pernah ditanya oleh isterinya kenapa engkau bangun solat malam sehingga bengkak kaki engkau maka jawabnya salahkan aku solat inilah tanda syukurku kepada ALLAH taala.



Kekuatan umat Islam terletak pada solatnya tetapi ada yang langsung meninggalkanya dan tidak diqada`kan denganberalasankan aku sedang bercuti ditepi pantai susahlah nak solat.ALLAHUAKBAR dimanakah letaknya kekutan umat Islam jika solat tidak didirikan malah boleh diqada`kan sesuka hati,ana terbaca satu kisah ketika seorang Khalifah ingin menyediakan angkatan perang maka khalifah bertanya pada rakyatnya sesiapa yang ingin berjihad maka berkumpul di padang,selepas berkumpul rakyat maka bertanya Khalifah sesiapa yang tidak pernah tinggalkan solat sahaja akan ikut aku berperang.Jadi ini membuktikan kekuatan umat Islam terletak pada solatnya.



Saturday, June 6, 2009

khas buat mu WANITA


WANITA,
Kau digelar penyeri dunia,

Hadirmu melengkap hubungan manusia,

Bukannya dirimu insan biasa,

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa.


Akalmu senipis helaian rambut,

Terbangkanlah ia dengan limpahan ilmu,

jua hatimu bak kaca yg rapuh,

Kuatkanlaah ia dengan iman yg teguh.


tercipta engkau dari rusuk lelaki,

Bukan dari kaki untuk diperhamba,

Bukan dari kepala untuk dijunjung,

Tapi dekat bahu untuk dilindung,

dekat jua dihati untuk dikasuhi,

Engkaulah wanita pengganti bidadari.


Mana mungkin lahirnya bayangan lurus elok,

Jika datangnya dari kayu yg bengkok,

Begitulah peribadi yang dibentuk,

Didiklah dirimu dengan keimanan,

Bukannya harta ataupun pujian,

Engkaulah wanita istimewa.


Sinarilah insan istimewa,

Bawa kelembutan bukan kelemahan,

Bukan jua penghinaan dari tuhan,

Bahkan sebagai hiasan kecantikan......

Saturday, April 4, 2009

7 sunnah nabi



  • JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W
    dihantar oleh: nias editor: masyitah az-zahra
    "Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme....renung-renungkan

Friday, April 3, 2009

ya RABBI


WAHAI TUHAN, BERILAH KAMI TAUFIK DAN HIDAYAH (PETUNJUK) MU.
Selalu kita berdoa kepada Allah seperti demikian. Cuma, perlulah kita ingat bahawa hidayah dan taufik ini adalah berbeza pengertiannya. Sekiranya seseorang itu sudah ingin kepada agama dan ingin hendak melaksanakan hidup secara lslam, kemudian dia pun belajar mengenai agama serta syariat-syariatnya (tauhid, fikah dan tasawuf), maka dia dikatakan sudah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. Dia sudah mendapat petunjuk dari Allah iaitu Allah sudah ketuk pintu hatinya supaya ingin beragama. Dia sudah ingin melaksanakan hidupnya secara Islam, cara makan minumnya, cara susunan rumahtangganya, cara kenduri kendaranya dan sebagainya. Dan ilmu pun sedikit sebanyak sudah dipelajari iaitu ilmu syariat. Tetapi dia belum tentu lagi mendapat taufik dari Allah s.w.t. Orang yang mendapat taufik ialah apabila dia melaksanakan ilmu yang dipelajarinya itu, pelaksanaannya tepat dan betul. Jadi bagi orangorang yang sudah mendapat hidayah kemudian melaksanakan apa yang dipelajarinya itu dengan betul, maka bererti dia telah mendapat taufik bersama. Ertinya, dia telah dapat kedua-dua hidayah dan taufik dari Allah s.w.t. Mula-mula hatinya telah diketuk oleh Allah untuk ingin kepada beragama serta ingin melaksanakan hidupnya cara lslam hingga mendorong dia mempelajari ilmu syariat. Kemudian apabila dia melaksanakan tindak tanduknya, perjuangan dan jihadnya, perbuatan dan usaha ikhtiarnya, semuanya tepat dengan ilmu syariat yang di pelajarinya.
Dalam hal ini, kadang-kadang kita dapati setengah-setengah orang itu sudah ingin kepada agama dan sudah ingin melaksanakan hidupnya cara lslam dan dia pula sudahpun mempelajari ilmu syariat samada di bidang tauhidnya. fikah dan tasawufnya tetapi apabila dia cuba melaksanakan tindak tanduk serta perbuatan dan usaha ikhtiarnya, didapati tidak tepat dengan ilmu yang dipelajarinya. Ada saja salahnya. Orang demikian sudah mendapat petunjuk tetapi tidak mendapat taufik dari Allah. Sebab itu, kadang-kadang perbuatannya berlawanan saja dengan syariat, berlawanan dengan kehendak Allah serta berlawanan dengan Al-Quran dan sunnah. Padahal ilmunya sudah tepat dan keinginannya pun sudah ada. Dan kerana itu jugalah, kita mesti selalu memohon kepada Allah dua-dua sekali iaitu taufik dan hidayah. Janganlah kita memohon kepada Allah akan petunjuk saja. Hendaklah kita minta taufik dariNya disamping kita memohon petunjuk. Kalau kita mendapat petunjuk dan taufik dari Allah, maka setiap perbuatan kita serta cakap-cakap kita sesuai dengan kehendak Allah, tepat dengan kehendak syariat serta Al-Quran dan sunnah. Orang yang telah mendapat kedua-dua hidayah dan taufik inilah yang dikatakan orang yang sudah mendapat hikmah. Orang yang mendapat hidayah sahaja, belum tentu dia berhikmah.

Tuesday, March 17, 2009


CINTA DAN MENCINTAI KERANA ALLAH

(1. 1 ) Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat
dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan
mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya.

Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh
Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah
sahaja.

Hadis yang bemaksud:

"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah,
lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,
seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini
takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu
disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan
kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi (
keseorangan) lalu mengalir air matanya"

( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana
Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah
penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah
lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T.
Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan
mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani
(anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:

Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi
mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati
kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini.
Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang
disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk
dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya,
tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan
Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan
ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh
dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W
baginda bersabda:

"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka
mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka
"

riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)

maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di
sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka
tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak
menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi
kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya
kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan
Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia
kerana Allah.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah
mencintai dan meredhainya.

(1.2) Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih
sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam
syurga.

((Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu
beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi)
tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan
salam di antara kamu))

Riwayat Muslim dari Abu Hurairah

Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah,
bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran
jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan
orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari
segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang
pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan
membina mahligai Islam di alam sejagat.

Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam.
Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan
menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

(( Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam
kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka
seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.

Riwayat Muslim

Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan
yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi
mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan
untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.